Followers

Thursday, September 9, 2010

SETAHUN YANG LALU..

KHAS buat Anakku Sohayl Eiman - Yang disayangi selalu, simanjai sentiasa...

Mama tak pandai nak susun ayat..nak bermadah pujangga

Mama harap bila Eiman dah besar nanti, dah boleh baca, dah pandai surfing..Eiman terserempak dengan blog ni..Yang mungkin dah bersawang atau dah jadi rumah tinggal dah masa tu..Huhu..Blog ni umpama luahan hati Mama, tentang apa saja yang Mama rasa Mama nak post. But mostly about you, dear Sohayl. Maybe/ mana tau bila Eiman dah ada adik nanti Mama akan create blog lain pulak..Khas untuk anak-anak Mama.

Tapi untuk ini, Mama hanya nak luahkan rasa hati Mama membesarkan Eiman for almost a year now, and plus another 9 month carrying you inside my womb. Mama pun serupa dengan Mama, Mak, Ibu, Mummy, Ummi yang lain - SENTIASA menyayangi dan mendoakan yang terbaik untuk anak tersayang.

Mama dan Papa Eiman adalah sebahagian daripada insan bertuah yang Allah kurniakan cahaya mata dalam tempoh yang singkat selepas berkahwin. Eiman lahir genap 9 bulan 10 hari kami berkahwin. Syukur, Alhamdulillah.

Pengalaman mengandungkan Eiman, MasyaAllah...Tersangatlah mudah. Allah beri Mama kekuatan, kesihatan dan kegembiraan yang berpanjangan sepanjang 9 bulan yang indah itu. Mama pergi sana-sini tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah.

5 September 2009 - Eiman sepatutnya lahir hari ni. Sabtu. Papa ada jemputan buka puasa kat Tripicana Resort. Bila dah petang tu takde ape2 rasa lagi, Papa bawak Mama skali pi buka puasa. Alhamdulillah. Segala apa smua Mama makan. Balik dari Tropicana, Mama teringin nak tengok KLCC. Walaupun jauh memusing, tapi Papa bawak jugak Mama pi. Bukan nak tengok dari jauh. Nak tengok dekat2.. So, Papa berenti kereta kat bus stop betul2 depan KLCC tu, dan kami pun dongak ke langit sampai sakit tengkuk. 10 minit je, Mama dah puas. Kami pun balik..

8 September 2009 - Kira-kira pukul 1.30 tengahari Mama mula rasa minor contraction. Masa ni bulan puasa sayang. Dan Mama keseorangan di rumah Tok Mama. Atuk, Tok Mama & Papa Eiman pergi kerja. Mama sms dengan Dr Raffa, my bestfriend dan bertanyakan hal contraction ni. Dr Raffa kata, rekodkan selang masa contraction tu. I did it in my handphone. Sambil terbaring, sebab tak senang duduk, Mama rekod. Surah Yassin dan risalah doa sentiasa di tangan. Dr Raffa kata, kalau takde masalah, malam Eiman dah boleh keluar. Mama berseloroh, "tak sempat 9 September ke?" Hehe..cantik sikit date tu..

Bila malam, contraction continue. Kekerapan still sama macam siangnya. Oh ya, Mama puasa habis hari tu tau.. =) We decide nak tunggu sampai ada 'show' or leaking baru nak gerak ke hospital. UMMC is our choice. Kereta smua dah ready.

9 Sept - Yes! Sempat lagi Mama excited dalam hati bila tengok jam handphone dah mencecah 12am. Sempatlaa beranak 090909! Hehehe..Malam tu, memang sakit. Mama tak tido langsung. Handphone kat tangan dok taip kekerapan contraction tu, dari 20 min, sampailaa selang 10 minit. Bila sahur, Mama dah tak tahan. So, smua siap2 apa yang patut...and off we went to UMMC tepat jam 5am.

6am - Masuk labor room, laa...baru 2cm rupanya.. (dalam hati, 2cm dah sakit cenggini...10cm camne laa gamaknya..)

8am - Masuk wad. Bermula laa episod sakit contraction yang teramat.

12pm - Tak tahannnnn... Panggil nurse, dia kata 2pm Doc akan masuk check..

1pm - Papa beli nasik utk Mama. Suap masa tak rasa contraction, kunyah2 telan cepat2. Time contraction akan mengerengkot balik kat katil. Dah lega, suap balik..Camtu laa hai..sampai nasik abis. Hehe..

230pm - Doc check tengok..Laa...baru 4cm! MasyaAllah..Sakitnya tak terbayang. Doc kata petang ni dah bleh deliver, so pukul 4 dia akan bawak masuk labor room.

430pm - Masuk labor room lagi. Masih 4cm..! Mama request epidural shot sebab dah tak tahan. Mama dan Papa sangat determine utk lahirkan Eiman through normal birth. Tapi sebab tak tahan sakit, request laa epidural shot tu.

630pm - Memang Mama relax abis. Langsung tak rasa sakit. Contraction tu rasa, selang 5 minit kot, tapi macam kene gigit semut je. Tak sakit. Tapi patient katil seblah memang psycho gila.. Dia menjerit2 sakit. Adoi..

7pm - Doc check tengok Mama, bukaan dah 5cm. Adoi..sangat lambat terbukak..Hehe..Tetiba dalam hati terpikir, sempat ke 09/09/09?? Entah2 dpt 10/09/09..Tp ok gak, 10/09 tu birthday Atuk.. Bleh share birthday.. =)

Doc mintak nak pecahkan ketuban untuk cepatkan bukaan. Belasah je laa Doctor..Buatlaa apa pun. Asalkan selamat semuanya..

9pm - Bukaan baru 6cm. Doc monitor Eiman punya heart beat..Dah macam makin lemah. Eiman pun tak aktif. So, dia cakap better potong kasi keluarlaa ini baby. Sebab jantung dia dah lemah..

Allahuakbar...Lama Mama tunggu untuk deliver normal. Hajat tak kesampaian. Takpelah Doctor, buatla apa yang boleh.

930pm - Mama masuk OT, sempat lagi wat peace kat video cam Papa.. Salam semua orang..Cium semua orang..

945pm - Prosedur dimulakan, sambil Mama sembang2 dengan tukang potong, tukang bius & nurse..

1015pm - IT'S A BOY!!! Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Mama memang taktau gender baby, coz we just dont wanna know. It doesn't matter. As long as my baby is superhealthy, it is fine with us. Tp dalam hati memang nak baby boy.. Sebab masa kecik2 dulu Mama slalu berangan, camnelaa agaknya if Mama ade Abang..Huhuhu.. come to think again, baju2 baby yang Mama prepare, Tok Mama beli, almost 3 quarter ngam untuk baby boy. Syukur. Ini semua kerja Allah.

12am - Masuk wad. Hmmm....Mama dah jadi Mama.. Bestnyaa..



SEKIAN...

3 comments:

  1. hahaha..saiko ke pesakit katil sebelah tu? ada ke dia cekik sapa2? (terutamanya laki dia??). muehehe! akak takde amik suntikan tu. dua2 anak bersalin biasa. alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Patient tu orangnya besar dan tinggi. Dia amek epidural gak tapi 1 shot wasnt enough for her..Tu yg dia terjerit2 tu..Pas Dr bagi 2nd shot baru dia diam. Magrib je, lahir anak dia. Zareen yg tak kuar2 lagi baby masa tu..Huhuhu...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Akak dpt bsalin normal. Doakan Zareen dpt experience normal birth jugak ye on 2nd pregnancy yg tatau bila nnti.. ;p

    ReplyDelete