Followers

Thursday, March 31, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti!

Salam,

Ingat tak Eiman's feveret toy? Alaa, motor kesayangan dia tu..Hmmm, motor tu dah patah tangan..Huhuhu...Kesian Eiman, nangis dia tengok moto tu. Tah macammana bleh patah pun Acik tak perasan..Padahal depan mata je..Eiman jatuh, tapi tak kuat mana pun. Macam tak logik bleh patah..Hmm..Motor ni Mama beli kat Eiman murah je, RM15...Beli kat jauh nun di Padang Besar,  Perlis..Berangkut naik kereta. Sayangnya, ia dpt berkhidmat dalam setahun je..Pastu tersadai sudah...Ingat nk tape kan handle dia tu, tapi pikir2 balik bahaya gak nanti.. Dibuatnya tercabut tape tu ke, atau terjatuh lagi..Haa, lagi bahaya jadinya..

So, Mama korek2 tabung CD, ade laa untung sikit2 dan Mama beli laa motor baru utk Eiman masa My Dear Warehouse Sale..Best2...Mama yg seronok lelebih dgn motor baru ni. Ada bunyi2, tapi lagu Krismas la pulak..Hehehe...Tak kesah laa, asalkan Eiman seronok.. =)

Ni laa Eiman's fav toy.... =)

Handle dia patah sudah...

Huuuu~

Dan motor baru Eiman!

Sampai ke malam dia main~

Bibik!! Tolak laju2...

Vrooommmmm~


Wednesday, March 30, 2011

Berbogel di Times Square~

Assalammualaikum..

Waaaa..tajuk tak agak2...Hihihi...Mailaa Acik sambung hal kami ronda2 pi Times Square naik Monorail..Times Square yg Acik dah (ade 5 tahun kot) tak jejak..Dah berubah abis..Dah macam mall murahan plak nampaknya..Bukan ape, Acik bukan nk condemn..Cuma dulu masa gi sini, mall ni nampak agak.exclusive dan tak ramai sgt org. Sekarang, mak ai....ramainyaa makhluk. Orang2 muda duk dating2 kat sini...kedai2 berlambak2..Acik tak snap gambar sebab masa ronda2 tu kami lari2 anak..Haha..bukan ronda sebenarnya..Tapi sesat nk cari jalan exit ke stesyen monorail. Eiman dah tertido, so kami yg takde stroller ni terpaksa cut short our ronda-ronda time sebab kesian dgn Eiman. Bunyi bising dan hingaq sangat. Kedai2 bleh kata smua buat jualan murah..Baju2 orang muda, blouses & tshirts semurah RM5...Dah macam kedai kat area Petaling Street pulak rasanya..Hmm, ape2 pun..Jalan2 kat sini memang satu kelainan laa utk kami. Pada Acik pulak, haihhh takde jiwa nk ke sini lagi..Soooo not my place..Ape2 pun, jom tengok gamba bogel..Opps!

Eiman si bogel yang sibuk nak tengok pemandangan 'indah' bandaraya sebelum mandi..

Bas! Bas! Bas!!!

Papa mandikan dak kecik ni...

Dah mandi tengok orang jerit2 naik roller coaster...

Itu je laa pun, pas tengok roller coaster tu, Eiman mintak susu dan terus terlelap sampailaa kami selamat mendarat ke Pekeliling. Dah dekat nak sampai Shah Alam baru dia sedar..


Naik Monorail~

Salam all..

Bila Abang cuti je, kami slalu buat plan adhoc pi memana bawak Eiman. Tak kesahlaa Eiman nak ke, taknak..Haha...Dia tak reti mintak lagi..Mama dia yg melebih2.. Last Wednesday Abang cuti, maka kami plan nk bawak Eiman jalan2 KL naik monorel..Waa..Mama pun tak penah naik lagi tau mende alah tu...Bila terbayang, gayat pun ada..Huhuhu...Kami park kereta kat Pekeliling, then naik monorel pi Times Square. Dah makan, jalan2 smua, patah balik ke Pekeliling...Sangat best... =)



Nak naik beli tiket...



Semangat gila Doraemon Mama ni~

Kami beli dua hala, so dia bagi 4 keping.

Monorail Eiman mai dah...

Gayat dan Laparrrr~

Sibuk tengok luar je..

Sampai Times Square terus cari tempat makan. Makan kat Taste of Asia (food court dia) yang sgt bersih dan best...Beli makanan pakai sistem meal card, bleh refund. Kami makan 3 org tak sampai RM20.

My Lo Hon Ka & Papa's 3 layer tea..Why nampak only 2 layers meh?

My Wanton Noodle with BBQ Chicken, Soup, Fried Wanton and Sambal Belacan! I love Chinese Food!

Papa's choice at EVERY food court - Sizzling Chic Mushroom Yee Mee...

Eiman makan & main wanton mee. Ai tapau dah bread & cheese dari rumah.

Demonstrasi minum air

Bila air tumpah, lap kat Doraemon ye!

Demonstrasi hirup sup. Eiman memang suka sup!

Hirup sampai abess....

Gitulaa halnye kami naik Monorail & makan2 kat Times Square..Ade lagi story Times Square ni...Nanti laa sambung..Daa~

Tuesday, March 29, 2011

Aktiviti malam..

Sejak Papa asyik kena keje ari Sabtu, masa kami nk pi Tasik pun sangat tak ada ok? But we managed to replace it with even more fun activities...Check this out..

Date: Unspecified - Malam2 Minggu. =)
Venue: Dataran Bandaraya Shah Alam.
Environment: Superb!
Activity: Berkelah bukan di pantai, main badminton bukan di court, main bola bukan di padang bola.. =)


Food Glorious Food~

Aummm!

Tunjuk skill main badminton ke Eiman?

Eiman jawab: Takla Mama, prektis Bawak bola pingpong dalam sudu utk acara Hari Keluarga..Boleh?
Main bola...

Ramai manusia berkeluarga..Sangat bahagia tengok kekanak riang..Sebab malam tak nampak, ibu2 pun ramai yang menggoyangkan lemak main bersama anak di sini..Termasuklah daku.. ;p

Ade pulak kat blakang tu Tok Mama Eiman sempat menyelit skali.. ;p

Makanan licin, sebab smua lapar bila dah main penat2.. =)


 p/s: Dulu masa pregnant slalu lalu sini malam2, terbayangkan anak sendiri lari2 kat sini...Sekarang, bahagia sgt rasa dpt fulfill dream itu.. Harusss pergi tetiap minggu... =)

Monday, March 28, 2011

Dah bikin!

Salam all,

Sport rims idaman dah terpasang di badan...
Tukar tayar, tambah brake pad kat depan, tambah secure nut kat tayar....Beriban melayangs....

Pilihan kami...2 shades sport rims. Dinding hitam..Biasa nampak dinding sport rims ni kaler silver je kan? Yg itam ni smart lagi laa.. =)

Juling mata ni tengok sport rims bersepah...Yg gambar ni smua rim 16" dan 17"

Mende ni dia nk buat balancing tyre..

Sebab nk capture image, 2 kali Acik kene sound dgn mekanik tu.."Akak, sensor...Akak, ade sensor.."Muahaha...

Kagum sekejap, korang igt keje ofis je ke main komputer? Pomen wat keje kotor pun everything computerized tau..!

Acik tak paham bila tengok. Tanye Abang, "Apesal kete kaler grey bleh jadi merah dalam skrin?". Abang jawab: "Sengal!"

Ginilaa gamaknya dia wat balancing tu..Ku tak paham ape pon...

Setengah jam je siap! =)


Abang: Tayar tukar 2 tahun skali takpa...tapi sport rims ni pakai selagi boleh pakai ok???Jgn berangan nk tukar2 lagi...


Friday, March 25, 2011

Mari Beramal

Assalammualaikum all~

Selamat hari Jumaat!

Di hari yg penuh barakah ni, Acik nak mengajak kawan2 semua mana yg berkesempatan utk menderma sambil beramal di Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah Klang. Acik, Abang dan Eiman dah pergi ke tempat ni yg terletak di Johan Setia, Klang. Mereka ni taklaa daif duk kat rumah usang bagai..semua kemudahan asas sudah dibina dengan hasil sumbangan dan zakat. Masa Acik gi tu, dewan besar dalam 70% pembinaan. InsyaAllah bila dewan tu siap, itulah akan jadi surau, dan di situ  jugaklaa akan jadi tempat penganjuran apa2 acara seperti majlis buka puasa, solat terawih, tahlil dan sebagainya..

Uniknya di rumah ini, anda boleh jemput mereka ke tempat anda untuk menghadiri majlis yg anda buat, contohnya kenduri-kendara, majlis tahlil dan doa selamat, majlis harijadi atau majlis bacaan Yassin. Kenderaan anda kena supply sebab merekahanya ada sebuah bas sekarang ni yg condition-nya agak semput. Sebab beli bas secondhand, banyaklaa yg kurang...Selain dari anda jemput mereka ni ke rumah, anda jugak boleh buat aktiviti2 tersebut di rumah kebajikan ni...Cuma kata pengurusnya, kalau majlis harijadi tu, tak adelaa belon2 dan tiup2 lilin..Hanya doa dan selawat je.. =)

Bestkan...Baru taip pun dah rasa berkat anak yatim ni...Inikan pulak kalau majlis kita dihadiri oleh mereka...

Anak2 di sini selain belajar di sekolah harian, ada juga yang masuk tahfiz. Al-Munirah pun ada buka Pusat Tahfiz yg terletak di seberang jalan asrama mereka.. =)

Selain sumbangan wang ringgit, anda juga boleh, pada bila2 masa untuk menghantar bahan makanan kering seperti beras, bihun, sardin dalam tin, gula, kicap, sos dan sebagainya ke tempat mereka..








Berminat tapi taktau nak pergi? Jangan risau, bleh derma online lagi!


Bagaimana cara menderma?
1. Bank-in ke akaun CIMB - 12480000295102 (Rumah Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah).
Selepas bank-in, sila hantar maklumat berikut kepada kami:
  • Nama
  • Alamat
  • No Tel
  • Jumlah derma
  • Tarikh dan Masa bank-in
Hantar maklumat tersebut ke : almunirah@anakyatim.com.my atau hubungi 03-33247758. Ini adalah penting kerana akan memudahkan kami menghantar resit kepada anda.

Meh gi SINI