Followers

Friday, February 11, 2011

Isi Minyak & Happy Weekend all!!

Minggu ni banyak kenduri-kendara...Haiii, nampaknya dapur tak berasaplaa 2 hari..Hihi..

So, uols pnya weekend plan camne? Ade agenda menarik x??

Kami just nk isi minyak & jalan2 cari makan je.. =)

Happy Weekend!!


Minyak hijau full tank please!

Isi sampai penuh tau!!

Dah isi simpan balik & bayar kat kaunter ye..Isi dulu baru bayar..Kihkih..

Ok, fasten your seatbelt...

Pandu Cermat Jiwa Selamat!





Wasiat Luqman buat Ibu Bapa

Entry kopipes, untuk renungan bersama...

WASIAT LUQMAN BUAT IBUBAPA


Wasiat turut memainkan peranan yang penting di dalam berdakwah. 'Bapa' memikul tugas yang amat berat untuk memelihara kebahagiaan keluarga yang terdiri dari isteri dan anak-anak. Kita telah dihidangkan oleh Al Quran bagaimana Luqman al-Hakim mendidik anaknya. Dan sebagaimana yang dimaklumi sebuah surah khusus di dalam Al Quran diberi nama dengan nama Surah Luqman.

Ramai di kalangan umat Islam tidak mengetahui bahawa 'wasiat' yang diberikan oleh Luqman kepada anaknya itu merupakan salah satu 'teknik' di dalam berdakwah. Sekiranya teknik ini diamati lalu dipraktikkan di dalam kehidupan seharian,nescaya anak-anak akan lahir sebagai muslim yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.. Bertuahlah sebuah keluarga yang mempunyai anak-anak seperti mereka.

Mempunyai generasi yang diibaratkan umpama purnama yang menerangi kegelapan malam. Wahai ayah dan ibu,wasiatkan kepada anak-anakmu sepertimana wasiat yang diajar oleh Luqman al-Hakim!!!

Dr.Wahbah Az-Zuhaili telah berkata di dalam bukunya 'Tafsir Munir':

"Al Baidhawi telah berkata bahawa nama Luqman sebenarnya ialah Luqman bin Ba'ura. Beliau bukannya nabi tetapi jumhur mengatakan bahawa beliau seorang yang bijaksana. Diberikan kepadanya Al Hikmah iaitu kelebihan pada akalnya,cerdik dan perkataan atau kalam yang dikeluarkannya memberi kesan kepada manusia. Nama sebenar anaknya ialah (mengikut As-Suhaili) An'am atau Asykam atau Matan atau Tharan"

Abd.Rahman Hassan Al Maidani berkata di dalam bukunya 'Fiqh Dakwah' bahawa di sana terdapat 14 jenis permasalahan yang dapat dipelajari melalui kisah Luqman mendidik anaknya melalui 'wasiat'. Oleh itu marilah sama-sama kita menilai wasiat tersebut yang mengandungi 14 permasalahan penting buat umat Islam selepas ini.

U/P :

Tulisan berikut selepas ini berdasarkan terjemahan dan olahan melalui buku karangan Dr.Wahbah Az-Zuhaili dan Abd.Rahman Hassan Al-Maidani yang tersebut di atas.
Untuk memudahkan anda,sila rujuk terjemahan/tafsir Al Quran bagi ayat 13-19 Surah Luqman.

Permasalahan Pertama:

Perkara pertama yang diajar oleh Luqman kepada anaknya ialah jangan Syirik kepada Allah s.w.t.

Syirik sebesar-besar kezaliman. Zalim pula bererti meletakkan sesuatu bukan di tempat yang sepatutnya. Lagi sekali kita ingin mengajukan soalan. Mengapa syirik dikatakan zalim? Telah disepakati, bahawa Allah s.w.t.lah yang menciptakan makhluk semesta alam. Allah s.w.t. jua yang menurunkan nikmat. Adakah layak kita samakan kekuasaan Allah s.w.t. ini dengan sesuatu kuasa yang lain? Jika ada di kalangan manusia yang menyamakan kekuasaan Allah s.w.t. dengan kuasa yang lain maka ia telah melakukan kezaliman..

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 13 surah Luqman yang bermaksud: "Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah s.w.t.. Sesungguhnya mempersekutukan Allah s.w.t. itu adalah kezaliman yang amat besar."

Permasalahan Kedua:

Luqman mengajar anaknya supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. di atas anugerah nikmat-Nya yang tak terhitung luas dan banyak. Dan kesyukuran mengandungi erti: Balasan perbuatan yang indah dan baik dengan perbuatan yang juga baik dan indah. Termasuk di dalam erti kata syukur ini ialah beribadah kepadaNya dengan melakukan ibadat-ibadat seperti yang disyariatkan, mendekatkan diri kepadaNya, menuntut keredhaan-Nya dan memuji-Nya serta menghadapkan diri dengan berdoa kepadaNya yang Maha Esa.

Inilah yang diperkatakan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibubapanya...Bersyukurlah kepadaku dan...Kepadaku tempat kembali.".

Permasalahan Ketiga:

Luqman mendidik anaknya agar berterima kasih kepada ibubapa di atas susah payah dan jerit perih mereka membesarkan dan mendidik anak dengan segala macam pemberian dan kebaikan untuk anak tersayang. Tunaikan hak keduanya terutama kepada ibu. Kerana ibu bersusah payah menanggung penderitaan bermulanya dari proses mengandung sehinggalah melahirkan anak,menyusu sehingga tamat tempoh berakhirnya penyusuan selama 2 tahun dan mentarbiyah anak siang dan malam.

Sesungguhnya ketaatan kepada ibubapa walaupun berlainan agama adalah wajib diikuti kecuali pabila disuruh mengerjakan maksiat dan meninggalkan amal ibadat yang disyariatkan oleh Islam. Maka ketika itu haram mentaati perintah itu.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 14 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kami wasiatkan (perintahkan)kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya mengandungnya dengan menderita kelemahan di atas kelemahan dan menceraikan menyusu dalam 2 tahun. Bersyukurlah kepadaku dan kepada ibu bapamu! Kepadaku tempat kembali"

Permasalahan Keempat:

Luqman mendidik anaknya dengan mencegah anaknya dari mentaati ibubapa yang mendesak atau mengajak supaya mensyirikkan Allah s.w.t. dan segala macam perbuatan maksiat yang dilarang Allah s.w.t.

Akan tetapi sebagai anak,ibubapanya harus dilayani ,ditemani dan digauli dalam suasana yang penuh kebahagiaan dan kasih sayang. Anak juga harus melakukan kebaikan kepada mereka berdua seperti menjaga hal ehwal kewangan,menghormati dan berkhidmat kepada mereka.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan kalau keduanya memaksa engkau supaya mempersekutukan Aku, apa yang tiada engkau ketahui ,janganlah dituruti;dan pergaulilah keduanya di dunia ini dengan secara patut"

Permasalahan Kelima:

Luqman menasihati anaknya agar melalui jalan yang dilalui oleh mereka yang kembali bertaut kepada Allah s.w.t. dengan keimanan, ketaatan dan meredah jalan yang lurus (jalan yang Allah s.w.t. anugerahkan nikmat kepada mereka).Bukan jalan yang dilalui oleh mereka yang dimurkai Allah s.w.t. dan mereka yang sesat!

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan turutlah jalan orang yang kembali kepada Ku "

Permasalahan Keenam:

Luqman berpesan kepada anaknya supaya melakukan 'pemerhatian' tentang Hari Qiamat, urusan al- Qadha', pembalasan amalan serta melakukan pemerhatian terhadap segala arahan menyuruh dan meninggalkan sesuatu perkara di dalam menongkah arus dunia ini.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 15 surah Luqman yang bermaksud:
"Nanti kamu akan kembali kepada Ku dan akan Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan"

Permasalahan Ketujuh:

Luqman menerangkan kepada anaknya akan 'syumul'nya Ilmu Allah melewati ilmu manusia. Allah s.w.t. bebas melakukan apa sahaja tanpa ada halangan. Allah s.w.t. mendatangkan sesuatu yang diinginkanNya dari segenap tempat yang tak mampu dibuat oleh makhluk.

Sesuatu kebaikan,kejahatan,kezaliman dan kesalahan yang diumpamakan seperti berat biji sawi walaupun tersembunyi jauh di dalam batu atau jauh berada di tempat yang tinggi seperti langit atau jauh berada di sedalam-dalam tempat seperti di dasar bumi akan didatangkan oleh Allah s.w.t. jua pada Hari Qiamat untuk dihisab / dihitung dan diberi ganjaran dosa atau pahala.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 16 surah Luqman yang bermaksud:
"(Kata Luqman): Hai anakku! Sesungguhnya jika ada (amal engkau) seberat biji sawi dan ada (tesembunyi) dalam batu,di langit atau di bumi ,itu akan dikemukakan oleh Allah dan Allah itu Halus (mengerti hal-hal yang halus) dan Cukup Tahu"

Permasalahan Kelapan:

Luqman menyuruh anaknya agar menunaikan solat/sembahyang kerana solat merupakan fardhu yang difardhukanNya melalui utusanNya di bumi( dari kalangan Nabi dan Rasul).

Selepas manusia ditegah dari syirik dan ditakutkan dengaan Ilmu Allah dan QudratNya yang tak dapat ditandingi oleh sesiapa,datanglah arahan supaya beramal dengan amalan-amalan yang serasi dengan prinsip-prinsip Tauhid iaitu antaranya solat / bersembahyang. Solat adalah tiang agama. Dalil keimanan dan yakinnya hamba terhadap Ilahi. Jalan mendekatkan diri kepadaNya dan membantu mencegah kemungkaran, kekejian dan mensucikan diri.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Hai anakku! Dirikanlah solat/sembahyang "

Permasalahan Kesembilan:

Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf / kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi…

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Suruhlah mengerjakan yang baik,cegahlah perbuatan yang buruk"

Permasalahan Kesepuluh:

Luqman menasihatkan anaknya agar bersabar di atas segala perkara yang dibenci yang menimpa diri samada musibah itu datang dari Ilahi menguji diri, harta, suami isteri dan anak-anak.

Dimulakan wasiat dengan arahan solat / bersembahyang dan ditamat dengan arahan supaya bersabar. Mengapa? Kerana solat tiang agama dan sabar merupakan asas kekalnya ketaatan sepanjang masa.

Secara jelas dapat difahami ,bahawa sabar menahan musibah ini tergolong di dalam 'perkara yang berhajat kepada kehendak yang kuat dari tahap keazaman'.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan berhati teguhlah menghadapi apa yang menimpa engkau; sesungguhnya (sikap) yang demikian itu masuk perintah yang sungguh-sungguh"

Permasalahan Kesebelas:

Luqman menasihati anaknya agar jangan takabbur dengan apa-apa pergerakan sekalipun yang menunjukkan kesombongaan dan ketinggian diri di depan manusia.

Luqman berpesan agar jangan memaling muka apabila bercakap dengan manusia kerna ia menunjukkan sifat takabbur dan menghina(merendah-rendahkan seseorang). Jangan takabbur dan merendah-rendahkan seseorang. Jangan memaling muka,membantah atau membangkang tanpa usul periksa. Akan tetapi sentiasalah tawadhuk(merendahkan diri), berlembut, manis bicara, senang diajak berbicara, seronok diajak berbicara, riak muka yang gembira, seronok, ramah dan menjadi pendengar yang baik.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Janganlah engkau memalingkan muka engkau dari manusia kerana kesombongan"


Permasalahan Kedua Belas:

Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di dalam pergerakannya ,membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana ia mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan. Dengan ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan sombong yang melebihi had syara'.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:
"Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh! Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri"

Permasalahan Ketiga Belas:

Luqman menasihati anaknya agar bersederhana dan sekata ketika berjalan. Tidak terlalu perlahan hingga menampakkan kemalasan, kelambatan yang amat sangat sehingga menampakkan diri lemah konon-kononnya ingin dikatakaan 'zuhud'. Tidak terlalu laju sehingga menonjolkan sikap berlebih-lebihan serta tidak peduli kepada suasana sekeliling. Oleh itu sikap sederhana dan sekata di antara lambat dan laju merupakan tanda / lambang seseorang itu tenang, beraqal dan diri yang cergas dan sihat.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan besederhanalah dalam berjalan"

Permasalahan Keempat Belas:(terakhir)

Luqman menasihati anaknya agar merendahkan suara dan mencukupi suaranya didengari mengikut hajat atau keperluan pendengar. Inilah antara adab bersuara dan bercakap untuk keperluan. Diterangkan dalam wasiat ini ,bahawa mengangkat suara tanpa hajat/keperluan merupakan perkara yang dikutuk, dikecam, tidak disukai dan buruk. Contoh yang akan diberikan dalam ayat berikut ini bahawa seburuk-buruk suara adalah suara himar / keldai kerana suara himar / keldai awalnya suara mengeluh dan akhirnya suara menguak /melalak.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 19 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan lembutkan lah suara engkau! Sesungguhnya suara yang amat buruk ialah suara himar".


---------------------


Mendidik anak kalau kena caranya akan menjadi mudah. Kita juga harus belajar psikologi diri mereka agar mereka dapat hidup, belajar, bermain dan terdidik dengan jiwa yang tenang. Lain anak lain kelebihannya.

Jangan dibanding dirinya dengan adik beradik lain apalagi dengan orang lain. Jangan dipaksakan dirinya jika ia tidak mampu melakukan sesuatu. Berikan dia alternatif untuk tonjolkan kemahiran yang penting jangan langgar syariat.

Ingat pesan Luqman dan InsyaAllah keluarga akan bahagia selamanya.


Bye2 MJ

Salam hari Jumaat~

Mentang2 laa ari Jumaat last keje, so entry arini agak sedih sket..

'Anak' kami yg nama MJ tu, dah takde lagi dalam jagaan kitorang.

Sebenarnya, dalam bulan 11 yg lepas, makcik sebelah rumah Mama ada cakap kat Abang, suh alih sangkar kucing kami ke rumah yg sebelah lagi satu - Mama duk rumah teres, tengah2. Makcik ni dan ahli keluarga dia memang kami dan jiran2 tak brapa nak ngam. Yelah, dah beranak-pinak, bercucu ramai pun smua ahli keluarga dia tak reti nak beramah dgn jiran tetangga. Tegur-menegur jauh sekali. Nama je hidup berjiran. Smua wat hal sendiri, dari kecik sampailaa diorg dah beranak-pinak skarang. So, apabila Abang ditegur sedemikian rupa (ewah!), Acik agak berang laa. Yelah, ko tak penah nk bertegur sapa, alih2 suh alih sangkar kucing tu. Alasan ko, kalau angin tiup, bau kucing masuk rumah. Adoi...Diorang pun bela kucing (dulu) tapi kami takde hal pun kalau kucing depa nk bertenggek rumah kami lama2, berak kat depan rumah kami (masa tu blum renovate). Kucing2 kami dalam sangkar 24 jam, kecuali hari2 tertentu yg mereka dibiar lepas bebas meneroka alam. Berak pun, kami sedia pasir. Setakat bau sekali-sekala tu pun nak kecoh??Bau sangat ke?? Padahal rumah tu sentiasa bertutup....!

Ok, enuff on that. Dipendekkan cerita, kami amek smula kucing2 tu utk letak kat rumah kami yg sekangkang kera tu. Abang cakap, 3 ekor is too many. Dulu Eiman takde, bolehlaa (dulu pun ada 3, Puteh, Baby & Dolly). Eiman lahir je, kami lepaskan Puteh & Baby, bela Dolly je. Pastu Dolly beranak Gucci & kami adopt MJ. Jadi 3 balik. Masa Gucci & MJ kecik lagi bolehlaa. Skarang dah besar..Susah sket la. Rumah kami sempit. Serius sempit. Tak percaya sempit? Jemputlaa dtg tengok ye!

Kami decide nk lepas MJ kat tingkat bawah apartment, dgn harapan bleh tengok2 dia slalu. Pertengahan Januari aritu, Abang pun angkatlaa MJ, amek gamba sket2 & bukak pintu nk bawak kuar. Agaknya MJ ni dah tau kot yg dia bakal ditinggalkan, masa Abang bukak je pintu dia terus lompat dan lari out of nowhere...Jenuh Abang cari malam tu tapi tak jumpa...Huhuhu...sedih Abang. Tak sempat nk bg proper good bye.

Kami cari MJ dekat 3-4 hari jugaklaa..Last2 Abang jumpa MJ masa dia otw nk pi buang sampah kat bawah. Nak tau MJ duk mana? Kat dalam longkang kecik yg ada penutup berlubang ngam2 utk dia bernafas. Longkang kecik tu plak memang muat2 badan dia je. Abang cakap, tiap2 kali buang sampah dia akan panggil nama MJ, pastu MJ pun kuarlaa..

Tapi moment tu tak lama...dalam seminggu dua je..Skarang MJ entah kat mana...Moga2 MJ selamat. Kucing local ni, daya survival dia tinggi. Tak macam kacuk 2 ekor kat rumah ni..Manja melebih. Haha..

Abang dgn Gucci & MJ. Gucci ni dh mcm kembar siam tak seiras dah. Mereka sebaya.

Nanti dah duduk jauh jangan lupa kami di sini. Doa utk kami ye MJ. Kami pun doa gak, moga2 MJ selamat di mana pun MJ ada.

Bye-bye MJ sayang..

WHoaaa.....Rinduuuuuu!!!

Kepada Makcik sebelah rumah, kenapa Makcik nak dengki kat kami?????

Thursday, February 10, 2011

Telor Itam - bukan makanan kas!

Salam..

Farra...Oooo...Farra!!

Entry ni adelah rentetan daripada entry adek juniorku yg ini laa...Adoi!

Aritu pi Jaya Grocer kat Empire terjumpa benda alah ni...

Farra, akak amek gamba kat entry Farra. Jgn marah tau..


So, Adoi kenapa?

Adoilaa Farra..Takleh terima tekak akak ni...

Bukan sebab kaler, bukan sebab rupa...Tapi sebab rasa dia kot..Tekak Itali ai ni takleh terima laa Farra...Huahuahua..Itali kunun..Ang tu anak Jawa laa Acik oi!! ;p

Tapi Abang suka pulak..Aikk?? Ni sudah pelik. Biasa dia yg x reti makan benda2 pelik ni! Hehe..

Anyway, makaseh ye Farra, introduce makanan ni kat kami sekeluarga...Ada baki 3 bijik lagi. Mau x? Hehehe...


Satu2nye gamba yg Acik amek. Bawah tu sememeh sebab tekan kuat sgt masa nk kopek kulit. So, agak terpelecok di situ. Heh~

Tapi, bila Google tengok, sebenarnya telor ni rasa dia mmg agak pelik sket kalau 1st time makan, or kalau makan sesaje. Acik aritu memang terus amek ngap, takde bersulam dgn benda lain. Maybe kalau masak cenggini Acik lebih berselera kot...Perghh..Acik tak berselera makan? Agak mustahil tuh!

Kalau makan dgn telur masin maybe rasa dia lebih balance..

Or, cincang2 buh kat tauhu cenggini..


Or...masak skali dgn sayur..Hmm...nk try laa lenkali..


Entry arini pasal makanan je kan?? Hehe..

Hari ni makan sesajerr!

Hai all~

Dah lunch?

Acik baru je lepas..

Masak saki-baki lauk semalam je..

Tapi nama harusss grand okeh?

Presenting....

Lemon & Herbs Salmon Carrrrbonaaara (Harus Sebut Macam Chef Itali)

Hmm...Nampak sedap kan???

Actually, rasa pun sedap!! Whoaaa...Tak bleh blah!!

Ikut tekak Acik laa..

Nak resepinya yg tak brapa masuk dek akal? Err..Why do I say so? U'll know why as soon as u finish reading all the ingredients. Haha...Yg penting outcome okeh..

Ini adelah resepi berlemak yg memang org Itali sendirik pun tak percaya bleh jadik carbonara..Like I said before, ikut tekak ai.. ;p

So, here it goes- Resepi 2 orang makan:

Sedikit butter utk menumis. Kalau nk yg lebih sihat pakai olive oil. Acik takde.
1 labu bawang sederhana besar - potong dadu.
5-6 ulas bawang putih - potong dadu.
2 sudu besar susu tepung anak anda, dibancuh dgn secawan air (Hihi!) atau secawan fresh milk.
1 sudu kecil mayonis.
1/4 kiub ayam.
1 sliced of cheddar cheese, I used Kraft singles.
2-3 ketul button mushroom, dihiris nipis2.
Salmon tak habis malam tadi (dilecek sikit2 biar berderai isinya).
Potato tak abis malam tadi, (belah dua, buang kulit)
Kulit salmon tu, asingkan, dan hiris nipis2.
2 sudu besar lemon juice.
Dried oregano.
1 sudu kecil tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air.
Salt & pepper secukupnya.

Ok, cara2nya pulak:

-Tumis kulit salmon, bawang besar & bawang putih dlm butter.
-Bawang dah layu, masukkan susu, kiub ayam, mayonis & mushroom. Biarkan mendidih.
-Pastu, masukkan potato, dried oregano, lemon juice & cheese.
-Bila cheese dah cair & mayonis dah tak berketul, masukkan salt & pepper secukupnya.
-Kecilkan api, dan masukkan bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan/kelikatan yg anda suka.
-Last skali masuk salmon. Sebab dia dah sedia masak. Masuk kemudian skali pun takpe.
-Siap! Curahkan ke atas spaghetti or fettuccine. Sangat sedap woh!!


Serius sedap dan senang amat! Selamat mencuba!



Masak ape dinner semalam??

Semalam pi Tesco...Nampak salmon block. Hati ni meruap2 teringin nk makan. Teringin sejak last week lagi..Dah pi kedainya pun..Cuma time nk order, malam tu salmon takde..Hadoi...

So, dengan rasa nk makan jugak2, Acik pun beli.. Dan inilah hasilnya..Salmon Platter! Weehooo!!


Err...tak abis kami berdua makan. Japgi nk guna balance salmon tu utk buat Salmon Carbonara laa pulak utk lunch. Hadoi! Kecuq ayaq lioq!! Ohh...itu satu lagi kegilaan...Bulan Januari saja, abis sebungkus spaghetti Acik makan sorang. Hampir sepuluh kali jugaklaa masak utk Acik..Semuanya carbonara..Kegilaan Januari nama dia.. =) Luckily Abang tak suka pasta & spaghetti. Tekak kampung kata dia...Memang Acik kalau masak adelah utk diri sendiri..Heaven! =)


Ni hidangan sampingan malam tadi..

Chinese style fried egg tofu with broccoli & carrot in mushroom stew. Waah...nama tak bleh belah! ;p


Super simple ayam goreng mayonis! Yummeh!!


And..Hot Lemon Tea. Sangat refreshing!!


Dan tayangan ulangan Salmon Platter ala Acik....Hihi..Sesuka je bagi nama..


Nampak tak coleslaw tu? Ada kismis tu yg balancekan rasa masam lemon & mayonis. Memang yummeh! Tapi, kismis bukan sebarang kismis tau. Ni Kismis Minda..Siap dgn doa..Pas makan terang hati..Ahahaha... =)

Nak resepi? Takde apelaa sangat. Salmon tu just Acik letak salt & pepper, pinch of nutmeg powder, pinch of rosemary & pinch of oregano. Pastu perah dgn lemon setengah biji. Potato plak Acik pakai pink potato..Saje nak merasa. Beli 2 bijik je pun. Haa..Inilaa nama dia Resepi Asal Boleh je. Haha~


Resepi Chinese style fried egg tofu with broccoli & carrot in mushroom stew:

Broccoli - Rebus sekejap dan ketepikan
Carrot - Rebus sekejap dan ketepikan

Egg tofu - Goreng biar garing sikit2 kat tepi tu pastu ketepikan.

Dries sliced Shitake Mushroom - rendam sampai kembang.

1/4 kiub ayam Knorr or ape2 jenis.
2 ulas bawang putih - ketuk.
1 sudu besar sos tiram.
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dulu.


Cara-cara dia:

1)Didihkan 1 cawan air dalam kuali.
2)Masukkan kiub ayam, bawang putih, sos tiram dan cendawan.
3)Kacau sampai mesra2 skit pastu masukkan tepung jagung.
4)Kacau lagi sampai likat.
5)Masukkan sayur dan tofu.
6)Siap!


Resepi Ayam Goreng Mayonis.

Ayam sebelah - potong kecik ikut suka.
2-3 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1/2 kiub ayam Knorr atau apa2 brand.
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar mayonis
Secubit garam

Perap ayam dgn smua bahan dalam 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap. Pastu blehlaa goreng dgn api sederhana. Hidangan ni sesuai kalau utk masak ekspres & paling sesuai utk yg ada anak x suka pedas. Boleh modified sesuka hati.


InsyaAllah senang nk buat ni..Style Acik smuanya sempoi~


Selamat Pagi~

Salam, dah sarapan ke?

Acik belum lagi...baru je balik dari anta Eiman kat bbsitter. Sebelum wat keje, nk berbelog kejap..

So, ini dia video yg Acik dah rakam...

Aksi Eiman..

Tapi sila abaikan persekitaran ye...Hihi!





Pastu ni ada satu lagi video KHASSS utk uols...Tajuk dia, mari belajar bunyi binatang- Eiman's style!




Tuesday, February 8, 2011

Rindu Eiman


Petang2 hari ni rindu kat Eiman laa pulok...

Skarang ni, kalau panggil Eiman, dia akan menyahut..Tapi bukan Iya....Ye..atau ape2 yg sewaktu dgnnya...Dia sahut apa yg kita panggil tu balik..

Contoh:

Mama: Eimannn......!

Eiman: Mannn..... (dengan lembut sambil jalan kedek2 mai kat kita)..


Pastu, dia dah ada tone kalau panggil orang..Aisyyy..tak reti nk cakap macammana...Tapi bila anak kecik dah pandai panggil Mama & Papa guna special tone manja dia, memang cairrr.... =)

Nanti ada masa Acik cuba rakam. =)



Japanese Tea House & Garden @ Bukit Tinggi

Salam all...dah lunch?

Entry ni adelah sambungan dr entry sebelum ni. Masih lagi pasal jalan-jalan kat Bukit Tinggi..

Swan ni cepat je datang bila Acik seluk handbag nk simpan kamera yg dah kong tuh..


Eiman ni, dgn apa yg dia tak berani???

Ku paling suka gamba ni..Japgi nk wat profile pic kat fb lah..Hehe!


Ni kat kolam depan Colmar. Eiman dah letih. Nak tutuss katanya...(read: susu).

Dahsyat tempat parking kereta kami. Haha...Kami park kat tingkat satu.


Uik..belum nak balik lagi weh..Ni dalam coaster (bas kecik takde tingkat), otw ke Japanese Tea House.


Sesape yg ade air, bawak. AWAS! Jalan berbukit. Pendakian yg sememangnya satu penyeksaan bagi manusia gemok takde stamina cam Acik. Abang rilek je pulak...Adoi.



Model gemoks bergaya kat jalan masuk Tea House. Nak sertai Japanese tea ceremony, bayor RM28 sekepala. Tanak pun takpe, bleh sewa kimono dan bergambar feeling kat Jepun pada harga RM20. Tanak dua2 pun takpe. Jadi cam kami...Sendirian berhad sesuka hati. Haha..


Daki lagi anak tangga..

Main ikan koi yg besor2...

Cubaan menyesakkan punggung di tempat syempitt..Ahhh berjaya!!

Eiman, org Jopun tak duduk cenggitu..Itu gaya Org Ashli...

Ade kedai sini. Coke sama 100 Plus harga RM4.50 setin. Aiskrim Cornetto biasa harga RM5. Mau dak??

Sila jgn cuba2 pakai kasut yg berciri seperti di atas kalau takmau kaki anda membengkak...Adoi!

Sekian, makasihhh....


Bukit Tinggi, PaHang...

Salam all,
Lama tak update story..Sebenarnye story tu banyakk cuma masa mencemburui daku..Fuyyo..Hehe..So, uols ape cer? Acik walaupun tak update cerita sendiri tapi tetap setia baca cerita-ceriti uols tau...Cuma kalau rajin, adelaa ngomen, kalau tak rajin, baca dan belah je..Huhu..

Cuti CNY aritu Acik sekeluarga balik Jengka. Kami balik Rabu malam, sampailaa ke hari Sabtu. Memang takkan balik ari Ahad coz dah tau mesti sesak punya..Alhamdulillah jalan smooth je. Kami tak plan pun nk pi Bukit Tinggi. Smua ad hoc je..Nampak sign board terus masuk. Sebab hari masih siang. Hajat di hati kalau ada bilek bleh gak nk check in..

Rupanya memang best ek Bukit Tinggi ni. Cantikkk amat. Takde sesak dan bingit cam Genting. Takde jugak sesejuk Genting. Just nice utk pegi cuti2 habiskan duit, rehatkan otakk..Ape2pun, pemandangan tersangatlaa superb..

Tapi, jgn korang igt nak pegi sesaje nengok tu FREE...Idak ye! Stakat bawah2 yg tak brape nk chantek tu je free masuk. Yg ada rabbit farm bagai. Itupun kene bayar Adult RM3 kalau nk masuk memain dgn rabbit. Kitorang masuk je. Dah alang2 pegi orang kata kan...Nak jalan lagi ke tempat cantik2, yg Colmar Tropicale tu, kene bayor. Adult RM12, Kekanak RM8. As for Eiman, dia kira infant lagi, FOC.

Ok, tanpa membuang masa...Lets tengok gambo!



Tengoklaa orang dah takde najis lalat di hidung tu...Senyum lebar!


Touching2 rerabbit..



Eiman memang suka sengih cenggini. Pantang suh senyum, camni laa gaya dia!



Dah puas main dgn rabbit, naiklaa ke Colmar Tropicale pulok..Ni yg Acik kata kene bayor tu.



Best kan?? Cantikkk amat!!



Ikut je laa bang...apa gaya ma suh buat pun, buat je laa..



Di dalamnya...Yg atas2 tu smua bilek hotel laa..



Ade clown. Dpt belon free..



Action je ni...Eiman nk main, Mama kata ROSAK!



Kat ujung lane ade menara. Kami naik sampai tingkat 2 je. Ini laa pemandangannya. Best sgt rasanya..



Yours truly..





p/s: Elok2 smpai kat tempat swan itam ni, bateri kamera kong kali kong....Aksi selepas ini akan di snap guna henpon pink kesayangan. Tunggu di next entry!