Followers

Wednesday, April 13, 2011

Pasar Malam Paya Pulai

Salam,
Balik dari Jengka, Abang ajak Acik ikut jalan dalam. Kami bertolak pas Asar, pukul 4.45 camtu. Abang tanak ikut LPT sebab nak jimat duit cari durian katanya.. Acik follow je. Kami ikut jalan dari Kampung Awah-Paya Pulai-Temerloh-Mentakab-Lanchang-Karak dan terus laa tembus jalan Karak ke KL. Memang best sekali-sekala ikut jalan kampung ni. Walaupun banyak lori (takdelaa banyak sangat tapi banyak jugaklaa berbanding jalan biasa), tapi perjalanan kami relax je. Keadaan jalan pun walaupun agak bertampal sana-sini tapi Acik rasa cepat pulak sampai ke Karak dibandingkan ikut LPT. Rupanya Abang cakap, memang jaraknya lagi dekat pun, LPT tu dia potong Felda, agak jauhlaa.

Sampai Paya Pulai, Abang berhenti beli SATA kegemaran Acik. Dari belum kawen lagi Acik suka makan sata kat sini. Satu je tempat dia pun, pastu slalu cepat abes. Time kami beli tu pun las kopek. Tinggal 3 cucuk je. Pastu akak tu siap bagi diskaun & tambah sebungkus laksa free. =) Sata akak ni tak macam kat pasar malam Bandar Pusat (Jengka). Kat sana banyak kelapa. Yg akak ni punya banyak ikan...Tapi apa2 pun, sata Tg Lumpur (Kuantan) laa yg terbaekkk.

Sata simpan dalam bonet sebab nak bawak makan kat umah my parents. Start keta balik dan dalam 10min pastu ada pulak pasar malam....Haishhh...Acik & Abang memang suka sgt pasar2 malam kat kampung2. Banyak benda makanan pelik2 yg ada. Pelik bukanlaa yg tak baik. Maksudnya, yg jarang2 jumpa kat bandar.

Hasil pasar malam ini: JERING SEMAI!, KULAT SISIR!, PUCUK PAKU!, dan kacang rebusss... =)

Sata~

Kulat sisir



Jering Semai


Uols suka pi pasar malam x?


4 comments:

  1. Zura: Tu nama sejenis cendawan yg Acik pun baru kenal sejak 'kawan' dgn Abang dulu2. Mula2 macam geli je sebab panggil kulat kan...Tp rupanya semua jenis cendawan, keluarga belah Abang akan panggil kulat. Nama dia kulat sisir tu sebab masa tumbuh dia macam sisir sikat tu kot..Ahaha..teori diri sendiri ni..Zura tak penah jumpe eh? Sekarang ni musim kot. Banyak jual kat pasar kat kampung2 (area Pahang yg Acik tau laa). Nnti ada masa Acik tulis apa Acik masak dgn benda ni ye? =)

    ReplyDelete
  2. stuju!!!!! sata tg lumpur mmg tiptop! akak klu blk phg mesti singgah punyaa :D

    ReplyDelete
  3. suke kulat sisir tu..org phg mmg pggil kulat kak..saye suke masak lemak cili api pekat or tambah je dlm telur dadar wit cilu padi tumbuk..yummmeh ;p

    ReplyDelete