Followers

Thursday, March 11, 2010

::UPDATE:: ACIK MENANG!!!!!! - NUKILAN UNTUK SUAMIKU

Update: Harus diletak di atas sekali..Ahahaha..

I WON!!

1st prize ya'll!!! Alhamdulillah..
Abang, Ma menang!! Yayyyy!!!


PUISI BUAT SUAMI TERCINTA..

Haa, gempak gila entry kali ni..
Semangat gila Acik nak berpuisi..Ececececehhhh...
Well, this is my second attempt dalam contest by bloggers. This time, Acik join contest yang dianjurkan oleh Pn Qaseh of dqaseh2u. Sempena dengan birthday hubby Pn Qaseh ni, dia nak anjurkan contest mencipta puisi untuk suami yang akan diadili oleh suaminya sendiri..Wow! Mesti hubby Pn Qaseh ni very d creative punya orang.. Acik join ni pun bukan apa..Saja je nak asah otak.. Acik bukan seorang yg creative nak berpuisi madah segala bagai..Tapi, kata pun puisi untuk suamiku kan..Entah macam mana laju je tangan ni menaip puisi (puisi ke??) untuk hubby ku..Abang, abang bace ke entry ni nanti??Kalau bace, jangan gelak tau...

Tak ade ape2 bombastic words pun, cuma apa yang tertaip tu adalah bait2 yang meluncur dari otak ke jari..Bila baca sedap pulak..(Ekekeke...kombang sendiri!). So, inilah hasilnya.. Semuanya ikhlas dari hati Ma tau..Untuk Abang..bukan untuk contest semata.. ;p



NUKILAN UNTUK SUAMIKU

Abang,
Lapan tahun kita bersama
Mencipta kasih, menyemai cinta
Membina rasa percaya antara kita
Kurasa bahagia bersama sentiasa

Abangku sayang, sangat kuakui
Cinta kita bukan sakti
Pelbagai rintangan kita hadapi
Lautan onak dan ranjau kita tempuhi
Di dalam arena yang sendiri
Kasih kita teguh termandiri

Abang,
Ramai yang tidak percaya
Cinta antara kita
Akan bahagia selamanya
Diriku sendiri tidak menduga
Jalinan persahabatan bersulam cinta
Bersatu teguh penuh bahagia
Pernikahan akhirnya menghalalkan kita

Abang,
Tak pernah jerih kuberdoa sentiasa
Kepada Yang Maha Esa
Agar pernikahan kita
Senantiasa di bawah rahmat-Nya
Bersederhanalah kita seadanya
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ikatan yang kita meterai bersama
Buat suamiku SABARUDIN yang tercinta
Kuharapkan bahagia mendampingi kita
Selama-lamanya..

6 comments:

  1. salam zareen,

    ewah-ewah...jiwangnyer dia, kekeke! semoga menang! chaiyok! (^o^)//

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana join contest yg tak seberapa ni? semoga puisi kak achik berjaya memenangi hati suami saya...

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Lyn,
    Amacam? Ok x ciptaan bidan terjun kita yang amek mase 10 minit je ni?

    ReplyDelete
  4. Dear Pn Qaseh,
    Sama2..Moga2 menang!Ehehehe... =)

    ReplyDelete
  5. tahniah mama.....kn papa dh ckp,isteri abg ni kn pintar org nya.papa tau puisi yg ikhlas dlm hati pasti akn meresap tersemat di dlmhati stiap org yg melihatnya kn..mmmmmmmmmmuahhhh

    ReplyDelete