Followers

Thursday, August 19, 2010

My Bandung Trip - Day 3

Salam,

Bilaa laa pulak entri Bandung ni nak abis ye?? Yang dulu pun orang tak bace, ade hati nak update lagi hal Bandung 3 minggu sudah ye Acik?? Ehh, biarlaa. Orang nak jadi penghapdet belog yang teraktif ni..Sukati arr..

Lalalala...


Hari ketiga ni belah pagi kami pegi ke Rumah Mode dan Donatello dulu. Rumah Mode ni memang syurga baju2 branded laa..Dari baby sampailaa dewasa, dari pakaian sampailaa ke kelengkapan rumah. Donatello pulak salah satu kedai jual kasut kulit yang sangat femes di sini. Harga kasut2 dia boleh tahan laa sebab bagus kualiti dia. Even Ayah & Mama Acik pun shopping kasut kulit kat sini for the past 5-6 years kalau tak silap..Ke, lagi lama..Haha..

Lepas ke sana, kami proceed ke Jalan Cihampelas. Hmm...SYURGA jeans dan baju2 casual. Ada yg branded, ada yang tak..Harga di kebanyakan kedai adalah fixed tapi smua kedai ada sale. Sebab nak raya kot. Kalau beli kat gerai2 luar bolehlaa nak bargain gila2. Lama jugak kami kat Cihampelas ni. Sampai pukul 3pm.

Pastu kami pi makan, then ke satu lagi factory outlets spot, iaitu di Jalan Dago.

Jom kita tengok apa Acik buat kat Bandung pada hari ketiga trip kami..Sambil2 tengok kedai, tengok sama apa yg kami lihat dari atas bas.. =)



Sekolah Dasar Negeri - Sekolah rendah laa..



Kedai runcit Rejeki



Sekolah Dasar lagi..



Masjid



Jalan yg macet..



Ini laa sign Rumah Mode



Salah satu landskap menarik kat sini. Shopping ala dalam resort suasananya. Memang nyaman!



Salah satu rose fountain.



Anak dan Bapak yang sama2 suka ikan!



Kami santai2 je. Sebab tau nak berjalan jauh. Malas nak dress up beria..


OK, jom jalan ke Cihampelas pulak! Kat sini kedai2nya sangat banyak. So, untuk menarik customer..setiap kedai dihiasi dengan patung/ sign/ warna/ perkataan yang unik..





AWAS!! Torpedo On The Way!!



Err..Superman naik dolphin?



Kapal Kembar Siam



Kalau lalu bawah dia ni, jangan dongak atas! Kurang pahala puasa!



Ni gamba Acik cilok kat Google - nak menunjukkan apa yg ada dlm kedai. Alkisah asyik sangat amek gambo luar kedai, takde satupun gamba dalam kedai yg di snap.. Huhuhu...



Ni pun Acik Google - Dr Jeans merata2.. Tak payah blaja tinggi weh!



Kami sempat beli ole2 untuk bawak balik. Walaupun ni gambo Google, tapi orang yang 3 inilah yang entertain kami. Bos dia yg baju oren tu. Kedai dia nama Odjolali - Bahasa Jawa yang maknanya jangan lupa! ;p



Kami borong dodol garut ni. Untuk raya.. Nak merasa, mailaa dtg beraya rumah Acik!



Cenderamata yg dijual. Kreativiti yang diguna sebagai mata pencarian. Benda tu akar kayu. Sangat wangi. Acik ada beli 2 ekor.



Nak beli ular?



Eiman tak takut laa... ;p


Sapa nak kena tembak...angkat tangan! Halahai, kalau tanya Eiman, mesti dia angkat tangan dua2 belah..Pantang orang tanya sapa dan mana...laju je dia angkat tangan. Bukan paham pun sebenarnya..Hehehehe...


Kat Cihampelas ni, yang banyak shoppingnya Abang. Acik takde beli apa pun. Tak kena dgn selera. Hehehe... Abang borong jeans, corduroy dan baju. Acik plak belikan adik2 jeans sorang selai. Pas makan smua, kami ke Jalan Dago pulak. Kat sini baru Acik shopping kaw-kaw punya.. Kasut raya pun dapat.. ZARA lagi!! Kalau kat Mesia, tak merasa laa...



Donatello..Kami borong sorang 2 pasang kasut kulit. So, total 6 pasang laa untuk 6 kaki kami.. ;p



Factory Outlet



Lagi Factory Outlet



Lagi-lagi Factory Outlet



Lagi-lagi-lagi Factory Outlet..


Adoi...arini penat betul berjalan..Balik hotel je, kemas2 barang. Tido lewat sangat. Sebabnya, besok pukul 9 dah nak check out. Sebab nak ke Tangkuban Perahu pastu terus ke airpot.. Mau pulang sudah.....

No comments:

Post a Comment