Followers

Friday, August 13, 2010

My Bandung Trip - Day 1

Salam,

Skarang dah dalam mode relax dan happy untuk update pasal my 1st Bandung trip last Sat. Bukan laa tujuan nak menunjuk ke apa ke, tapi dah namanya blogging, sukati laa apa Acik nak post pun kan? Haha...Takdelaa, maybe post ni boleh jadi panduan ke untuk sesape yg nak ke Bandung lenkali..Kan...Bleh share tips on do & dont kat Bandung ni kan? Btw, memang best pi Bandung ni. Syurga membeli-belah...

Acik ni bukan jenis shopping sangat, tapi kalau sekali-sekala shopping tu memang akan shopping abis2..Dulu masa single, memang sgt suka shoes & handbags (i'm sooo not into clothes!)..Bila dah ada mata air, suka shopping untuk dia laa..La ni dah ada anak, memang takdak pk lain dah..Memang membeli untuk anak je..

Our flight scheduled @ 330pm and arrived @ 530pm waktu Mesia. Waktu kat Bandung -1jam ye..Maknanya kami sampai jam 430pm laa kat Bandung. Acik pegi trip ni dengan my parents, my bffs (Bibik Dayah & Aunty Gee Eiman ikut skali dengan family diorang) & 1 family friend. So total group members adalah seramai 12.5 orang (0.5 tu Eiman. Hehe!). Trip ni kepalanya Ayah Acik. My parents gi Bandung tiap2 tahun. Dah macam balik kampung sendiri. Ayah Acik arrange sendiri trip ni dengan travel agent dari Bandung (cheaper!). So, total all-in cost for 4d3n trip ni adalah RM850 sahaja. Murah tak? All in fares tu maknanya sekali return tix, 4 star hotel, pemandu pelancong, bas pelancong, makan & jalan2 smua skali laa...


Gelap!


Eiman cak-cak Bibik Huda, Bibik Dayah & Aunty Gee



Sampai sudah...Kecik je airport dia. Tak gempak pun..Dahlaa masa nak landing jumpa kubur dulu. Adoi..



Ini Pak Hendri. Dia bos travel agency kami.


Eiman sangat behaved himself ok during flight. Naik je, terus tido...lagi 20min nak sampai baru bangun..Sempatlaa Mama & Papa dia melantak Nasi Goreng masa Eiman tido tu.Huhuhu..


Ok, ni tips untuk uols...Kalau memang niat hati nak shopping tu, seeloknya bawaklaa banyak duit ye..Barang kat sini tersangatlah murah, jadi kalau setakat bawak 1-2 juta tu, sehari dah abis.. Seeloknya untuk 4d3n ni bawaklaa 10 juta ke..Baru puas hati. Itu pun akan banyak lebihnya..Tapi, biar terlebih, jangan tak cukup ye tak??

Lagi satu, kat Bandung ni tersangatlaa banyak pengemis2 jalanan. Sedekahlaa sikit2 kat diorang ni. Memang kesian tengok pengemis2 ni. All ages bersepah2. Kadar kemiskinan sangat tinggi di bandar yang sangat pack ni (Bandung ada 6 juta residents). Ada jugak yang bawak gitar, nyanyi2 kat tepi keta...Ada yang jadi tukang jaga parking, dan paling banyak yg jual barang, souvenir & other stuff. Itulaa pun punca pencarian diorang. Nak beli boleh, tapi kena tawar gila2. Like, kalau diorang jual RP100,000, bargain laa sampai like RP20,000 or 30,000 ke..Memang boleh dapat..

And the TRAFFIC!!! Sangat hectic..Penuh kereta sungguh bandar ni...Kereta, motor, van paling banyak...Adoi..Memang pening. Location yang sepatutnya bleh sampai within 20mins pun bleh jadi dekat sejam bila peak time..

Ok, enuff on that... Nak cerita pasal out trip.

Hari pertama sampai kami ke salah satu factory outlet yang agak terkenal laa, Jalan Riau. Sepanjang jalan Riau ni ada banyak factory outlets. Barang2 branded ada banyak kat sini. Kat sini laa letaknya Rumah Tas (Tas = beg). Sapa gila handbag bleh beli kat sini ye.. Tapi kena mahir buat conversion dalam masa yang cepat. Macam Acik yg agak lem ni, Acik dah prepare siap2 conversion list dari Mesia lagi. So, bila tengok harga barang RP300,000, refer je kat list cepat2 nak tengok bape harga dlm duit Mesia.


Antara factory outlet kat Jln Riau. Heritage. Dalam ni banyak jual baju. Laki, Pompuan, budak2...Dari local brand sampailaa international brand.


The Summit.


Ni salah satu mall kat Bandung, Yogya Mall.

Kat Jalan Riau ni harga barang dia boleh tahanlaa...Agak mahal jugak. Plus, takleh nak bargain. Kedai standard. Kat Bandung ni ada tempat yg kt bleh bargain gila2, ada tempat yg xleh langsung. Factory outlets mmg takleh nk bargain laa..Kalau bleh pun sangat susah. Acik tak shopping apa pun coz esok2 nak pegi lagi factory outlets yang lain. So, kat sini Acik survey harga je. Lagipun, penat...Mood shopping pun agak low sket. Huhu..


Stall kecik cenggini banyakkkkk sangat2 kat Bandung. Acik beli sate ayam & kulit kat sini. Rasa sate diorang macam rendang yang dibakar. Kulit lembu dia pun sedap..Oh ye, Acik tak pelik sebab Acik slalu makan kulit lembu. Hihihi...

Lepas dinner, kami balik hotel..Ingat nak bawak Eiman mandi pool, tapi Tok Mama dia bising since Eiman baru baik demam..So, kami pun Zzzz...


K, nanti ada masa Acik cerita pasal day 2 onwards ya! Dadida~


p/s: Gambar banyak dalam kamera. Kamera kat Abang. So, Acik upload mana yg ada je k?

2 comments:

  1. wahhhhh...syokkk nyerr kamoooooooo!!!!!!
    cpt2la post cerita dr Bandung!!
    kami pun plan to Bandung jg 1 day ;)

    ReplyDelete
  2. Okeh..Nanti Za post lagi pasal trip kitorang. Arini agak bz, tak sempat nk upload.. =)

    ReplyDelete