Followers

Friday, April 15, 2011

Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku dengan Kulat Sisir

Salam,

Entri resepi kali ni bukan ari Khamis, tapi Jumaat..Taip title je terus kecoq ayaq lioq..! Hehehe...

Ni dia kulat sisir yg Acik beli kat Pasar Paya Pulai aritu. Musim agaknya, Acik tengok ramai yg jual kat pasar tu. Satu tin susu RM3. Mahal? Padanlaa dgn susah nak dapatnyaa. Dulu2 masa Emak sihat, kalau musim dia slalu masak kulat sisir ni. Bukan takat masak, bila dah kutip banyak2 kat ladang tu, siap boleh berjualan..Selalu Emak buat masak lemaklaa, takpun, buat cucur kulat sisir. Acik belajar makan pun dari Emaklaa... Sebelum2 ni, memang tak penah jumpa/makan/masak pun... =)

Nah, tengok gamba dulu....
Pucuk paku left - Paya Pulai, pucuk paku right - Shah Alam

Pucuk paku Paya Pulai - betul2 pucuk, bleh makan smpai hujung batang...Yg Shah Alam byak daun, batang smua keras2.. Err..ada yg pikir ke lain ke? Ni pasal pucuk paku laa... ;p

Close-up kulat sisir

Tengah masak

Dah masak! Yg coklat tu laa kulat sisir. Yummeh!!


Nak resepi? Ini dia:

Anggaran 5-6 orang makan atau 2 kali makan (lunch & dinner)
2 ikat pucuk paku - potong2
1 tin kulat sisir - basuh & tumbuk2 b4 masak.
5 tangkai cili api - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
1 genggam ikan bilis - tumbuk
1 labu bawang merah - tumbuk
1 peket santan segar
1 cawan air
Garam secukupnya


Cara masak:
Masukkan santan dalam periuk, masukkan bahan yg dah ditumbuk.
Dah mendidih, masuk garam, pucuk paku dan kulat sisir.
Masak sampai pucuk paku lembut, dah mendidih angkat dan hidang.


3 comments:

  1. lemak pucuk paku memang sedap kan, lelebih lagi ada kulat pulak.. heee bertambah nasik..

    ReplyDelete
  2. my favorite!..terus kecoq liuq!

    ReplyDelete