Entri hari ini masih lagi pasal perjalanan kami dari Pahang ke Shah Alam. Tak abes2 lagi... ;p
Seperti yg Acik cakap semalam, kami ikut jalan dalam sebab nk cari durian. Ingatkan dah nak Magrib masa tu dah tak bleh nk jumpa dah, sebab banyak gerai yg kami passed by dah tutup. Alhamdulillah JUMPA! Tokei kedai ni seorang wanita gigih! Akak apa-tah-nama-lupa-nk-tanya ni, sangat ceria, ramah dan arif sgt pasal durian. Tengok buah dah tau mana yg isi tebal, mana yg manis, pahit, lemak dan semuanyalaaa..Diskaun dia bagi pun gila2..Kami pun jadi gila..
Eiman tido mula2 tu, kami pun makan tak igt dunia...Sedar2 anak tengah menangis dlm kereta..Adoi..Apa punya Mama laa.. ;p
Bila Eiman dah bangun, lagi rancak laa kami makan. Eiman pun makan secubit pastu buat muka pelik. Risau jugak kenapalaa anak kami ni tak ikut jadi hantu durian macam kami? Hahaha..Takpe, slow2...Dah besar nnti dia suka laa.. =)
Masa sembang2 dgn akak tu, tah macammana kuar citer pasal ajal maut...Huhuhu..Yg sedihnya, akak tu penah kehilangan seorang drpd 9 anak dia di depan gerai durian tu. Kejadian tu berlaku 7 tahun lepas. Arwah anak dia (9thn masa tu) dgn seorang lagi (yg selamat) nak lintas jalan. Dek kerana ada pelanggan masa tu, akak ni suruh anak dia tunggu kejap supaya dia bleh lintaskan mereka kemudian. Anak2 dia tunggu laa tepi jalan, berdekatan dgn emak diorang ni. Tah macammana ada lori eksiden dan terbabas, pastu terpelanting kena anak2 akak ni. Sorang selamat, seorang tak. Sedih kan? Tapi akak tu kata dia dah lama redha dah dgn pemergian anak dia tu. Pastu siap pesan kat kitorang suh beranak banyak2...Huhuhu.. =)
Pas dah puas makan, kami beli lagi 4 biji D24 utk my parents. =)
Makan tak ingat anak..Huahuahua |
Akak manis tokei kedai |
Eiman dah bangun, terus bagi makan durian! |
Acik penah gi mandi dgn gajah kat sini..Masa pregnant Eiman.. =) |
Ooo..gerai ni dekat Mempateh..area Mentakab. |
Acik suka durian pahit. Lagi pahit lagi sedap...Yg manis2 Acik tak suka. Durian kampung pun tak berapa suka. Durian Siam lagilaa tak suka..Hehe..Uols suka durian tak? Suka yg cammana? =)
No comments:
Post a Comment