Followers

Monday, March 22, 2010

TIPAH TERTIPU

Salam All,
Pernah tak uol dapat call dari mana2 kampeni/agency/hotel/agent yang promote suh amek voucer or watsoever? Acik selaluuu...Tah kenapa no fon ni cam femes sgt je..

Hari Khamis lepas, Acik dapat call dari Sunway International Vacation Club (SIVC). Laura nama dia. Cakap lembut je, offer Acik voucer pelancongan SIVC. Mula2 Acik tanak, dalam hati dah rasa mesti kena bayar apa2 or beli apa2 ni..Skarang ni, orang nak masuk toilet pun kena bayar! Si Laura ni pulak, cam tau2 je apa dlm kepala Acik ni. Direct je dia cakap, Puan tak payah risau. Ini bukan nak jual atau untuk apa2 agreement. Ini untuk promo Sunway Hotels sahaja. Puan datang Sunway Hotel, dengar penerangan kami for 45mins lepas tu boleh terus ambil voucer dan pulang. Hmm..interesting.

Acik pun sampaikanla kat Abang. Abang kata tak payahlaa, itu cam trick je..Mesti ada something. Acik kata, Sunway Hotel tu dekat. Why don't we just give it a try? Kalau kena bayar ke, ape ke..kita belah je laa..

Dipendekkan cerita, pukul 3.30pm semalam (Ahad, 21 Mac) kami pun naiklaa ke Level 2, Pyramid Tower Hotel, Sunway. Betul2 kat Sunway Pyramid. Tak jumpa Laura. Tapi yang entertain kami ialah Cik Siti. Kata nama Siti, cakap Melayu telonya dah macam Cina. Bila risik2 barula tau ayahnya Filipino, maknye Sabah..Patutlaa...

Huhh...geram ni..Nak pendekkan cerita lagi ni..

Setelah 2 jam mendengar ceramah free dr Cik Siti ni, dia offer SIVC for RM84K!!!!It's for 30 years..ada laa terms and cond dia..Ok, tobat mak tanak nyah!! Acik jeling Abang, Abang jeling Acik balik..Aii...menjeling-menjeling kubertentang..mata kita saling memandang.. Adoyaiii...

Kami memang dah siapkan skrip tangkis-menangkis dari rumah lagi. Cik Siti Mak Enon ni macam tak paham bahasa pulak. Skali kuar pulak ayat kuang ajo dia..

Acik : Takpelah dik, I was told by Ms Laura yang kami tak perlu keluarkan satu sen pun untuk dengar apa2 dari SIVC. So, it's a NO from us. Lagipun, kami memang sengaja tak bawak cash pun hari ni.

Sitikus : Ye ke. Alah Puan Reen, takkan Puan Reen nak lepaskan peluang ni kan? Takkan Abang tak bawak duit kot.

Abang : Saya rasa, kami ada banyak lagi tanggungan selain daripada nak guna untuk vacation. Ye, saya memang tak bawak duit untuk datang ke sini (SIVC). Itu memang disengajakan.

Sitikus : Jadi, Abang tak bawak duit nak isi minyak la? Beli makanan anak? Betul? Anak Abang nanti tak makanla? Tak pergi jalan?

Masa ni Acik tengok Abang dah merah padam dah muka dia. Abang bukan pemarah, tapi dia memang tak suka orang bodoh yang buat2 bodoh tak paham bila orang sekali dah kata TAK NAK. Dahlaa, dok dengar dia membebel sampai 2 jam kan..Panasss je..Lalu, nak tau apa Abang jawab?

Abang : Saya rasa itu hal peribadi saya, awak tak berhak nak masuk campur apa yang ada dalam dompet saya. Duit saya, saya tahu macammana nak guna. Faham?

Begitu berdiplomasi Abang jawab.. Kalau Acik, Acik carut je. Orang takde adab camtu..Bongok betul laa..

Lepas 3 jam, kami pun kuar dengan hati yang lapang...Rasa cam baru kuar penjara pulak..


Opps!! Nak tau pasal voucer yang dijanjikan dalam phone aritu? Well, it's not really a voucer sebenarnya.. Orang bisnes ni, kalau yang tokeynya tu kafir laknat, memang menipu je keje nye.. Dijanjikan voucer, memang betullah tu. tapi dia cabutan antara 4 tempat. Sama ada Sunway Hotel kat Malaysia (KL & Penang), India, or Filipina. Hmm, sebelum cabut tu, Acik dah bet dengan Abang, kitorang mesti dapat India punya.. Guess what?? MEMANG BETULPUN..Voucer tu valid 3 bulan. Pekejadahnya haku nak pegi India dalam masa 3 bulan tu? Hantu punya orang...nak bagi, bagi je laa..Tanak bagi, sudah. Haku pun tak kemaruk hadiah voucer ko tu...

Tp itulah kan...kalau kita tak cuba kita tak tau. Nasib baik hotel tempat kitorang pegi tu sekentut je dari rumah.. Kalau jauh sampai ke KL laa katakan, mau runtuh bangunan tu Acik mengamuk..

Ni pengajaran untuk uols jugak. Acik bersyukur sebab boleh handle benda ni dengan baik, especially dengan adanya Abang.. Memang kami dah bersedia dengan sebarang kemungkinan pun (yang tak best). Kalau betul kami bertuah aritu dapat voucer bagai, maybe itu luck kami. Tapi this one, is PREDICTABLE. So, untuk anda di luar sana, trust your instinct. Tipah dah tertipu, Bedah nak kena tipu gak ke?? Wassalam..


p/s : Sape nak voucer free Hotel Sunway kat India bleh call Acik..3 bulan je valid..

10 comments:

  1. salam,

    zareen..rajin sangat nak tadah telinga. kalau akak la, sure abes 45 minit terus blah. say thanks and just walkaway. 3 jam tu kalau tido..leh mimpi free je ke india, kekekeke!!

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan zareen
    melor pun byk kali kene mcm tu tapi tak layan.da la 2,3 kali hampir terpedaya.syukur iman masih kuat terselamat melor.

    ReplyDelete
  3. takutnye..kalo kena mcm tu.....skrg nak bg tau berita baik punya....Acik telah menang tempat pertama dlm contest blog saya..TAHNIAH

    ReplyDelete
  4. Kak Lynn, sebenarnya masa tadah telinga tu takleh langsung nak bagi excuse. Even Zareen nak menyusu Eiman pun depan mata dia. Sebab dia kata penerangan tu wajib berdua. Takleh sorang je..Mujur sangat2 Eiman tak banyak kerenah..Tak mengamuk..Tapi nak sebenarnya dia mengamuk..bleh balik awal..Hihi..Tapi apekan daya, Eiman behave very well...

    ReplyDelete
  5. Salam Perkenalan Melor,

    Thanks sudi bace blog Acik..

    Takpelah, amek pengajaran. Orang kata, kalau tak cuba kita taktau. Kitorang gamble je. Pasni kalau ada lagi jangan haraplaa.. :)

    ReplyDelete
  6. Salam Pn Qaseh..

    REALLY???
    Acik menang??
    Alhamdulillah..
    Menjadi jugak puisi 10 minit tu..
    Thanks a lot!!

    Nanti ada contest by Pn Qaseh Acik join lagi ye?Hihi..

    ReplyDelete
  7. salam... penyabar jugak cik abg awak.. tiket pg india??? no thanx..cukup dh tgk kat tmp keje..serabut..kalau pegi takut x balik malaysia pulak..he..hee

    tahniah sb Menang...

    ReplyDelete
  8. Hai AdyShariz,
    Tq sbb sudi jenguk blog Acik..
    I jenguk ur blog back nanti k?

    :)

    ReplyDelete
  9. oo ni yg mcm jd ahli utk kelab diorang kan. ckp jimat kalau bercuti yada yada...sembang sikit punya lama smp kita letih x larat nk dengar. i pun pernah jumpa...id gr je, pastu selambe bangun dan blah ekekekke

    ReplyDelete
  10. Hehe...itulaa Yatie, malangnya nasib kami masa tu. Nak blah xleh, sebab tempat diorang.

    Bila kira2 balik, kalau gaji kami puluh riban boleh laa nak join,mmg bbaloi..Vacation Club is sooo not for us..Orang kaya2 je boleh..Hihihi...

    ReplyDelete