Followers

Thursday, September 30, 2010

SEMALAM KU BERMIMPI....

Salam,

Haaa....bukan tajuk lagu ye..Ni mimpi betul2..

Ari Rabu lepas pukul 3am Acik bangun tukar CD Eiman, Acik sambung tido dan mimpi..

Mimpi tu indah sangat..

Mimpi bersalin normal..

Sakitnya terasa-rasa..

Aduhh..Tak tergambar seronoknya rasa..Walaupun dalam mimpi.

Acik teringin sangat bersalin normal..

Dengan Eiman tak dapat..InsyaAllah utk adik2 Eiman Acik dpt rasa..

INSYAALLAH..


Yep, normal birth SHOULD BE PAINFULL!


Both image are Google-ed!


Tuesday, September 21, 2010

Eiman's V.O.C.A.B

Hai...arini nak share sikit2 Eiman nyer vocab setakat umo dia setahun ni..

Lekk - Dari umo 1 hari sampai sekarang, Eiman akan nangis bunyi 'lekk...elllekkk' kalau nak susu Mama.

Tattaaataaah - Tatau laa ape makna, tapi dia suka sebut Tatatatata ni..

Nanananana - Ini bunyi dia nangis nak susu botol.

Mammama - Ni nangis malam2 nak tido cari Mama, atau pagi2 bangun tido cari Mama.. Time lain takde pun bunyi Mama..Huhu..

Owhhh - Lori.

Abbbaah - Bas.

Pappa - Papa ler.Jeles aii.. Sebut Papa clear betul!

OooohOOhh - Ayoo..tak tau...

Aah - Time hulur tangan nak salam.

Haaaaaaaai - Hai. Especially if Mama panggil 'Hai Hagemaru...!' Eiman akan jawab 'Haaaaaaiii'.

Baaaaaa - Time wave Bye Bye.

Itu je laaa... =)

Monday, September 20, 2010

MY GENIUS EIMAN

Salam,

Meh Acik nak kongsi2 pasal my genius Sohayl Eiman..

1. Eiman start smiling as early as 15 days old.. =)
2. Eiman start using pacifier at his 20th day, and stop when reaching 6 month. Sendiri stop, due to (maybe) tak selesa sebab flu & kahak kot..
3. Eiman start mengesot at 4 month..
4. Dulu Eiman takut kat anyone with beard & kopiah.. Sekarang tak dah.. =)
5. Eiman is a superfriendly person, dia suka kawan, dan tak kesah main dengan budak2 besar. Dia pun tak kesah sape2 nak dukung dia. Cuma dia kadang2 prefer pompuan drpd laki2.
6. 5 month dah pandai joget!! Suka sangat lagu Wali Band - Tobat Maksiat & Mari Solawat.
7. By 6 month Eiman dah pandai wave Good Bye dan salam orang.
8. By 6 month also, Eiman can sit on his own!
9. Eiman starting solid at 7 month.
10. By 7 month Eiman dah pandai merangkak.
11. Eiman start standing (with help) at 7 month.
12. Tidur teratur malam sampai pagi. Before, Eiman jenis stay up late. Susah tidur awal. If tidur pun, akan bangun and main lagi.
13. Cling around things at 8 month.
14. Mama dah campur FM. Nasib baik Eiman tak fussy.
15. Eiman dah pandai baling bola using his both hands up on his head at 9 month.
16. He had his first tooth at 11 month, tapi bukan satu, but tumbuh sekali 6 batang!
17. Eiman makan nasik & lauk2..Tapi sikit sangat makan. He is a fussy eater indeed!
18. Eiman start tatih-tatih walk during Ramadhan.
19. Eiman had his 1st birthday a day before Syawal.
20. By Syawal, Eiman can walk!
21. Bila sebut 'ayooo..sape buat??', Eiman akan angkat telunjuk and goyang2 sambil buat bunyi 'Ooooo'...and point kat orang lain..Even though itu salah dia sendiri..
22. Bila suruh count 1-2-3, Eiman akan point his telunjuk to things..tapi 1 je pandai buat..lagi 2-3-4-5 tatau..
23. Eiman takes direction well, contohnya, Eiman..pegi ambik book Eiman bagi Mama baca..And he will pick his book and bring to me.. ;) Kalau suruh dia pickup simple things dia tau laa..like ball, truck, motor, car, tudung, baju, towel, shoes, his CDs and many more..
24. Nyanyi lagu Twinkle2 Little Star sambil bual blinking star pakai dua2 tangan.
25. Manja sangat dengan Papa..Tapi nak tido malam mesti dengan Mama.
26. Berat Eiman at 1 year old is 8.9kg. Okla..Tak kurus sangat.. =)
27. Dah 3 kali botak kepala.. Sekali masa cukur jambul, 2 kali kat kedai..
28. Bila suruh gelak, mulalaa dia gelak besar..
29. Bila tanya how kakak/abang cry, dia akan imitate..dengan muka2 cebik skali..
30. Bila cakap, 'Ok Eiman, salam Selamat Hari Raya', he will salam with both hands. Tapi kalau suh salam semata, dia hulur sebelah je.. =)
31. Bila suruuh peluk, Eiman akan peluk..tapi kalau suruh peluk kuat2..dia akan peluk (tak kuat mana) tapi tangan cengkam orang yang dipeluk tu kuat2..sambil buat bunyi..Hehe..
32. Eiman sangat suka playground. Dia hafal kat mana playground kat area rumah & rumah Atuk dia.
33. Eiman tido lasak.. Sedar2 tengah2 malam dah ada kat kaki kita.. ;p
34. Eiman dah tak nangis pagi2 time hantar ke babysitter..
35. Eiman sangat obses dengan bas, lori, trucks, button! and cat..Yayy!! Eiman tak takut cat!
36. Angkat Takbiratulihram, bila sape2 sebut Allahuakbar!
37. When being asked, Eiman can point directly to Masjid, School, Playground, Cat, Bird, Fish, Aeroplane, Star, Bulan, Bas, Lori, car Papa, car Tok Mama, car Atuk, motor, Abang, Kakak, Aunty, Uncle, and all familiar people around him.
38. He even raise his both hand bila ditanya, Siapa nama Sohayl Eiman? and mana anak soleh Mama?
39. Suka sikat rambut Mama. Tapi pegang sikat pun terbalik.
40. Remote control and car keys freak! Hehehehe..

Alhamdulillah...setakat ni dulu laa nak story-mory..Lenkali Acik sambung.. =)

Saturday, September 11, 2010

HAPPY BIRTHDAY SOHAYL EIMAN


HAPPY BIRTHDAY TO YOU..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU.....
HAPPY BIRTHDAY, DEAR SOHAYL EIMAN..
HAPPY BIRTHDAY TO YOU........!!

Mama & Papa sayang Eiman sangat2!


Mulanya tanak sambut apa. Ala, baru setahun, tiup lilin pun tak pandai.. Tapi bila mengenangkan alang2 balik kampung, dengan ramainyaa sedara-mara..OK jugak kalau buat kan..Bukan sambut apa pun. Takde party bagai. takleh nak party, besok tu raye weh... Sekadar sambutan dgn potong & makan kek je.. Oh ye, lepas tu ada sesi main mercun..Kesah, malam raya laa katakan...



video

Gelagat Eiman masa sambut birthday dia di malam raya aritu. Dikelilingi sepupu-sepapat Eiman kat kampung. Sorry, Acik tatau camne nk tegakkan video ni.. Teleng sketlaa uols..



EIMAN, dah setahun umur Eiman... Mama tetiba nak syahdu!


Tengoklaa muka excited Eiman tu..


Kualiti gambar kureng sket, sebab lighting tak bagus + pakai hp pink je! Yang penting, Eiman maintain excited.


Suap kek kat anak Mama


Nyum-nyum-nyum


Eh...apekah??


Ahh...gasaklaa..Yg penting kena wat muka comel.. =)

'Party' kat kampung, rumah mertua. Secara yang amat sederhana. Makan tak payah, sebab baru pas bukak puasa..Tinggal beli kek je. Kek murah plak tu. Seb baik ade kedai kek bukak kat Bdr Pusat. Tak plan, bila nmpak ada kedai bukak, trus beli. Kek besar, harga tak sampai RM50... Jadilaa..Untuk kenangan.. =)

Jumpa lagi~


Thursday, September 9, 2010

SETAHUN SUDAH BERLALU..

Alhamdulillah. Dah setahun rupanya Mama membesarkan Eiman. Eiman anak soleh Mama, kebanggaan Mama & Papa, penyeri seisi keluarga...

Eiman, tak terasa setahun tu sayang..

Macam angin lalu je..

Kejap je anak Mama yang bijak ni besar..

Mama doakan Eiman akan terus membesar menjadi anak yang soleh, pembimbing adik2 dan sentiasa menjadi kebanggan kami.


Day 2 - Sebab lahir malam, takdelaa gamba Day 1.


Day 2


I Am 1 Month Old


I Am 2 Month Old


I Am 3 Month Old


I Am 4 Month Old


I Am 5 Month Old


I Am 6 Month Old


I Am 6 Month Old - Starting solid! And no more soother around!


I Am 7 Month Old - I can crawl now!


I Am 8 Month Old - I can stand and clinging around things!


I Am 9 Month Old - I LOVE water!


I Am 10 Month Old - I LOVE to play!


I Am 11 Month Old - Showing off my 6 teeth!


12 Month?? I can WALK!!! Yayyyy!!

Wait for the next entry! =)

SETAHUN YANG LALU..

KHAS buat Anakku Sohayl Eiman - Yang disayangi selalu, simanjai sentiasa...

Mama tak pandai nak susun ayat..nak bermadah pujangga

Mama harap bila Eiman dah besar nanti, dah boleh baca, dah pandai surfing..Eiman terserempak dengan blog ni..Yang mungkin dah bersawang atau dah jadi rumah tinggal dah masa tu..Huhu..Blog ni umpama luahan hati Mama, tentang apa saja yang Mama rasa Mama nak post. But mostly about you, dear Sohayl. Maybe/ mana tau bila Eiman dah ada adik nanti Mama akan create blog lain pulak..Khas untuk anak-anak Mama.

Tapi untuk ini, Mama hanya nak luahkan rasa hati Mama membesarkan Eiman for almost a year now, and plus another 9 month carrying you inside my womb. Mama pun serupa dengan Mama, Mak, Ibu, Mummy, Ummi yang lain - SENTIASA menyayangi dan mendoakan yang terbaik untuk anak tersayang.

Mama dan Papa Eiman adalah sebahagian daripada insan bertuah yang Allah kurniakan cahaya mata dalam tempoh yang singkat selepas berkahwin. Eiman lahir genap 9 bulan 10 hari kami berkahwin. Syukur, Alhamdulillah.

Pengalaman mengandungkan Eiman, MasyaAllah...Tersangatlah mudah. Allah beri Mama kekuatan, kesihatan dan kegembiraan yang berpanjangan sepanjang 9 bulan yang indah itu. Mama pergi sana-sini tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.

5 September 2009 - Eiman sepatutnya lahir hari ni. Sabtu. Papa ada jemputan buka puasa kat Tripicana Resort. Bila dah petang tu takde ape2 rasa lagi, Papa bawak Mama skali pi buka puasa. Alhamdulillah. Segala apa smua Mama makan. Balik dari Tropicana, Mama teringin nak tengok KLCC. Walaupun jauh memusing, tapi Papa bawak jugak Mama pi. Bukan nak tengok dari jauh. Nak tengok dekat2.. So, Papa berenti kereta kat bus stop betul2 depan KLCC tu, dan kami pun dongak ke langit sampai sakit tengkuk. 10 minit je, Mama dah puas. Kami pun balik..

8 September 2009 - Kira-kira pukul 1.30 tengahari Mama mula rasa minor contraction. Masa ni bulan puasa sayang. Dan Mama keseorangan di rumah Tok Mama. Atuk, Tok Mama & Papa Eiman pergi kerja. Mama sms dengan Dr Raffa, my bestfriend dan bertanyakan hal contraction ni. Dr Raffa kata, rekodkan selang masa contraction tu. I did it in my handphone. Sambil terbaring, sebab tak senang duduk, Mama rekod. Surah Yassin dan risalah doa sentiasa di tangan. Dr Raffa kata, kalau takde masalah, malam Eiman dah boleh keluar. Mama berseloroh, "tak sempat 9 September ke?" Hehe..cantik sikit date tu..

Bila malam, contraction continue. Kekerapan still sama macam siangnya. Oh ya, Mama puasa habis hari tu tau.. =) We decide nak tunggu sampai ada 'show' or leaking baru nak gerak ke hospital. UMMC is our choice. Kereta smua dah ready.

9 Sept - Yes! Sempat lagi Mama excited dalam hati bila tengok jam handphone dah mencecah 12am. Sempatlaa beranak 090909! Hehehe..Malam tu, memang sakit. Mama tak tido langsung. Handphone kat tangan dok taip kekerapan contraction tu, dari 20 min, sampailaa selang 10 minit. Bila sahur, Mama dah tak tahan. So, smua siap2 apa yang patut...and off we went to UMMC tepat jam 5am.

6am - Masuk labor room, laa...baru 2cm rupanya.. (dalam hati, 2cm dah sakit cenggini...10cm camne laa gamaknya..)

8am - Masuk wad. Bermula laa episod sakit contraction yang teramat.

12pm - Tak tahannnnn... Panggil nurse, dia kata 2pm Doc akan masuk check..

1pm - Papa beli nasik utk Mama. Suap masa tak rasa contraction, kunyah2 telan cepat2. Time contraction akan mengerengkot balik kat katil. Dah lega, suap balik..Camtu laa hai..sampai nasik abis. Hehe..

230pm - Doc check tengok..Laa...baru 4cm! MasyaAllah..Sakitnya tak terbayang. Doc kata petang ni dah bleh deliver, so pukul 4 dia akan bawak masuk labor room.

430pm - Masuk labor room lagi. Masih 4cm..! Mama request epidural shot sebab dah tak tahan. Mama dan Papa sangat determine utk lahirkan Eiman through normal birth. Tapi sebab tak tahan sakit, request laa epidural shot tu.

630pm - Memang Mama relax abis. Langsung tak rasa sakit. Contraction tu rasa, selang 5 minit kot, tapi macam kene gigit semut je. Tak sakit. Tapi patient katil seblah memang psycho gila.. Dia menjerit2 sakit. Adoi..

7pm - Doc check tengok Mama, bukaan dah 5cm. Adoi..sangat lambat terbukak..Hehe..Tetiba dalam hati terpikir, sempat ke 09/09/09?? Entah2 dpt 10/09/09..Tp ok gak, 10/09 tu birthday Atuk.. Bleh share birthday.. =)

Doc mintak nak pecahkan ketuban untuk cepatkan bukaan. Belasah je laa Doctor..Buatlaa apa pun. Asalkan selamat semuanya..

9pm - Bukaan baru 6cm. Doc monitor Eiman punya heart beat..Dah macam makin lemah. Eiman pun tak aktif. So, dia cakap better potong kasi keluarlaa ini baby. Sebab jantung dia dah lemah..

Allahuakbar...Lama Mama tunggu untuk deliver normal. Hajat tak kesampaian. Takpelah Doctor, buatla apa yang boleh.

930pm - Mama masuk OT, sempat lagi wat peace kat video cam Papa.. Salam semua orang..Cium semua orang..

945pm - Prosedur dimulakan, sambil Mama sembang2 dengan tukang potong, tukang bius & nurse..

1015pm - IT'S A BOY!!! Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Mama memang taktau gender baby, coz we just dont wanna know. It doesn't matter. As long as my baby is superhealthy, it is fine with us. Tp dalam hati memang nak baby boy.. Sebab masa kecik2 dulu Mama slalu berangan, camnelaa agaknya if Mama ade Abang..Huhuhu.. come to think again, baju2 baby yang Mama prepare, Tok Mama beli, almost 3 quarter ngam untuk baby boy. Syukur. Ini semua kerja Allah.

12am - Masuk wad. Hmmm....Mama dah jadi Mama.. Bestnyaa..



SEKIAN...

Friday, September 3, 2010

Projek Memarbeleskan Skill Masak Memasak

Salam all,

Malas nk buat title 'Menu berbuka puasa' sebenarnya...Dah byk sgt org buat. Haha..

So, semalam 2hb Sept 2010 (Fuyohhh, siap bg date tuh!) Acik telah menggigihkan diri masak yang tak berapa nak simple utk Abang & my bro yg baru balik. Kami bukak posa kat rumah Acik coz our parents pi bukak posa kat luar (tak ajak pon!). Haha..

Memula tatau nak masak ape, pi ofis semalam satu ari blogwalking carik ilham. Banyak gak dpt ilham, tapi either susah nak buat, takde resepi atau tak berani tanggung risiko sebab x penah buat/makan resepi yg pelik2 tu..Huhuhu..

Sudahnya, tanya Abang dia nak makan apa? Abang jawab masak macam yg kita order kat kedai slalu..Hmm???

So, menunya adelah:

Nasik putih
Siakap stim asam limau (asam boi tadak!)
Telur bistik ayam
Buttermilk brokoli with mushroom & chicken
Onion ring (segera je weh!!Perlu ke letak kat sini??)
Ribena longan (cilok Ribena Eiman!)
Pastu adelaa murtabak beli seketui.. ;p

So, silaa laa menjamu mata. Resepi ilek..Tapi kalau nk bleh arr tanya Acik..Err..ade ke org nk tanya..? Yg pasti very the senang buat dia. Acik balik keje pkl 530, singsing baju..pukul 7 siap smua..


Ikan siakap stim asam limau - Ikan Acik beli kat Tesco, RM4.19 sen sekor! Murah kan? Kesian ikan ni menjerumuskan diri dalam mangkuk ayun nan tecik..Ate, takkan Acik nk kuarkan my precious pyrex semata2 utk ikan ini?? Pastu diratah2 sampai tinggal tulang pun..Eh, apekah?? ;p



Telur bistik ayam - Acik menjerumuskan diri ke kancah telur bistik ayam ni dek kerana kesukaran mendapatkan bekalan bistik ayam yang memuaskan hati di kedai makan..Semua kedekut, teloq sebijik je gamaknya, ayam cincang2 je, pastu bawang & mix vege ja lebih..Lepas dah buat kat rumah, terus kami tak order kat kedai dah... Masak sendiri lagi puas hati..



Buttermilk brokoli with mushroom & chicken - Nama yang baru kucipta semasa menaip entry ni tadi..Resepi pun sonang..Takdo bawang apo bagai..Ni pun sedap gak. Lenkali bleh guna resepi gravy ni utk buat gravy mash potato plak laa.. ;p



Onion ring segera beli kat Giant semalam. Sodap sangat. Acik plak goreng sket je, ingat tak laku. Skali smua anak beranak berebut daa...


O..Ooo...Gambo Ribena longan lupa plaks nak snap. Sebabnya, siap bancuh je, terus azan berkumandang. Mana lagi penting? Amek kamera hp pink ke, amek tamar masuk mulut? Haa, jawab2...Udahnya..lepas tamar smua pun lupa..Ngapp terus..!

Sekian saja untuk sepagian ini...Sampai jumpa lagi..Dadida~






Lepas makan Acik tanya diorang, Amacam??Ade macam kedaikah? Alhamdulilah...smua pun kata sedap..Kombang den sebesen..Mangkuk tecik sangat lahaii... ;p