Salam,
Amboi tajuk tak agak2…Macam bisnes besar je bunyinya..
Takdela, harini Acik nk cerita pengalaman Acik buat business presentation. Eh, jangan ingat tokei2 besar je ade business presentation tau, penjual CD picisan macam Acik pun penah buat tau..
Semua ni bermula sejak Acik aktif berjualan di sebuah Jabatan Kerajaan ni. Sambutan memang best, dan Alhamdulillah Acik selalu menerima tempahan dalam jumlah besar. Rezeki Allah memang sentiasa ada walaupun Acik dah tak makan gaji lagi skarang. Melalui Puspanita di jabatan tu, mereka buat skim potongan gaji utk para pekerja yang minat nak membeli CD. Senang mcam tu, sebab utk mereka yg bergaji kecil, mungkin susah nak keluar amount yg besar sekaligus utk start fully CD-ing. So, memang Acik suka laa cara potong gaji ni. Harap pasni ramai majikan yg nk buat gini.
Ok, berbalik kepada tajuk. Hujung tahun lepas, Acik dapat invite utk bagi talk dan presentation mengenai CD kepada staf di Kementerian tuttt di Pusat Bdr Damansara. Dengan penuh semangat waja, Acik pun prepare apa yg ada dan buatlaa presentation tu. Memang sempoi habis, tapi Acik explain sampai smua paham laa..Bila orang paham, mudahlaa kita nk berjualan ye tak?
Seronok sebenarnya bagi talk ni. Sebab kita dapat bagitau dengan bahasa paling mudah orang nak paham, sekali dengan gambar dan demo pun ada. Kalau setakat di blog, yg mana dah tau tu senang laa..Bagi yg buta CD (hehe), mungkin susah sketlaa nak paham, apetah lagi dalam CD-ing ni, banyak gak term yg susah nk explain.
Pengalaman bagi talk tu sangat best dan berharga. Alhamdulillah, semua CD yang Acik bawak haritu habis dijual. Ala, bukan bawak banyak sangat. Dengar2, hujung Mac ni ada satu konvensyen Puspanita. Agak besar event tu. Acik adelaa dapat jemputan tak rasmi utk join. Rasa teruja sangat ni. Tapi, nanti bila dah rasmi Acik bukak cerita laa ok? Sekarang, jom tengok2 gamba! =)
Antara CD yang Acik bawa. Sebelum kemas atas meja, ada geng Puspanita dah sorok dulu pilihan mereka dalam beg pink bawah tu..Hehe..
Sebelum presentation pun ada dah datang meja.
Gigih nk siapkan ppt slides. Talk dan berceloteh dalam 25 minit...
Macam Joyah dah rasa...Pot Pet Pot Pet...
S/U Puspanita Kementerian tolong jadi demo..Thanks Kak! =)
Lorong Pertama...Kedua Ketiga tak amek gamba..Malu..
Pose!
Sesi serbu meja..
Suka tengok semangat ibu2 nak berCD ni... =)
semoga bisnes ko terus maju N maju!!
ReplyDeleteEjan, makasihh... =)
ReplyDeleteas-salam..
ReplyDeleteoh ni ke yg zareen cerita kat akak aritu? dah berjaya pun buatnye ^^ congrats!!
nnti kalu nk pad ckp awal2 ye. aritu nak sample kan? hehe..
CD zareen tgh 'diproses' ni. sabar ye, kalau kesihatan terus ok, dlm minggu ni akak pos. esok ke lusa gitu. insyaallah, kena tgk jadual keje suami ku juga. sbb dia posmen :D
Kak Lynn: Yep, this is the one..Hehe..Tak sempat nk update..Adoi.. =)
ReplyDelete