Followers

Thursday, October 21, 2010

Ku Mencari Cinta Di Rumah Hassan Al Banna

Salam,

Bukan2, Acik bukan tak pasal2 nk ketuk rumah orang cari Chinta (read: Fasha Sandha. Haha!)...Sebenarnya, Acik sedang mencari buku..

Atas saranan sahabat blogger Bidadari Besi yang cantik, Acik been looking for this QUALITY book for quite a while. Tapi result masih hampa sehingga kini. Aritu rasa cam nampak versi e-book, download-able tapi bila cari2 godam2 balik tak jumpe plak.

Hmm...buku apa yg Acik cari tu eh? Let's cekidaut. Info Acik kopipes dr SINI.

Nama buku: Cinta Di Rumah Hassan Al Banna

Penulis: Mohammad Lili Nur Aulia

Penerbit: Alam Raya Enterprise

hasan al bana

ULASAN, saya di sini adalah Saudara Izhar Hadafi ye..Bukan Acik. =)

Saya tertarik dengan ulasan di dalam kata pengantar yang antaranya menyebut akan peri pentingnya peranan seorang ayah terhadap anak-anaknya. Dalam budaya kita selalunya ibulah yang banyak dipertanggungjawabkan dalam urusan mendidik dan mengasuh anak, tetapi sedarkah anda bahawa jika kita mengambil al-Qur’an sebagai sandaran, tidak ada satu dialog pun antara anak dengan ibunya. Yang ada hanyalah dialog antara Luqmanul Hakim dengan anaknya dan Nabi Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail ketika Nabi Ibrahim diperintahkan Allah swt untuk menyembelih Nabi Ismail.

Saya merasa seperti diletakkan batu yang berat di atas bahu sebaik membaca kata pengantar itu. Walaupun saya menyedari akan peranan seorang ayah, kenyataan itu memberi satu impak yang berbeza. Ini ditambah dengan membaca kisah seorang lelaki yang ingin melaporkan kepada Khalifah Umar al-Khattan akan anaknya yang derhaka.

Lalu apabila dibawa si anak dan ditanyakan kepadanya kenapa dia derhaka, anak itu bertanya kembali, ” Wahai Amirul Mukminin, tidakkah seorang anak mempunyai hak yang harus ditunaikan oleh orang tuanya?” “Ya” jawab khalifah. “Apakah itu? tanya si anak. Khalifah menjawab, “Ayah wajib memilihkan ibu yang baik untuk anak-anaknya, memberikan nama yang baik dan mengajarkan Qur’an kepadanya.”

Lantas si anak menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, tidak ada satu pun daripada tiga perkara itu yang ditunaikan oleh ayahku. Ibuku Majusi, namaku Ja’lan dan aku tidak pernah diajarkan membaca al-Qur’an. Umar al-Khattab kemudiannya menoleh kepada si ayah dan berkata: “Engkau datang mengadukan kederhakaan anakmu, ternyata engkau yang menderhaka kepadanya sebelum dia menderhaka kepadamu. Engkau telah berlaku tidak baik terhadapnya sebelum dia berlaku tidak baik kepada engkau.”

BAGAIMANA DENGAN HASSAN AL BANNA?

Lalu jika diambil kenyataan Umar al-Khattab dan dibandingkan dengan tindakan Hassan al-Banna, maka tidak hairanlah jika beliau mempunyai anak-anak yang begitu taat kepadanya. Hassan al Banna memilih isterinya daripada cadangan ibunya yang tertarik apabila mendengar alunan suara bacaan al-Qur’an seorang gadis yang begitu lunak semasa beliau berkunjung ke rumah sahabatnya.

Anak-anaknya diberikan nama yang baik-baik: Wafa, Ahmad Saiful Islam, Tsana, Raja’,Halah dan Istisyhad.

Dan alunan bacaan al-Qur’an isterinya, yang mulanya menambat hati ibu Hassan al Banna menjadi bacaan harian yang diajarkan kepada anak-anak mereka.

Di dalam kesibukan Hassan al Banna bekerja sebagai guru di siang hari dan kemudiannya giat berdakwah sehingga ke tengah malam setiap hari, beliau masih memberi perhatian yang penuh kepada keluarganya. Antara aktiviti yang menjadi prioriti adalah makan bersama, mengambil tahu akan keperluan rumah (grocery shopping) dan bercuti serta bermain bersama keluarga.

Beliau juga sangat mengambil berat akan perkembangan setiap anaknya. Setiap dari anak-anaknya mempunyai fail khas yang diuruskan sendiri oleh Hassan al Banna, antaranya mempunyai maklumat peribadi anak, jadual pemberian ubat dan makanan, keterangan secara terperinci mengenai keadaan penyakit dan catatan prestasi anak di sekolah.

Secara tidak langsung, beliau telah menerapkan cinta melalui tauladan, atau perlakuannya sendiri. Itulah sebaik-baik guru, walaupun tanpa mengucap sepatah kata. Mungkin disebabkan itu, walaupun tempoh masa bersama anaknya begitu singkat kerana kesyahidannya pada awal 40an, tunjuk ajar dan kehangatan pelukannya masih dirasakan oleh anak-anaknya sampai sekarang.

KESIMPULAN

Buku ini adalah sangat ringkas dan mudah difahami. Melaluinya saya belajar akan pentingnya seorang ayah di dalam sesebuah keluarga. Tauladan yang diberi memberi inspirasi; walaupun ada di antara perbuatannya mungkin tidak dapat saya contohi (atas kelemahan diri sendiri).

Banyak lagi perkara yang disentuh dalam buku ini. Saya hanya mengambil poin-poin yang saya rasa penting.


**************



For those yang tau, or penah purchace..can u tell me where can I get this book? Dah menjelajah ke kedai buku, mencari..dan terus mencari..Tapi hasilnya hampa..

Hmm..kalau tau, tolong bagitau ye.. Thank You!!


Meh renung-renung mesej dalam 10 wasiat Imam Hassan Al Banna:

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.


Renung-renungkan, dan selamat beramal~

Wassalam.

=)

2 comments:

  1. Kat MPH takde kak..Kino tak pasti plak. Ahad ni br nk pi KLCC nk tengok ade ke tak. I guess kedai2 buku besar camtu takde buku2 camni kot...Akak ade penah bace? Buku ni bagus tau..Pasal rumahtangga. =)

    ReplyDelete