Followers

Sunday, October 31, 2010

Balik Kampung

Salam,

Cuti hujung minggu semalam, kami 3 beranak balik Jengka.

Lama betul tak balik jumpa Emak.

Keadaan Emak macam tu jugaklaa nampaknye. Takde berubah. Maybe sebab duk kat kampung, takde laa sesapa nk angkut bawak pi buat physiotherapy kan..Susah jugak kalau ada adik beradik ramai tapi semuanya berkira ni. Yelaa, sorang2 pun bkn org senang. So, nk bawak Emak ke Temerloh seminggu sekali buat physio tu agak berkiralaa mereka. Takleh nk kata apa, mereka yg jaga. Kang cakap banyak2 kang, kita yg kena balik. Yela, bukan kita yg jaga Emak hari2 kan..

Hmm...dahlaa..takmo cerita yg tak best tu dah. Sepanjang 2 malam kat Jengka ni, kami cuba sedaya upaya nk happy kan Emak. Alhamdulillah, Emak sangat ceria. Dengan kerenah Eiman lagi..Memang tersengihlaa Emak tu sokmo.

Dinner malam minggu, sambil nonton final Piala Malaysia tersangatlaa perghhhhh ok..Ikan Talapia Bakar Tempoyak...Perghhhh...Nama lauk pun dah nyum nyum kan?? Memula nk buat ikan patin, tapi tak jadi. So, kami bakat ikan talapia aje. tapi dap gak..! Nak resepi? Cekidaut:

Ikan Talapia Bakar Tempoyak
(Ape2 ikan sungai pun sedap: Patin, Kelah, Keli)

Ni resepi utk 2 ekor ikan talapia saiz besar.

Bawang besar - 2 labu: tumbuk 3/4 lumat
Cili api - segenggam, nak lagi pedas tambah lagi: tumbuk 3/4 lumat
Kunyit hidup - 1/2 ibu jari: tumbuk 3/4 lumat
Daun kunyit muda - 2 helai racik halus, 2 helai untuk lapis masa bakar.
Petai - 5 papan (sebiji dibelah 2)
Tempoyak - 2 senduk besar
Garam, gula, serbuk perasa
Daun pisang untuk balut. Kalau kat bandar tu, guna aluminium foil pun boleh.

Cara2nya:
1- Gaul semua bahan, kecuali daun kuit dan daun pisang yg untuk balut tu la..
2- Bentang daun pisang
3- Letak selai daun kunyit atas daun pisang (sebelah atas je daun pisang je, belah bawah utk balut)
4- Letak pes bahan yg digaul sesudu dua kat atas daun kunyit
5- Letak ikan atas pes tadi
6- Letak lagi sesudu dua pes atas ikan tadi
6- Letak daun kunyit lagi selai
7- Balut daun pisang yg bahagian bawah ke atas
8- Bakar!


Ikan masa tgh bakar. =)


Inilah rupanya... =)


Makan panas2 dengan nasik putih je pun dah cukup...Perghhhhh!!!

GOLLLL!!!!!!!!!!!



Eh, Eiman nk gi mana tu?

Friday, October 29, 2010

Mengapa Rasulullah SAW Menangis?

Sayidina Ali r.a. menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis ketika dia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah menangis. Baginda menjawab, “Pada malam aku di-isra’-kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai-bagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Kerana, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam kerongkongnya. Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, dihulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri. Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk kerana penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malaikat memukulnya dengan pukulan dari api neraka,” kata Nabi S.A.W.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka disiksa seperti itu? Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan mahramnya.

Perempuan yang digantung teteknya adalah isteri yang ‘mengotori’ tempat tidurnya. Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mahu mandi suci dari haid dan nifas. Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya dan suka mengumpat orang lain.

Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan guntingan dari api neraka kerana dia memperkenalkan dirinya kepada orang, yang kepada orang lain dia bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan mahramnya. Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya dihulurkan ular dan kalajengking padanya kerana dia boleh solat tapi dia tidak mengamalkannya dan tidak mahu untuk mandi junub.

Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami.”

Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis. Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.



Sharing is caring.. =)

Take care, selamat berhujung minggu..

Dadida~

Thursday, October 28, 2010

LUCKY DRAW ANAK AYAH



Salam,

Kali ni Acik ngejoin Lucky Draw yang dianjurkan oleh Aisha dan Ayem.

Senang bangat..

Tak payah tepek gamba segala..

Just follow je syesyaratnye..

1) Terbuka kepada semua, ada anak ke, takde anak ke, budak kecik ke, budak besaq ke..Asalkan anda adelah rakyat Malaysia. OK!

2) Berlangsung: 27 Oktober 2010 hingga 12 November 2010-10am. OK!

3) Follow :
Adyshariz dan Life is Fun. DONE!

4)
Tepek banner beserta link ke entri ini. DONE!

5)
Tinggalkan jejak kasih anda di ruangan komen, sekali dengan ID Follower & link blog. DONE!

ITU AJE!


Senang kan??


Cabutan akan dilakukan pada 15/11/2010 jam 9:00 pagi.




**************************



Nak tepek jugak gambo sedondon ni! Ehehehe~

Tuesday, October 26, 2010

Swimming @ KLCC

Salam,

Ahad lepas (24hb) Acik sekeluarga pegi KLCC.

Kami memang dah target, alang2 pi KLCC, nk bawak Eiman mandi-manda lagi..

Lepas Zohor, packing2 barang dan zassss kami ke sana.

Panas teriklah pulak..

Memula nk cari buku Hassan Al Banna kat Kino. Tapi stok abis pulak..Hampa.

Pastu pi round2 depan Petrosains, sambil berangan nak bawak Eiman bila dia besar. tapi nnti Eiman besar ada adik kecik kan? Takpe, tunggu adik kecik Eiman besar baru pegi. So, bila nak pegi sebenarnya ni? Entah..

Pastu jejalan cuci mata tengok banda2 mahal yg tak mampu kami beli tapi hanya mampu berangan je..

Pastu bawak Eiman cuci mata dia kat Toys R Us..Best sangat Eiman main!

Nak cerita ni, ada satu couple ni, wife dia pregnant. Hubby dia tunjuk buggy Toys R Us (uols penah tengok x?) yg agak comel dan ringan, retail @ RM149.90 (kalau tak silap). Hubby dia ckp: Yang, benda ni kecik & compact. Ok what... Wife dia reply: Eh B, itu utk baby doll laa.. Pastu dia trus drag laki dia kuar dari situ..

Well, Acik & Abang cover2 pastu tak tahan lalu terpecah gelak kami di situ..Adoi..mereka taktau tapi mereka tanak tanya & main wat kesimpulan sendiri je. Acik dah nk explain dah kat couple tu tapi dek kerana sepantas kilat mereka blah, tak sempat laa nk cakap..

Adoi...kepada couple itu, harap lepas ni jangan laa wat kesimpulan sesuka ati je..Terang2 tulih kat sign tu BABY STROLLER...Adoi..berdekah kah kah kah kah aku berdekah..


Ni laa stroller tu. gambar cilok di SINI.

Tengok2 jam tangan dah pukul 4ptg dah..

Kami pun jalan kaki pi KLCC Park, tengok orang dah ramai, kolam dah penuh tapi matahari terik yg amat. Carik port, Abang solat & pegi amek barang berkelah kami..Haha! Bihun goreng & balance nasik lemak sarapan pagi je uols..Simple2 je..

Eiman pun mandi dengan semangatnya..Apa kakak2 & abang2 buat smua dia nk ikut. Ayayayayai...

Let's cekidaut!




Dak tecik ni tak takot air tau!



Tengok ape tu nak oii..?



Bukak langkah Silat Blue-blue Ciman!



Haiii yarkkkkk!!! Eh, bukan! Time ni dia lompat bintang kot! Acik pun tak paham..Ngee~



Dia dah dapat port baru..



Port yang muat2 je utk dia sorang..



Tah apa tah tu...



Tukang mandi anak.. Mama duk bawah pokok, mamam mam mam...!


Ok, sekian entry ringkas..Today takde GA tau...Ai wat keje..bizziii...Ngee~

Bangun Pagi Gosok Gigi!! Entry cekci mekci..!

Salam all..

Alhamdulillah, dah 2 minggu ajar Eiman gosok gigi. Tp wat permulaan ni gosok gigi kat rumah ajelah. Takde bawak ke bbsitter lagi.

Mai tengok gambo..

=)


Ni berus Eiman, brand Pigeon. Berus yang takde berus..Hehe...Rubber je, so tak luka laa gum kalau tenyeh2.. RM10 kat Jusco (kalau tak silap).


Kemain gigih nk gosok gigi sendiri. Mama sempat gosokkan seminit je!


Gosok jangan tak gosok..


Kalau tak gosok..gigi berkarat...Abaikan nonen Eiman ye!


Geget pun jadilaaa..


Dah penat berdiri, duduk pulak..


Gigi dah gosok, sekarang kita tilik nasib dalam gayung yg ade berus itu ye puan-puan..


Senyum!


Sekian, makasihh..

Monday, October 25, 2010

Good Night & Sweet Dreams Contest



Salam,

Kupikirkan sesi ngontest dah berakhir, rupanya ada lagi..

Tetiba terjebak dgn contest dari Mummy Ayu..

Sempena Birthday Mummy Ayu dan anak kesayangannya Iris. So, happy birthday in advance ye! Thank you sebab buat contest, semoga bertambah rezeki.. =)

Syarat-syaratnya:-
1. as usual..follow blog MummyAyu & blog MummyAyuContest.
2. tepekkan banner kat side bar blog kengkawan.
3. letakkan sekeping gambar anak/ anak sedara/ anak jiran
dll yang sewaktu dengannya
berpakaian tidur....(pyjamas)....
janji comei...
4. umur anak itu mestilah kurang dr 4 tahun.
5. cita sikit pasal gambar tu...
6. sertakan jugak nama & umur anak itu.
7. pas tu....tinggalkan url kat komen entry ini..
itu sahaja...senang kan...
so.....contest ni bermula 21 okt 2010 hingga 10 nov 2010


Klik ---------> SINI!




So, inilah gambo Eiman yang Acik pilih:




Dear Mummy Ayu, ni je gamba yg cumels dan senonoh yg Acik pilih. Hehehe..Yg lelain tu gegar laa, gelap laa, terpejam mata laa...Tapi ini bukan Good Nite, ini Good Morning! Hehehe..Tengok mata sembab Eiman baru bangun tido tu. Masa ni kat kampung. Bangun tido terus capai toy.

Nama anak: Sohayl Eiman bin Sabarudin
Umur: 1 tahun 1 bulan

So, itu saja. Sekali lagi, Happy Birthday to the gorgeous Mom & cute daughter. Nah hadiah!


Untuk Mummy Ayu! Corelle Dining Set! Wallah~


And this one for Iris: Strawberry Shortcake Berry Home!

HAPPY BIRTHDAY!!!

SAAT CERIA SI MANJA BERSAMA MAINAN KEGEMARANNYA



Ini adalah entry lanjutan daripada entry sebelum ni berkenaan contest anjuran Maisyz Collection. Wawawawa...ayat tak bley blah...skema gaban!



Tadaaa~ Mat Rempit in the making..Pakai kopiah tuuu! Jgn marah haa~
Actually, idaklaa motor ni menjadi teman seketiduran Eiman. Tapi hari2 slalu laa main mende alah ni. Mama pi toilet, dia tolak motor ni sampai toilet. Terkengkang-kengkang. Maybe sebab Eiman pakai CD kot. Tu yang lain bebenor gaya tolak dia. Bila time mama masak kat dapur, motor ni pun terjah dapur. Mama sidai baju, motor ini jugaklaa yang lalu kat bawah ampaian tu..Eiman makan pun atas motor ni jugaklaa..Motor ni plak, bkan balance sangat. So, dah beribuan kali laa anakku ini tergolek dog..Ehehehe...Eiman oh! Eiman..Kamu suka motor ye nak??Nanti Mama kumpul duit beli motor ade bateri ye..Tunggu besar sketlaa ye nak ye! =)

Ok, kepada Pn Penganjur, lagi skali kutepek nama penuhku: Norzareen Mashral, dan email add ku: nor_zareen(at)yahoo(dot)com.

Survey poll pun udah kubuat..


Makasihhhhh~

Good Luck Eiman sayang!!

Sekian, wassalam.

SAAT CERIA SI MANJA BERSAMA DATUK/NENEK TERCINTA




Salam,

Contest yang ini best..

Anjuran Maisyz Collection. Hmm, ape yg bestnya?

Sebab ada dua/two/loro contest yang berlangsung serentak.

Apa????DUA??

Ye, DUA!


Hehe..Seperti biasa, ketamakan melanda dan kepunyaan masa nk mengontest, makanya Acik join dua2..Hahahaha!! Gelak jaat..

Ini laa salah satunya.. SAAT CERIA SI MANJA BERSAMA DATUK/NENEK..

Jap nk korek gamba..

Haa! Dah jumpa...


Saat2 ceria Eiman bersama Wan tersayang.

Ok, meh nak cerita sikit..
Wan Eiman ni lumpuh separuh badan (belah kanan) akibat daripada serangan stroke yang dialaminya masa Acik mengandungkan Eiman. Eiman adalah cucu bongsu (setakat ini) daripada 35 orang cucu Wan. Eiman juga adalah satu2nya cucu (setakat ini) yang Wan tak dapat jaga masa dalam pantang (and Acik satu2nya menantu yang Emak tak dapat jaga during confinement) disebabkan penyakitnya itu. So, gamba di atas adalah masa raya aritu, tersenyum simpul Eiman dapat angpau dari Wan. Tengok poketnya terselit angpau tu.. =)

Semoga Emak aka Wan Eiman cepat sembuh. Boleh jalan2 dengan Eiman.. =)


Dear penganjur, my full name is Norzareen Mashral, and my email address is nor_zareen (at) yahoo.com

Do contact me ya! I wanna hear some good news! =)


Kepada semua, jomlaa join. Untuk syarat2 smua, bleh klik di SINI.

Closing date : 30th November 2010 at 23:59

Nah tengok plak gambo nk selit gak yang satu ni..


Eiman 'nyembang' bagai nk rak dgn Wan kat tepi pantai. Baik punya Eiman melepak dlm wheelchair Wan dia..Hehe.. (Note: Dua2 takleh cakap masa ni..)



Sekian, contest kedua dari penganjur akan di post selepas ini. Daa~

1st GA dr NUSHA


Salam,

Selamat hari Isnin!

Sepagian Acik teramatlaa bz..

Sepetangan..Opss, sekejapan je ni..ade mase free sket. Acik nk ngontest lagik..

GA sempena birthday adik Nusha..

Syarat2nya simple je :

1) kena follow Nusha "wajib" - DONE!

2) mesti postkan entry dgn tajuk "1st GA dr NUSHA" , letak GA monyet tu dan linkkan kpd sy okay!! - DONE!
3) jgn lpe letak kat side bar n link jga - DONE!
4) dh join,jgn lpe gtau sy,kat komen pon jd ok!!supaya snng sy nak jenguk t - DONE!
5)kena tag org len at least 2 org ok..lbh lg ok!!

Dengan ini Acik nak tag:

Mama RifQy
Kak Alin



Tarikh tutup GA ni: 8/11/2010

Hadiahnya??

1) Tpup rm30 dan special gift dr Nusha

2) Tpup rm10 dan special gift dr Nusha


5x special gift kpd yg bertuah!!



Hadiah akan berubah mengikut penyertaan yea ader byk,leh bg lebh~~

Cara pemilihan:
Berdasarkan kiraan dr Nusha sendiri.


To Nusha,



Nah kek cantek..



Sebab ai baik, maka ai sponsor lagi satu kek..yg bleh tiup punya..



Dan sebab ai terlebey baik, nah amek hadiah ni..Ala, Gucci je, bukan apa pun..





Happy Birthday dik!

Friday, October 22, 2010

Friday Break


Salam,

Looong Friday break..Tapi Acik di ofis aje..

Tanak kuar. Lunch pun tidak (had a big breakfast this morning).

Acik nak share sesuatu yang sangat ringkas.

QANAAH.

Ertinya: Kepuasan hati dengan rezeki yang ditentukan Allah. Dikatakan bahawa Allah menentukan lima perkara pada lima tempat iaitu kemuliaan pada ketaatan, kehinaan pada maksiat, kehebatan pada ibadat malam, hikmat kebijaksanaan pada perut yang kosong dan kekayaan pada sifat qanaah.

Tapi, Qanaah bukanlah bermaksud hilang semangat untuk berkerja lebih keras demi menambah rezeki dan produktiviti. Malah, ia bertujuan supaya kita sentiasa bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah.

Acik doa banyak2 supaya dikurniakan sifat Qanaah yang tebal dalam diri ni. Bila kita alpa dan leka, mungkin sebab itulah kita sering merasa 'tidak cukup' di dalam serba-serbi, serta seringkali melupakan/ mangabaikan apa yang kita 'ada' berbanding mereka yang tidak punya apa yang kita 'ada' itu. (Untuk diri sendiri: Bersyukurlah Norzareen. Kamu sangat bertuah di dalam kehidupanmu..)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Jadilah kamu seorang yang warak, nanti kamu akan menjadi sebaik-baik hamba Allah, jadilah kamu seorang qanaah, nanti kamu akan menjadi orang yang paling bersyukur kepada Allah, sedikitkanlah ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Abu Bakar al-Maraghi pernah berkata, “Orang yang bijaksana itu mengurus urusan dunianya dengan qanaah, urusan akhiratnya dengan bersegera, ilmu dan bersungguh-sungguh.”

Allah berfirman yang bermaksud:

“Barang siapa yang mengerjakan amal salih, baik lelaki, mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.” (Surah al-Nahl, ayat 97)

Majoriti ahli tafsir mengatakan bahawa kehidupan yang baik di dunia ialah dengan qanaah. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidaklah kekayaan itu dengan banyak harta, tetapi sesungguhnya kekayaan itu ialah kekayaan jiwa.” ( Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ulama sudah mengemukakan beberapa cara untuk memiliki sifat mulia ini antara lain ialah pertama, berjimat dalam perbelanjaan dan merancang perbelanjaan. Kedua, percaya bahawa dengan qanaah mendatang kemuliaan.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Apabila seseorang itu bersyukur dengan nikmat Allah yang dikurniakan kepadanya, maka dia tidak akan bersifat bakhil dan kedekut menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan. Tegasnya, dia menjadi seorang yang pemurah dalam masyarakatnya.

Pesan Saidina Ali RA: