Followers

Friday, March 25, 2011

Mari Beramal

Assalammualaikum all~

Selamat hari Jumaat!

Di hari yg penuh barakah ni, Acik nak mengajak kawan2 semua mana yg berkesempatan utk menderma sambil beramal di Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Klang. Acik, Abang dan Eiman dah pergi ke tempat ni yg terletak di Johan Setia, Klang. Mereka ni taklaa daif duk kat rumah usang bagai..semua kemudahan asas sudah dibina dengan hasil sumbangan dan zakat. Masa Acik gi tu, dewan besar dalam 70% pembinaan. InsyaAllah bila dewan tu siap, itulah akan jadi surau, dan di situ  jugaklaa akan jadi tempat penganjuran apa2 acara seperti majlis buka puasa, solat terawih, tahlil dan sebagainya..

Uniknya di rumah ini, anda boleh jemput mereka ke tempat anda untuk menghadiri majlis yg anda buat, contohnya kenduri-kendara, majlis tahlil dan doa selamat, majlis harijadi atau majlis bacaan Yassin. Kenderaan anda kena supply sebab merekahanya ada sebuah bas sekarang ni yg condition-nya agak semput. Sebab beli bas secondhand, banyaklaa yg kurang...Selain dari anda jemput mereka ni ke rumah, anda jugak boleh buat aktiviti2 tersebut di rumah kebajikan ni...Cuma kata pengurusnya, kalau majlis harijadi tu, tak adelaa belon2 dan tiup2 lilin..Hanya doa dan selawat je.. =)

Bestkan...Baru taip pun dah rasa berkat anak yatim ni...Inikan pulak kalau majlis kita dihadiri oleh mereka...

Anak2 di sini selain belajar di sekolah harian, ada juga yang masuk tahfiz. Al-Munirah pun ada buka Pusat Tahfiz yg terletak di seberang jalan asrama mereka.. =)

Selain sumbangan wang ringgit, anda juga boleh, pada bila2 masa untuk menghantar bahan makanan kering seperti beras, bihun, sardin dalam tin, gula, kicap, sos dan sebagainya ke tempat mereka..








Berminat tapi taktau nak pergi? Jangan risau, bleh derma online lagi!


Bagaimana cara menderma?
1. Bank-in ke akaun CIMB - 12480000295102 (Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah).
Selepas bank-in, sila hantar maklumat berikut kepada kami:
  • Nama
  • Alamat
  • No Tel
  • Jumlah derma
  • Tarikh dan Masa bank-in
Hantar maklumat tersebut ke : almunirah@anakyatim.com.my atau hubungi 03-33247758. Ini adalah penting kerana akan memudahkan kami menghantar resit kepada anda.

Meh gi SINI

1 comment:

  1. aku rase aku pnh lalu la kot tpt ni...thanks 4 d info ya..

    ReplyDelete