Followers

Monday, December 13, 2010

MY 15 M.O SOHAYL EIMAN

Salam all,

Minggu lepas, 09122010 genapla usia Eiman 15 bulan. Happy Birthday sayang!


Mama & Papa bawak pi Mamak je!


Mamak pun Eiman layan laa..


Buat ucapan sket sayang? Ishh Mama ni, tanaklaa..Malu tau..tak mandi lagi ni!


Ok, takpe. Tapi kena senyum lebar2..


So, arini rasa2 nak laa meng'update' perkembangan Eiman tersayang. Untuk kenang2an. Kalau tak tulis sini, maybe lama2 akan terlupa..

EIMAN'S VOCAB

1)Mama - Mama. Sangat clear..Yayy!

2)Papa - Papa

3)Cat - Cat (Sgt sayangkan kucing!)

4)Bird - Bird

5)Cockroach - Uoch (OK, cockroach Eiman sangat geli dan benci. If nampak, dia akan buat2 nak sepak. tapi dari jarak jauh lah. Nak pi dekat tak berani!)

6)Fish - Iss (Pantang nampak kolam ikan, mesti nak seluk tangan. Memang kena jaga betul2)

7)Cow - Moo Mooo (even tiny cow print kat dalam newspaper pun dia bleh nampak!)

8)Imitate bunyi cicak, lion, tiger - sangat cute!

9)Ini/ni - Neh (Cth: Eiman, mana car? Neh...)

10)Bas - Bas

11)Train - Ten

12)Mama tanya: Lo? Eiman jawab: Eeeh.. (Lo-ri)

13)Radio - Yayoo (start je keta, terus yayoo...tapi nk yayoo nasyid kekanak je!)

14)Makan - Mammam

15)Air - Aa Yer..

16)Nak - Nakk

17)Taknak - Nanakk

18)Spongebob - Pan...Bok

19)Upin Ipin - PinPin

20)Ball - Ball

21)Baby - Biiiibi

22)Kakak - Atakk

23)Lompat - Pat pat pat

24)Spec Mama - Pek

25)Dirty - Eeeee (sambil buat muka geli & busuk... Hihi)

Itu vocab laa.. Pastu skarang ni dalam fasa suka mengajuk apa org cakap..Dia akan ajuk kita cakap part yang hujung2 laa.. Comel je tengok.. Lagi satu, sukaa sangat meng'iya'kan apa yg orang cakap. Contohnya:

Eiman, Eiman sayang Mama tak? Dia reply, Hmm..

Eiman besar nanti jadi anak soleh, sayang Mama Papa, sayang adik2 ye? Everynite Acik akan bisik kat Eiman masa dia tgh 'layan' susu b4 tido. Dan skarang dia akan reply, Hmm.. everytime Acik bisik2 kata2 nasihat tu. As a mother, memang sangat masyukk feeling time kita nasihat, then anak reply, even just a 'Hmm..' dan even dia pun tah paham ke tak apa yg kita cakap hari2 tu. Tapi nampak macam dia 'faham' pun dah cukup menyejukkan hati keibuanku ini..Huhuhu...

Paling tak tahan, Eiman, Eiman ni busuklaa.. Dia jawab, Hmmm jugak!!

Bab2 baca buku pun bleh tahan jugak rajinnya anak bujang Acik ni. So far, page dalam buku 123 dia dah hafal laa apa objek dalam setiap page. Poster binatang yang tampal kat wall pun dia dah kenal mana bird, cat, dog, elephant, cow, zebra, lion, tiger, bear, penguin, etc.

Ragam Eiman pun dah macam2 skarang. Memang kaki jalan, nak keluar je kejenya.. Takleh tengok orang bersiap, pakai tudung or lepas mandi..Dia akan cling je dekat kita & mintak dukung sambil tangan point kat pintu. (itulaa Mama dia time ngandung dulu tak penah duk diam. Kaki JALAN!) Hehe..

Dah pandai shopping!! Ni pun ikut Mama dia..Pandai dah mintak2 kalau pi shopping mall. Mostly ball laa..Dah bape banyak balls dah agaknya kat rumah tu. Kalau pi pasar malam plak nak balloon PinPin (Upin Ipin).

Kaki joget! haa, part ni taktaulaa ngikut sapa. Pantang jumpa pentas, mesti nak naik & joget..Adoi..

Lagi satu yg best, skarang ni dah boleh harap sket. Bila suruh benda yg simple2 dia paham dan akan buat. Biasa lepas sepahkan toys dia akan kemas balik bila kita suruh. Mama dia slalu gak suh amek itu ini..Hehehe...

Berjalan pun dah stable. Kalau jatuh Acik biarkan je. Biar dia bangun sendiri. Kejam? Taklah, supaya dia tahu bila jatuh tu sakit. Then afterward dia akan be extra careful kalau berjalan. Masalahnye, Eiman ni tak reti nak jalan slowly. Asyik berlari je manjang. Mana tak jatuh sana, jatuh sini...benjol sana..benjol sini..Adoilaa Eiman..

Skarang ni makannya pun dah makin berselera. Minum pun dah pandai pakai cawan. Alhamdulillah. Memanglaa kalau nak compare dengan kekanak sebaya dia yg gemuk, dia masih belum gemuk. Tapi ada ramai lagi yg lebih kurus dari Eiman. Acik tak kesahpun kurus ke, gemuk sebenarnya. Yang penting sihat..

Sekarang pun, kami dah bleh solat jemaah dengan aman. Bilik solat tu kami tutup dan biar Eiman main dalam bilik tu masa kami solat. Yep, dia adalaa berjalan dan pegang2 kami time solat tu, tapi makin lama makin dia tak peduli kami dan main sorang2 dgn toy yang kami letak khas dalam bilik tu. Alhamdulillah.

Hmm..yang tak bestnya, lately Eiman slalu nangis time nak buang air besar. Nangis sakit. Sembelit ke? Sembelit tu ialah susah nk poo-poo kan? Tapi Eiman ni taklaa susah, maintain sehari sekali at least. Cuma dia slalu nangis jerit2 time nk membuang tu sebab poo yg kuar tu besar macam saiz dewasa..Adoi...Nak wat camne eh? Buah memang bagi makan. Ribena pun minum...Nak kata susu, dulu tak pun, apesal semenjak dua menjak ni je yg jadi camni...Acik pun heran. Taktau nk rujuk ke mana. Kesian sangat bila tengok dia menjerit sakit time nk mengeluarkan hasil yg besar tu..Camne eh? Ape nk buat ni???

Thursday, December 9, 2010

PRICE LIST AS AT 1 DEC 2010

Salam,

Di bawah ni adalah Price List bagi semua CD yg Acik jual. Senarai ni adalah harga semasa, no min order. Lagi banyak beli, lagi banyak discount Acik bleh bagi. Sila klik untuk tumbesaran ye.. =)

Oh ye, harga semua TAK termasuk postage/delivery charges, yang mana semua pun ikut harga semasa. Takde markup. ;p




Kalau nak tengok senarai penuh CD dan gambar, tengok kat sini ye.

Nak dapat harga special? Email me at: nor_zareen(at)yahoo(dot)com

Thanks!


Wednesday, December 8, 2010

Crispy Murtabak



Salam Maal Hijrah!

Petang2 di hari cuti awal tahun begini haruslah ada sesuatu untuk dikudap..

Tiba2 teringat masa amek RVC kat rumah Yantie aritu Mama dia jamu murtabak crispy yg sangat2 yummy-licious! Minggu lepas pi beli barang2nye, ingatkan nk buatlaa masa weekend. Tapi dek kerana tuntutan tugas yg memerlukan ku bekerja di waktu cuti, maka hajat itu tertangguh..

So, semalam petang godek2 fridge, dan trylaa buat bende alah ni. Sedap gak..! Eiman pun laju je makan sampai 5 keping! Ehehehe..Tapi tak gemok macam yg kat rumah Yantie..Nape tahh..? Takpe, ni baru 1st attempt. Nnti bleh buat lagi utk memantopkan lagi bentuk dan rasanya.

Nak try? Boleh, tp klu x sedap jgn marah tau..

=)


Resepi (ikut suka sebab tak tanya pun kat Mama Yantie aritu..Malu!)

-Telur ayam - 4 bijik
-Daging ayam cincang brand Ramly - ikut suka laa nk letak banyak mana
-Daun bawang - potong halus2
-Kulit popia
-Lada sulah, garam secukup rasa


Cara2 dia:

-Gaul daging ayam cincang bersama daun bawang, lada sulah dan garam. Simpan dalam fridge dalam setengah jam.

-Pukul telur, masukkan daging ayam yang dah perap tadi.

-Tuang atas kulit popia dan goreng sampai garing.

-Dah siap, bleh potong supaya senang nak ngap!


=)