Followers

Tuesday, December 8, 2009

DD to CD?? WHY????

Dah sedap pakai DD, kenapa perlu bertukar kepada CD?

Di bawah ni disenaraikanlah beberapa sebab utama kita kena pakaikan baby kita CD:

1. CD menggunakan material kain semulajadi, iaitu kapas/cotton. Ia tiada sebarang bahan kimia lain.

2. Alam persekitaran kita terjaga dan terpelihara. Seorang bayi akan menggunakan sehingga 7,000 DD atau pun 80 cotton diapers. Sehelai DD hanya boleh dipakai selama 2 jam atau paling lama 4 jam (ada ke yg lebih lama dari itu???!). Bayangkan bahan yg telah digunakan hanya utk membuat bahan yg akan dipakai utk 2 jam (atau lebih??). Dan pikirkan juga di mana akhirnya DD itu??

**Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk terurai dengan sendirinya. Bayangkan berapa tahun semua DD yang anak kite pakai akan lupus dr permukaan bumi ini? Ingat, bumi ini bukan diwarisi dari nenek moyang kita. Tapi dipinjam dari anak cucu kita.

3. Kurangnya ruam dan gatal. Sbbnya tak de lagi berlaku tindak balas bhn kimia terhadap kulit baby. Lebih lama dispo dipakai, lebih senang ruam gatal berlaku!! Perkara ini jarang berlaku apabila menggunakan CD sbbnya bila dah basah, baby pun rasa tak selesa lagi..Kena tukar CD baru.

4. Senang utk digunakan.Betul!! Kalau dulu ye la. Nak kena ada pin, seluar getah, masa utk lipat kain lampin tu. Tapi skrg, rekaan baru dan moden yg sgt memudahkan dan menyenangkan. Tahap serapan pun lebih baik dan setanding DD!! Sangat mudah dibasuh dan mudah kering kerana ia di perbuat dari kain yang ringan, lembut, selesa dan mempunyai pengudaraan yang baik untuk kulit baby.

5. Anak kita akan cepat belajar buang air sendiri..Ini disebabkan mereka boleh merasakan kebasahan pada CD apabila ia sampai ke tahap 'maksima'. Baby yang menggunakan CD juga akan lebih cepat membezakan antara basah dan kering kerana walaupun bahagian dalam CD (fleece) ini sentiasa kering dan selesa, masih ada kedinginan semulajadi berbanding DD. Menurut satu artikel di dalam Wall Street Journal, bayi yang memakai DD memakai lampin sehingga umur 36 hingga 42 bulan (3-4tahun), sedangkan bayi yang memakai CD masanya lebih singkat iaitu sehingga setahun lebih awal. Ini sangat menjimatkan kerana anak kite akan cepat belajar membuang air sendiri di tandas.

6. Laporan dari German dan England menyatakan bahawa terdapat hubungkait di antara penggunaan DD dengan kesuburan pada budak lelaki (bilangan sperma berkurangan).

7. DD juga dikaitkan dengan Asma (lelah).

8. Lampin kain sangat menjimatkan!! Anda akan berjimat sehingga beribu-ribu RM apabila menggunakan CD. Memangla masa bayi baru lahir, DD sgt murah (taktik pengeluar DD menarik perhatian anda), tapi ia akan bertambah mahal apabila anak kita membesar. Penggunaan DD merupakan kos berterusan dan sangat mahal, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.

- Petikan dari pelbagai source..Banyak blog jual cd maa..Hehehe..

Berapa banyak pula kita boleh jimat dengan penggunaan CD ni???

Penjimatan kos dengan menggunakan CD dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:

Kos bagi DD adalah berdasarkan dengan penggunaan sebanyak 7 DD sehari pada kos RM0.60 setiap satu (kos standard DD)..

RM0.60 X 7= RM4.20 sehari
RM4.20 X 365 hari= RM1533 setahun
RM1533 X 3 = RM4599 untuk 3 tahun [3 tahun purata usia baby pandai ke tandas sendiri]

Dan you all akan juga mengeluarkan jumlah wang yang sama untuk anak yang kedua, ketiga dan seterusnya...Bayangkanlah kalau pasangan yang murah rezeki, anak selang setahun je beza..Dah berapa agaknya habis kalau pakai DD ye??

Bagi anggaran kos menggunakan lampin kain moden (CD)
Untuk kemudahan, sekurang-kurangnya 10 helai CD diperlukan.

Sehelai lampin (CD) : RM32 (harga berbeza mengikut jenis, ini kiraan bagi CD paling murah untuk 2 insert yang ditawarkan di Kedai Acik)

Beli 10 helai : 10 x RM28 = RM280 - 10 CD adalah untuk basuhan setiap hari
Beli 22 helai : 22 x RM26 = RM572 - 24 CD adalah untuk pusingan 3 hari sekali membasuh


Kos ini akan kekal sepanjang 3 tahun dan boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah cahaya mata yang baru :)

Penjimatan : RM4599 (DD) - RM572 (CD) = RM4027!!! Wowww!!! Besar sungguh penjimatannya!!

Saya sudah menikmati penjimatan hebat ini.. Anda...bila lagi???

No comments:

Post a Comment