Followers

Friday, March 4, 2011

RIMS SHOPPING!

Salam,
Mesti ada yg boring atau macam pelik bila baca title kat atas tu kan? Hari ni Acik nak cakap pasal rim kereta. Atau ada yg panggil sport rims. Kita orang pompuan ni biasa tak amek port sangat bila dengar pasal laki kita, or ayah kita cakap macam2 hal yg bkaitan kereta, tayar, aksesori dan rim. Sebenarnya, kita kena tau jugak tau…Takdelaa nanti kita main jawab je kat laki kita, ‘Tak payah tukarlaa bang, buang duit je!’. Hihi…

Jangan ingat benda2 ni tak penting tau. Kadang2 hal remeh2 macam rim bengkok ke, boleh menyumbang kepada hal yg lebih besar. Makan minyak umpamanya. Bila rim bengkok, alignment dan balancing pun boleh lari. Tekanan kereta menjadi tak seimbang dan bila tak seimbang, itu yg orang kata kereta berat la, makan minyak kuatlaa..Haa, nampak tak?

 Rim bengkok...Langgar lobang laa ni kot..

Bagi yang pakai kereta standard (macam Acik), senang sikit penjagaannya.. Tapi dah dekat dua tahun pakai ni, Abang dah mula pasang angan2 nak tukar cover rim (kereta standard low-spec mmg ade cover rim je) kepada sport rims. Alang2 dah tukar tayar katanya, nak pasanglaa sport rims dgn disc brake skali. Acik memang sokong..Takde perasaan sgt bawak kereta tanpa sport rims ni. Haha..bertuah Abang dpt bini memahami macam ai..Huh, poyo! Ala, sebenarnya ini hasil didikan ayah Acik. Acik rapat dgn ayah dan ayah pun slalu bincang2 pasal kereta dgn Acik sejak dulu lagi. So, kekadang tu, ade part yg Acik lagi tau laa pasal kereta ni berbanding Abang. Tapi sikit sangat laa..Ibarat secubit garam dalam seperiuk gulai. Hehe..
 
 Kereta standard dgn cover rim.

So, disebabkan Abang nk perabih bonus dia kat kereta Acik, maka Acik pun bagi syarat kat Abang utk Acik pilih sendiri sport rim apa yang nk dipasang kat kereta tu, harga banyak mana pun kene kowtim dengan Acik, walaupun duit Abang. Seriously, bab ni Abang memang serah kat Acik. Hehe…

Sejak bulan 12 aritu, kitorang dah start survey rims dan tayar skali kat kedai2 area Shah Alam, Klang, Kapar dan ke Meru pun. Banyak kawan Abang recommend kedai belah2 Klang nun sebab murah dan banyak pilihan. Memang betul pun. Kedai2 kat Shah Alam yg kami pi memang tak banyak yg memuaskan hati. Design lopek tapi harga mak ai…paling koman pun RM2.5K..Sebagai Pengarah Kewangan, Acik dah cakap dah kat Abang, siap pasang dgn tayar skali paling banyak pun RM1.5K.. Lebih daripada tu takmau..

Kat Klang, kami pilih memang rambang mata wei…Pekerja2 pun layan bagus, dan tau apa yg dia cakap. Takdelaa terpinga2 nak explain bila kami tanya. Harga pun banyak gaklaa yg padan dgn apa yg kami mau..Rata2 dapat RM1.5K mcm yg kami nak. Cop dalam hati dulu, tak letak deposit lagi sebab nak puaskan hati tengok semua kedai. Kami plan nak pasang rim 16”, yg standard skarang 15”. Kalau pasang 17” memang lawa, tapi nanti kereta berat sikitlaa, pastu of courselaa minyak lagi kuat. Kalau 16” takdelaa seberat tu, kira sesuai laa utk kereta kami. 


So, itulaa cerita rim untuk hari ni. Baru survey je ni, belum confirm. Tapi ada satu kedai ni, Acik dah cop awal2, siap letak deposit RM50. Nak tau kedai mana dan apa pilihan sport rim kami? Tunggu….




No comments:

Post a Comment