Followers

Friday, October 1, 2010

TGIF?? TONY ROMAS?? CHILLI'S??

Salam Hari Jumaat, 01/10/10..

Ohh, tidak-tidak...No-No-No..

I definitely not craving to go to such places..Nama di atas itu sebahagian sahaja ye..Kenapa tidak makan di sana? Atau yang seangkatan dengannya..

1) Kerana ku tak pandai guna uwang yang banyak untuk order sesejenis makanan.. Sesekali mungkin. Kebiasaan, tidak. Tapi bukan di kedai2 seperti ini..Kedai2 yang di'self-describe'kan sebagai kedai orang-orang kaya..

2) Kerana suamiku akan berkata, "Takmola..bukan makanan kas!" - Dialek Lepih (Lipis)nya yang susah nk kutaip bunyinya..

3) Kerana kutakpasti, HALAL kah?


Maaf ya, dulu pernah jugak kujejakkan kakiku ke Vic Station, The Ship, Colloseum, The Californian Kitchen Pizza...Smua ada org blanje laa kan..Tapi kini tidak lagi.

Ku bukanlah orang yang 'alim' mana, tapi setakat ilmu yg kuada, kutahu tempat2 sebegitu, statusnya adalah ragu2.

1) Buat apa makan di tempat yg ada jual arak? Kita tak order arak, tapi kalau minuman dia jual yg haram, ingredient makanannya jugak kita takkan dapat pastikan ianya halal..

2) Waiter di salah satu restoren di tittle di atas pernah cakap padaku, "Kak, di sini kami hanya masukkan wine pada makanan yg diorder oleh non-muslim shj. So, if akak nk menu itu, kami tak masukkan wine" WTH??? Kuberterima kasih dan kuterus keluar...

3) Trendy? Modern? GTH laa dgn modenisasi jika halal dan haram masih diserabutkan. Kenapa tak ada yg peka? Menteri? Ahh...jauh skali.. JAKIM? JAIS? JA Negeri lain? Nak harap berapa kerat mereka saja utk serbu buat spot check..Kenapa tak bertegas dari saat licence mula di'apply' lagi?? Celaka sungguh.

Tapikan, sebelum makan di luar, pastikan dulu status makanan yg kita beli di groceries. Sebab di negara yg agama rasminya Islam ini, masih mencampuri megi halal & haram di satu rak, sos halal & haram di satu rak, makanan segera (fish ball, cheese, dairy product) halal dan haram di satu rak... Sila pastikan dulu ya..

Sekurang-kurangnya, aspek kepekaan diri sendiri masih berfungsi.

Baskin Robbins & Haagen Dazs juga campur aiskrim halal & haramnya..

Kek di Secret Recipe juga ada yg dicampur benda haram. Apekah? Bukankah itu jenama kedai kek idaman ramai? Ehemm, ni Acik edit ye.. Aritu Acik penah bace Kek Tiramisu SR x halal coz dia letak arak utk bg tahan lama. Cari punya cari, tak jumpa source tu. Agaknya, Acik baca kat sini kot..So, bila bukak sini makanya sudah puas ati laa..Yayaya, mereka dapat sudah sijil halal. Tapi kalau kita was-was, baik elakkan lah ye.. 615pm-011010

Sila pantau diri sendiri.

Tengok2 time jalan2 kat Mall yg gah2 itu, ramai juga pengunjung kedai2 sebegini yg cantik bertudung, dan ada yg angkut anak beranak skali. Bila sibuk sangat mengikut orang, hanyutlah jadinya..Biarpun pakai tudung, suami isteri kuat agama, keluarga yg kuat agama...Boleh tak perasan juga jadi begini.




- Ade pendapat ulama yang mengatakan arak itu haram sebab sifatnya yang memabukkan. Kat sesetengah tempat, wine digunakan sebagai bahan perasa. Kalau pada asalnya wine itu saje-saje je memanglah memabukkan, tapi bila dah masuk dalam makanan sifat tu akan berubah (sama seperti arak yang menjadi cuka yang digunakan dalam makanan) dan menjadikan ia tidak lagi haram. Tapi kalau dah was-was itu eloklah dihindarkan.. Banyak lagi kedai lain yg tak guna wine bagai. Sedap je..

Maaf membebel di hari Jumaat. Pesanan untuk ingatan. =)

Peace! No War~

-Acik-
-Kuhindari Tempat Makanan Yg Bukan Caraku-

5 comments:

  1. kek di secret recipe dicampur brg haram? apa barang yg haram tu dan sumber dtg dari mana? sy ingin tahu juga sbb mmg minat cakes kat sana. setahu saya, secret recipe ada dpt pengesahan halal. thanks

    ReplyDelete
  2. utk semakan, sila kek website Jakim. disana, Jakim telah mengesahkan bahawa cakes di Secret Recipe adalah halal. jadi tak perlu ragu2 lagi.

    ReplyDelete
  3. Saya ada terbaca yg ada sesetengah kek kat SR bercampur alkohol. Ada sesetengah kata, alkohol yg digunakan utk masakan tak haram sebab tak mengandungi peratusan tinggi hingga memabukkan.Bagi saya, kalau dah ragu2 tu, baik hindarkan. Bagi saya masa utk check semula. Sebab sekarang bz sket.. Thanks ye! =)

    ReplyDelete
  4. salam.
    saya bukan peminat secret recipe. tapi apa yang saya tahu tiada unsur arak/haram yang digunakan dalam menu mereka. insyallah makanan SR adalah halal dan dah mendapat pengesahan Jakim. :)

    ReplyDelete
  5. hmmm...betul la kalau was2 jgn makan. tapi kalau takat dapat email tu, baik kita semak semula. sebab kadang2 kan yang tu taktik orang nak jatuhkan sesebuah company/brand tu. tapi like i said, kalau siapa yang was-was jugak harus lah hindarkan..kan? ;-)

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    ReplyDelete