Followers

Thursday, January 28, 2010

DUTIFUL WIFE I AM..

Salam,
Padanlaa dengan tajuk post ni, dutiful wife aka isteri yang bekerja..Bekerja ke Acik ni? Sebenarnya Acik ni seorang isteri, ibu dan student. Bekerja dalam ertikata yang sebenarnya (makan gaji) tu belumlaa lagi. Tapi, as a student, Acik adalah pemegang Fellowship Penyelidik Siswazah di UPM. Kalau nak belit lagi, Acik adalah seorang Felo Penyelidik Siswazah. Acik belajar sepenuh masa, tapi dalam masa yang sama Acik kena buat research. Kena gi ofis 8am-5pm cam orang lain yang bekerja. Cumanya, takde gaji. Elaun adelaa..So, hari2 Acik akan ulang alik Shah Alam-UPM. Mase mengandungkan Eiman dulupun, sampai 9 bulan Acik drive tau.

Acik buat master degree di UPM. Master's in apa? Master of Science (Community Education & Development). Masa bachelor degree dulu Acik amek minor community development. Entah macam mana bleh jatuh hati dengan minor ni Acik pun taktau. Ini menyebabkan Acik sambung sampai master. Cuma time master ni, Acik punya skop bidang dah makin kecik, iaitu Wanita. Thesis Acik pasal multiple roles of working women, and research Acik plak pasal Women of the Sandwich Generation. Sandwich Generation? Ape tu? InsyaAllah, next post (atau bebila senanglaa) Acik cerita pasal tu.

Cakap pasal wanita ni, memang Acik seorang yang feminist, tapi takdelaa extreme feminist yang mengamalkan feminism sepanjang masa. Acik sangat menyanjungi lelaki (terutamanya suamiku sayang) yang pada Acik tetap pemimpin kepada wanita. Cuma bezanya, wanita sekarang bukan lagi macam wanita zaman dulu. Wanita sekarang dah pergi merata, bukan duduk dapur je..

Okay, cukupla pasal benda2 ni. Secara ringkaslaa..pengisian pertama utk blog ni..Biarlaa berbau ilmiah sket..Ehehehehe...

Wassalam.

No comments:

Post a Comment