a) CD terbahagi      kepada 2 bahagian :
        1. Pocket pant (ada yg warna-warni, corak-corak)
        2. Insert (yang putih tu)
b) Setiap      insert yang baru mestilah dibasuh terlebih dahulu (prewash)      sekurang-kurangnya 2-3 kali prewash sebelum memakaikannya (kelakar word ni..Hihi)      kepada anak anda. Ini bagi meningkatkan daya serapan insert tersebut.      Ingat, semakin kerap ia dibasuh, semakin tinggi daya serapannya.. Bagi      pocket pant pula, memadailah jika prewash 2 kali sebelum memakaikannya (gelak      lagi) kepada anak anda.. Untuk basuhan seterusnya, gunakan sedikit saja sabun. kira-kira 1/4 sukatan. Lebih elok guna sabun kain jenis kurang buih, tidak mengandungi enzyme (contoh enzyme pewangi atau enzyme pemutih) kerana enzyme boleh mengurangkan daya serapan insert anda. (Utk prewash memadai sahaja basuh dgn air tanpa sabun)  
c) Setiap      CD perlu dimasukkan insert ke dalam poketnya. Material insert ni microfibre      namanya. Ala…macam tuala laa senang cakap. Ia menyerap kelembapan. Masukkan insert ke dalam poket CD. Insert tidak boleh diletakkan secara terus menyentuh kulit bayi kerana kuasa serapannya yang kuat akan menyerap lembapan semulajadi kulit bayi. Pastikan ia ditolak kemas sampai ke bahagian depan. Boleh digunakan sehingga 3 jam atau 4 kali basahan (sama seperti DD). Bagi bayi yang heavy wetter, boleh dimasukkan dua inserts ke dalam poket CD. Apabila hendak menukar insert harus tukar CD sekali walaupun microfleece (bahagian dalam CD yang kena kulit bayi) ini sentiasa kering bagi mengelakkan bakteria dan ruam lampin.
d) Untuk      penggunaan di hari siang, hanya 1 insert diperlukan untuk penyerapan      sepanjang 3 jam (bergantung kepada berapa banyak bayi anda kencing). Macam      Acik, ada baby boy dan kerap kencing. Acik akan pakaikan baby setiap kali      dengan 2 inserts. Lagipun, sebab Acik hantar baby ke nursery, takut diorg      tak tukar 3 jam skali. So, 2 inserts tu sebagai langkah berjaga-jaga. Rasa      selamat sket daripada bocor.
e) Tukar      CD setiap kali baby berak (maaf ye, bahasa paling mudah nak paham) dan      apabila CD sudah berat (3-4 jam). So, keperluan untuk sehari (24 jam), 1 CD untuk 2-3 jam = 6      CD.
f) Untuk penggunaan malam dengan 2 inserts, boleh digunakan selama 6-7 jam kalau      baby tak berak tengah2 malam. Kalau dia berak, cepat2 tukar ye.. Kedua-dua      insert dimasukkan ke dalam pocket pants (demi penyerapan yang lebih dan      anda tak perlu bangun malam utk menukar CD baby).

No comments:
Post a Comment