Followers

Friday, February 11, 2011

Bye2 MJ

Salam hari Jumaat~

Mentang2 laa ari Jumaat last keje, so entry arini agak sedih sket..

'Anak' kami yg nama MJ tu, dah takde lagi dalam jagaan kitorang.

Sebenarnya, dalam bulan 11 yg lepas, makcik sebelah rumah Mama ada cakap kat Abang, suh alih sangkar kucing kami ke rumah yg sebelah lagi satu - Mama duk rumah teres, tengah2. Makcik ni dan ahli keluarga dia memang kami dan jiran2 tak brapa nak ngam. Yelah, dah beranak-pinak, bercucu ramai pun smua ahli keluarga dia tak reti nak beramah dgn jiran tetangga. Tegur-menegur jauh sekali. Nama je hidup berjiran. Smua wat hal sendiri, dari kecik sampailaa diorg dah beranak-pinak skarang. So, apabila Abang ditegur sedemikian rupa (ewah!), Acik agak berang laa. Yelah, ko tak penah nk bertegur sapa, alih2 suh alih sangkar kucing tu. Alasan ko, kalau angin tiup, bau kucing masuk rumah. Adoi...Diorang pun bela kucing (dulu) tapi kami takde hal pun kalau kucing depa nk bertenggek rumah kami lama2, berak kat depan rumah kami (masa tu blum renovate). Kucing2 kami dalam sangkar 24 jam, kecuali hari2 tertentu yg mereka dibiar lepas bebas meneroka alam. Berak pun, kami sedia pasir. Setakat bau sekali-sekala tu pun nak kecoh??Bau sangat ke?? Padahal rumah tu sentiasa bertutup....!

Ok, enuff on that. Dipendekkan cerita, kami amek smula kucing2 tu utk letak kat rumah kami yg sekangkang kera tu. Abang cakap, 3 ekor is too many. Dulu Eiman takde, bolehlaa (dulu pun ada 3, Puteh, Baby & Dolly). Eiman lahir je, kami lepaskan Puteh & Baby, bela Dolly je. Pastu Dolly beranak Gucci & kami adopt MJ. Jadi 3 balik. Masa Gucci & MJ kecik lagi bolehlaa. Skarang dah besar..Susah sket la. Rumah kami sempit. Serius sempit. Tak percaya sempit? Jemputlaa dtg tengok ye!

Kami decide nk lepas MJ kat tingkat bawah apartment, dgn harapan bleh tengok2 dia slalu. Pertengahan Januari aritu, Abang pun angkatlaa MJ, amek gamba sket2 & bukak pintu nk bawak kuar. Agaknya MJ ni dah tau kot yg dia bakal ditinggalkan, masa Abang bukak je pintu dia terus lompat dan lari out of nowhere...Jenuh Abang cari malam tu tapi tak jumpa...Huhuhu...sedih Abang. Tak sempat nk bg proper good bye.

Kami cari MJ dekat 3-4 hari jugaklaa..Last2 Abang jumpa MJ masa dia otw nk pi buang sampah kat bawah. Nak tau MJ duk mana? Kat dalam longkang kecik yg ada penutup berlubang ngam2 utk dia bernafas. Longkang kecik tu plak memang muat2 badan dia je. Abang cakap, tiap2 kali buang sampah dia akan panggil nama MJ, pastu MJ pun kuarlaa..

Tapi moment tu tak lama...dalam seminggu dua je..Skarang MJ entah kat mana...Moga2 MJ selamat. Kucing local ni, daya survival dia tinggi. Tak macam kacuk 2 ekor kat rumah ni..Manja melebih. Haha..

Abang dgn Gucci & MJ. Gucci ni dh mcm kembar siam tak seiras dah. Mereka sebaya.

Nanti dah duduk jauh jangan lupa kami di sini. Doa utk kami ye MJ. Kami pun doa gak, moga2 MJ selamat di mana pun MJ ada.

Bye-bye MJ sayang..

WHoaaa.....Rinduuuuuu!!!

Kepada Makcik sebelah rumah, kenapa Makcik nak dengki kat kami?????

No comments:

Post a Comment