Followers

Saturday, May 1, 2010

Oral Candidiasis

Salam all,



Pernah tak anak2 uols kena Oral Candidiasis ni?

Acik dah experience - benda ni jadi kat Eiman dalam bulan 4 aritu. Bila Eiman kena sakit apa2, dalam hati ni memang laa walang teramat sebab kesian tengok dia. As a parent, kita pulak selalunya yg terlebih kelam kabut bila anak sakit. Acik terlambat sket nk update sebab bz. Update jugak sebab penting kot.. Paed kata benda ni common among infants and newborn babies. Kalau nak tau pasal ni, bleh google or baca lebih lanjut kat sini. Kalau tengok kat google image, gambar2 dia smua cam mengerikan. Tapi Eiman idaklaa ngeri sangat.. =)


Eiman kena camni laa tapi tak besar, kecik2 & banyak..


Symptom Eiman mula2 tu dia tak selera makan. Jenuh paksa ni, makan apa pun takmau. Mula2 geram, pastu paksa2 jugak. Lama2 tu dia naklaa makan sikit2. Susu pun dia tak lalu sangat. Ingatkan susu dah kurang ke, ape ke..tapi bila pam tu banyak gak. Sampailaa hari ketiga jadi camtu, baru Acik perasan. Masa tu Eiman nangis kuat2 sebab tanak minum susu. Sekali Acik notice ada benda putih2 jadi kat keliling belah dalam mulut Eiman, langit2 dia & kat bibir dalam Eiman..Adoi, rasa nak jerit je masa tu. Kesian sangat kat Eiman..Acik kata dalam hati, "patutlaa Eiman tanak makan/minum...ulcer penoh dlm mulut dia". Masa tu pukul 10.30 malam dah. Acik kerah Abang pi PPUM malam tu jugak. PPUM adalah tempat kami paling percaya untuk ape jua kes Eiman. Baik demam atau selsema... Tak kira berapa jauh pun (Shah Alam-PJ), pukul berapa pun (penah gi pkl 2am), kami tetap gi ke sana jugak. Lepas pakai tudung, dengan baju tido kami pun usung Eiman pi sana malam tu jugak.

Bila paed check, dia kata no..bukan ulcer laa..Ni nama dia Oral Candidiasis. Fungal infection. It's common to occur among babies. Fuhhh...lega segala saraf Acik yg tegang dari tadi.. So, paed bagi ubat : Tystatin. Ubat ni titis kat keliling mulut (tempat ada fungal infection, yg putih2 tu) pastu let baby swallow it. Sehari 4 kali titis. Dalam 3-4 hari dah hilang, Eiman pun berselera makan. Walla!


Ni ubat tu.


Nak dijadikan cerita, lepas mulut Eiman dah baik, takde putih2 tu, tiba2 tumbuh pulak bijik2 merah macam ruam besar2 kat keliling montot & genital area dia..Alahai...Ape pulak kali ni..Risau betul. Tak penah2 Eiman jadik camni. Ruam kecik2 pun tak penah (the benefit of CDing!!) inikan pulak ruam besar2. Cam jerawat laa..tapi takde nanah. Ada 'mata' tapi kaler itam je..Adoi...Acik sapu Drapolene Cream pastu angkut Eiman lagi pi PPUM...

Acik takut menda alah tu campak ke ape ke..Paed pun amek masa lama nak tengok menda tu..Pastu dia pandang Acik and kata, "I macam pernah nampak U dgn baby ni..". Haa..buleh nak berkenalan plak time tengah2 check baby tu kan?? Acik pun cakaplaa, "La, Doc..baru aritu saya datang jumpa doc pasal anak saya kena oral candidiasis tu." Terus dia senyum and cakap," Oooo...patutlaa macam penah nampak..Hehehehe..Hmm, kalau macam tu dah tau laa kenapa jadi macam ni".

Sebenarnya, apa yg Eiman alami tu, adalah kesan lanjutan daripada pengambilan Tystatin tu. Ubat tu camni, bila sapu ke mulut, fungal & bacteria smua akan tanggal dan baby akan telan. Dia akan turun ke usus, dan lepas proses, akan kuar sebagai najis baby. Apa yang jadi kat Eiman tu adalah biasa. Sebabnya, kita jarang perasan bila baby poo-poo..Selalunya lepas 5-10 min dia poo baru kita sedar dan tukar diaper dia. Since kita basuh pakai sabun baby yg biasa, kuma/fungal tu still ada. So, kuman tu merebak laa ke kawasan keliling area tu, especially montot.

So, paed bagi ubat nama ZARIN!!!!!! Sedarlah Eiman, Mama adalah penyembuh montot mu... Ubat ni works wonder!! Dalam 2 hari, smua pun hilang..Bagus sangat..


Tak percaya?? Tu, ZARIN. Nampak? Hehehe...


Dan Eiman pun kembali ceria seperti sediakala selepas itu...





The end.






p/s : Dah pegi 3 farmasi, tanya ubat nama Zarin ni...smua pun buat muka pelik? Pelik ke ubat nama Zarin???Hahahahaha...


2 comments:

  1. haha...ubat nama mama tau..sgt b'kesan! ^^

    yg fungal kat mulut tu, auni pernah kena masa umur sebulan ke mcm tu la. ada ubat titis gak. tp melalak tak hengat si auni tu. last2 my aunty suruh buat bancuhan air dan sedikit baking soda, then pakai lampin putih tu..celup, sapu2kan seluruh mulut baby. hari ni buat, esok dh hilang. takde plak tumbuh yg kat montot tu :) alhamdulillah..

    ReplyDelete
  2. Ada beberapa orang yang suruh Zareen pakai napkin Eiman (yang dah pernah pakai tapi bersihlaa) then, celup hujung kain dgn air, pastu gosok2 pelan2 kat keliling tempat yang ada putih2 tu..Tapi Eiman tak pakai napkin..Takkan nak celup pakai CD...Uhuhuhuhuhu...Both me & my mum takde experience pasal benda2 camni. So, apa lagi...segala kes kami anggap emergency dan angkut ke PPUM. Sonang cerito..

    ReplyDelete