Followers

Monday, March 14, 2011

Sweet Sour Ketam Telur Pecah

Salam hari Isnin all!!
Harini bangun dengan mimpi indah sebab malam tadi makan ketam yummy bangat!

 Sorry gamba agak tak meransang nafsu makan sebab amek pakai hp pink.. =)

Nak resepi yummy ni? Nah:
1 kilo ketam – belah dua
2 sudu besar cili giling
2 labu bawang besar ditumbuk – Lagi banyak bawang lagi manis!
2 inci halia – tumbuk
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
½ cawan air
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara masak:
-       Tumis bawang, halia sampai naik bau. Masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak.
-       Masukkan sos tomato, sos tiram dan gula. Masukkan air dan masak sampai pekat dan cukup rasa.
-       Masukkan ketam dan gaul rata.
-       Dengan api sederhana besar, pecahkan telur di seluruh bahagian masakan dan biar seketika.
-       Bila telur dah agak berketul, baru gaul semua sekali dan tutup api.

Sekian, makacehhh!!  =)




1 comment: