Followers

Tuesday, February 2, 2010

EIMAN BREASTFEEDING JOURNEY


Eiman 2nd day of life


Sejak Eiman dalam kandungan lagi, Acik dan Abang dah berazam nak susukan Eiman dgn susu badan sepenuhnya sehingga 6 bulan.. Banyak rujukan yang kami buat untuk tambah pengetahuan tentang penyusuan susu ibu ni. Masa pregnant dulu, web2 macam susuibu.com, blog harlindahalim, blog menyususimanja, diyaluna.com (sekadar menamakan beberapa cth) sentiasa menjadi sumber rujukan utama. Belum lagi life mentor Acik (Thanks a lot Nurul, Azzyati & Ajasu). Breastfeeding gadjet pun Acik invest banyak gak ar..Contohnya Medela Swing, Cooler Bag set (2 sets : 1 untuk babysitter, 1 untuk Acik bawak gi ofis), Coleman Cooler pack, EBM storage bottles ( 50pcs of Bumble Bee bottles, 6pcs of Medela bottles & storage bag pun banyak), Little Bean Steriliser & Warmer, MAM bottles untuk baby minum EBM kat rumah babysitter dan macam2 lagi laa.. Pendek kata, Acik ada laa kuar duit hampir RM2K untuk prepare barang2 ni. Tapi takdelaa kuar sekaligus. Acik beli sikit2 dari time pregnant. Hmm..gigih x?

Acik mmg betul2 nak susukan Eiman dgn susu badan sepenuh masa. Kenapa? Secara khususnya, samalaa dgn sebab ibu2 lain nak menyusu badan. Sebab peribadi pulak ialah kerana Acik sendiri tak disusukan dgn susu badan masa kecik dulu (Acik dibela oleh tok dan tokwan di kampung). Memang Acik percaya susu badan ni boleh membantu kepada perkembangan fizikal, mental, sosial dan perkembangan keseluruhan anak. Acik pun nak jadi seorang mama yang sangat close dengan anak, bukan luaran saja tapi Acik nak kongsi semuanya dengan anak Acik dari kecik sampailaa dia besar. Alhamdulillah, Acik ada Abang yang sentiasa support apa yang Acik nak. Hmm...bunyi macam mudah je perjalanannya kan?


Masa Eiman 30 hari Mama dah start perah. Banyak ni je untuk 30min pumping time.


Acik happy dan bangga dapat susukan Eiman


Bila Eiman lahir, jalannya tetap lurus (InsyaAllah, terus berazam untuk fully breastfeed) tapi, semakin hari semakin banyak bumper, detour dan pit stop..Masa Eiman dalam pantang kan ramai orang datang menziarah. Masa ni banyak sangat langau2 yang membingitkan telinga. Contoh :
"Ada susu ke tu? Kecik je.." - What the..?

"Kena sulam air masak ni, kalau tak sulam kesian kat baby tu" - Orang buat sulam kain je kak!

"Apesal tak bagi air masak? Bukan ada perisa apa pun" - Sebab air masak x sedap!

"Kesiannya baby tu nangis. Dia lapar, bagila air suam. Nanti dah ada susu badan, bagila susu" - Mana u tau baby tu nangis lapar? Mana u tau dalam b ni takde susu?

"Susu sikit tu...mana cukup! Dia lapar lagi tu.." - Ppfttttt!!!

Masa dalam pantang Eiman memang nangis je pastu malam tak tido. Mula-mula kitorang pujuk2 biasa laa..Mama Acik suh bagi puting (pacifier), Acik tanak. Doc pun x bagi sgt bg puting ni. Takut jongang. Tp masa Eiman dah umur sebulan, Mama Acik balik rumah terus bagi puting NUK. Dia kata dia beli bukan puting murah, puting mahal. So, xpe kalau nak bagi kat baby..Acik x terkata apa. Yelaa, mak sendiri. As long as dia takde bagi air suam/air masak, takpelah. Pasal tu pun dah jenuh berperang. Acik paham dia kata puting mahal tu bukan sebab nak berkira, tapi sebab nak kita tau yg puting NUK tu dia x rosakkan gum, bagus untuk baby..Alahai...puting jugak kan?? So, kiranya sampai sekarang laa Eiman menghisap puting nyonyot tu..

Acik maintain susukan Eiman dengan susu badan sampai laa sekarang. Alhamdulillah.. Susu badan Acik takdela melimpah cam orang lain. Bak kata Ajasu, lain orang lain production nya..Acik ni kategori cukup2 makan laa kata orang, tak kaya..tak miskin..Susu badan kuar seadanya.. Masa start keje dulu, stok ebm penuh dalam freezer. Kat ofis pun Acik maintain routine perahan setiap 3 jam. Nasib baik ada bilik lecturer yang kosong, Acik tumpang perah kat sana. Lega sangat. Kat pantry pun ada fridge. Kira tak susahlaa untuk Acik perah susu hari2. Setiap hari dapatla dalam 3 kali perah (dalam 10oz). Pukul 8am, pukul 11am dan pukul 2pm. Acik pun ada amek fenugreek untuk enhance susu. Semuanya nampak indah dan selesa...sampailaa kami menghadapi 'krisis susu ibu' masa umur Eiman 4 bulan. Kira ala2 krisis kewangan laa..stok kering.

Masa ni Acik xtau nak buat apa selain berdoa banyak2. Nangis toksah cakaplaa..Tak terbayang kalau Eiman minum fm..terasa cam dia akan semakin jauh dengan Acik..Tiap2 hari berendam air mata je..Bukan Acik taktau, emosi ibu juga menyumbang kepada pengeluaran susu ibu, tapi dia kuar automatik..Takde paksa2. Abang pun cakap kita usaha selagi kita mampu. Kita dah buat yang terbaik untuk Eiman. Malam2 pun siap bangun 2 kali perah susu. Kalau Eiman jaga, tak dapat perah tapi cuba jugak2 perah sekerap mungkin. Stock makin sikit..baby makin besar.. :(

Bila tanya kat kawan2 facebook, ada ada yang suh minum air rebusan longan kering (thanks to Ejan & K.Ijan). Acik pun pegilaa kedai sensei kat Sri Serdang beli longan kering haritu jugak. Samapi sekarang Acik minum longan kering at least sehari sekali. Alhamdulillah, stock EBM takdela bertambah tapi susu sentiasa ada...

Sekarang ni, kat ofis memang Acik teruskan memerah segigih-gigihnya...Kat rumah pulak Eiman akan fully intact dengan Mama. No fm, no air masak...Malam sebelum tido pun Acik akan cuba perah..Pagi pukul 3 @ 4 am pun akan bangun perah.. Doakanlaa Acik berjaya. Acik nak cuba sedaya upaya. Hujung minggu ni Eiman genap 5 bulan. Kalau ditakdirkan stok susu Acik dah takde pun, biarla sampai Eiman dah masuk 6 bulan nanti.. Tak lama lagi. InsyaAllah Acik akan berjaya..Acik Boleh! Acik Boleh!!!


Eiman - 4 bulan

No comments:

Post a Comment