Followers

Wednesday, February 3, 2010

MY PREGNANCY JOURNEY




Being pregnant means lengkaplah separuh kehidupan seorang wanita. Bila dah jadi ibu, sempurnalah seluruh kehidupannya..Itu mengikut tafsiran peribadi Aciklaa..

Acik bersyukur sebab sepanjang 9 bulan 14 hari (Acik overdue..Hihi!) mengandungkan Eiman, Acik tak pernah mengalami sebarang masalah besar. Mabuk2 pun takde, mengidam macam2 pun takde (ape Acik nak, Acik bedal je..). Acik ni boleh dikatakan bunting pelamin jugaklaa..So, I enjoy my pregnancy as much as my new life as a wife.

Acik dan Abang jenis yang suka berjalan. We found out that I'm pregnant just upon arrival dari Genting Highland (part of our honeymoon). Belum sampai rumah terus beli pregnancy test kat pharmacy sebab rasa lain macam..Mula2 pening sikit2 pastu rasa cam goyang je..Acik ni ada migrain, mula2 ingatkan migrain tapi test laa jugak. Hasilnya....Walla!! I'm pregnant. Syukur Alhamdulillah..


Tengok! Inai masih merah di jari.. =)

Acik dan Abang sepakat nak rahsiakan dari semua orang sampaila kami pi buat first maternity checkup kat klinik. Lepas 13 minggu pregnant baru announce kat parents, siblings and friends. Kami decide nak buat fully checkup and delivery kat PPUM - Pusat Perubatan Universiti Malaya, as we found out kat sana memang bagus. Plus, rate dia affordable. Sedikit mahal dari govt, but a lot cheaper dari pvt hospital. Yang tak best cuma tempatnya sempit. Nak parking susah. The rest memang superb. Doctors pun muda2, baik2..Nurse pun baik, takde cakap kasar2.. =)


Acik punya monthly checkup - Tekanan darah, urine, gula semua pun in a great condition. Yayy!!

Masa usia kandungan 3 bulan, Acik dan family ipar semua pergi berkelah kat Kuala Gandah Elephant Sactuary. Best sangat kat sana.. Acik siap mandi dengan gajah tuuu!!




Tengoklaa Acik dgn Abang.. Yang kelabu tu gajah tau! =)

Masa kandungan Acik 4 bulan pulak, Acik pi berkelah kat Air Terjun Chamang, Bentong dengan kawan2 RA UPM. Mmg enjoy sgt2 mandi dan BBQ kat sana. Recommended place ye.. Bleh laa pegi bila2, tak jauh dari KL (approx. 30mins from Gombak). Cantik dan best!


Cantik kan?

Bila baby dah 5 bulan dalam perut pulak, teka Acik pegi mana?? PERHENTIAN ya'll!!! Yeah bebeh...bleh bayangkan tak Acik naik bot kecik selama sejam lebih nak gi pulau dari jeti Besut?? Ngeri sgt2 bila bayang balik. Nasib baik baby kuat dalam perut! Hihi..


Hihi...Mak saye marah tengok gambo nih!


Abang melepas sebab dia mabuk laut...


-Kami-

Bulan ke-6,7,8 dan seterusnya Acik takdelaa gi mana2 untuk bercuti. Tapi balik Perlis, Pahang tu biasalaa.. Pasal mabuk2 ke, memang Acik tak pernah rasa. Kesian jugak bila dengar cerita kawan yang mabuk2, ada yang sampai berhenti kerja. Mintak2 dipermudahkanlah semuanya...

Oklah, sampai sini dulu. Nanti ada masa Acik cerita lagi. Maybe pasal kelahiran Sohayl Eiman di bulan Ramadhan yang barakah. :)




No comments:

Post a Comment