Followers

Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Tumis Lemak Jering Semai aka Sambal Jering

Salam,

Sejak Abang jadi boifren Acik 10 tahun lepas (yep, we started dating on 2001), sambal jering adalah menu feveret Acik tiap2 kali gi rumah Abang di Jengka. Sebelum tu, jering pun tak penah makan. Dah dapat sambal jering ni, memang trus jadi makanan feveret lah. Tapi jering ni bukan jering biasa tau. Ni jering semai. Jering biasa tu, Acik tak penah makan seumur hidup. Jering semai ni, ialah jering tua yg disemai dalam pasir. Rasa dia lemak2 gitu. Bau dia, biasalah... =)

Kalau bab2 buah berbau ni, Acik memang hantu lah. Tapi ada jenis2nya. Petai muda & tua, mentah sahaja. Petai Jeruk no-no-no...Jering plak, jering semai sahaja. Yg mentah tak reti makan. Kerdas plak, a big NO-NO. Dah try, tapi yekkkkk...Bergass...Tak sedap..Tak reti Acik makan..Hehehe...

Inilaa rupa nya Jering Semai


Dah basuh, hiris2 camni - pict Googled


Ok, berbalik kepada resepi hari ni, ini resepi turun-temurun keluarga Abang tau..



Tumis Lemak Jering Semai aka Sambal Jering

1 piring jering semai (dalam 10 biji) - hiris nipis2
1 genggam cili kering - rebus, buang biji & blend bersama satu labu bawang merah
1 genggam ikan bilis - belah dua, buang tulang & isi perut
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air

Cara masak pulak:

Panaskan minyak.
Tumis cili blend sampai naik bau dan pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan jering yg dah dihiris.
Dengan api perlahan, masukkan air. Masak sampai mendidih.
Masukkan santan dan kacau sampai pekat dan sampai jering lembut.
Sedia utk dihidang bersama nasi panasss...



Sebelum makan dgn nasik, amek sikit buat ratah..Hehehe..Tak sabar!

Ketagih wa cakap lu....Uols camne? Penah rasa x?

Friday, April 15, 2011

Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku dengan Kulat Sisir

Salam,

Entri resepi kali ni bukan ari Khamis, tapi Jumaat..Taip title je terus kecoq ayaq lioq..! Hehehe...

Ni dia kulat sisir yg Acik beli kat Pasar Paya Pulai aritu. Musim agaknya, Acik tengok ramai yg jual kat pasar tu. Satu tin susu RM3. Mahal? Padanlaa dgn susah nak dapatnyaa. Dulu2 masa Emak sihat, kalau musim dia slalu masak kulat sisir ni. Bukan takat masak, bila dah kutip banyak2 kat ladang tu, siap boleh berjualan..Selalu Emak buat masak lemaklaa, takpun, buat cucur kulat sisir. Acik belajar makan pun dari Emaklaa... Sebelum2 ni, memang tak penah jumpa/makan/masak pun... =)

Nah, tengok gamba dulu....
Pucuk paku left - Paya Pulai, pucuk paku right - Shah Alam

Pucuk paku Paya Pulai - betul2 pucuk, bleh makan smpai hujung batang...Yg Shah Alam byak daun, batang smua keras2.. Err..ada yg pikir ke lain ke? Ni pasal pucuk paku laa... ;p

Close-up kulat sisir

Tengah masak

Dah masak! Yg coklat tu laa kulat sisir. Yummeh!!


Nak resepi? Ini dia:

Anggaran 5-6 orang makan atau 2 kali makan (lunch & dinner)
2 ikat pucuk paku - potong2
1 tin kulat sisir - basuh & tumbuk2 b4 masak.
5 tangkai cili api - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
1 genggam ikan bilis - tumbuk
1 labu bawang merah - tumbuk
1 peket santan segar
1 cawan air
Garam secukupnya


Cara masak:
Masukkan santan dalam periuk, masukkan bahan yg dah ditumbuk.
Dah mendidih, masuk garam, pucuk paku dan kulat sisir.
Masak sampai pucuk paku lembut, dah mendidih angkat dan hidang.


Thursday, March 24, 2011

Ayam Masala My Style

Assalammualaikum...

Asal ari Khamis je, resepi...Asal resepi je, ari Khamis...Nape? Sebab Khamis mlm Jumaat ye? Ahahaha...Sengal..!

Tak kesahlaa..Acik mmg dah tetapkan sebenarnya, nk letak resepi ari Khamis je..Sebab resepi Acik ni InsyaAllah yg senang2 je kot. Sesape nk masak cepat2, supaya bleh dinner cepat2, supaya bleh tido dan dotdotdot malam Jumaat, bleh laa kot nk cuba2..Ahahaha...Sengal lagi..Apsal arini sengal sgt nih??Hahaha..

So, resepi arini adelah: Kari Ayam Masala-My Style...Sedap dan cepat coz tak renyah...Ni kari tau, tak pakai santan.. =)



Bahan2:
Ayam setengah ekor - potong sederhana besar
2 inci halia - potong nipis, halus2
5 ulas bawang putih - potong nipis, halus2
2 sudu besar cili giling
5-6 tangkat daun ketumbar - daun hiris kasar, batang hiris halus: Amek dari atas akar (more fragrant!)
2 sudu air asam jawa
1 biji cili hijau - belah dua
1 bungkus kecil serbuk kari ayam - larutkan dalam 1 1/2(satu setengah)cawan air.
Garam dan gula secukup rasa.


Cara2 dia:

-Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih sampai naik bau.
-Masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak.
-Masukkan bancuhan kari, air asam jawa dan cili hijau.
-Masukkan ayam, gaul sampai mesra dan tutup kuali/periuk. Biarkan dalam 10min, api kecil.
-Masukkan daun ketumbar, garam dan gula. Besarkan api dan gaul sampai pekat likat..
-Siap! =)


Selamat mencuba!




Monday, March 14, 2011

Sweet Sour Ketam Telur Pecah

Salam hari Isnin all!!
Harini bangun dengan mimpi indah sebab malam tadi makan ketam yummy bangat!

 Sorry gamba agak tak meransang nafsu makan sebab amek pakai hp pink.. =)

Nak resepi yummy ni? Nah:
1 kilo ketam – belah dua
2 sudu besar cili giling
2 labu bawang besar ditumbuk – Lagi banyak bawang lagi manis!
2 inci halia – tumbuk
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar gula
½ cawan air
1 biji telur
Garam secukup rasa

Cara masak:
-       Tumis bawang, halia sampai naik bau. Masukkan cili giling dan tumis sampai pecah minyak.
-       Masukkan sos tomato, sos tiram dan gula. Masukkan air dan masak sampai pekat dan cukup rasa.
-       Masukkan ketam dan gaul rata.
-       Dengan api sederhana besar, pecahkan telur di seluruh bahagian masakan dan biar seketika.
-       Bila telur dah agak berketul, baru gaul semua sekali dan tutup api.

Sekian, makacehhh!!  =)




Thursday, March 10, 2011

Kung Pao Chicken – My style

Salam,

 Sebelum letak Egg Tofu, gamba ade flash agak menyelerakan....

 Lepas letak Egg Tofu, harap2 gamba takde flash tidak membantutkan selera anda..Hihi~

Seperti yang dijanjikan. Ini dia resepi Kung Pao Chicken Ikut Suka Acik..Haha!
 
Bahan-bahan:
2-3 ketul Dada ayam dihiris nipis
2 sudu besar sos tiram*
2 sudu besar lada sulah*

2 biji cili kering – potong dadu serong
1 labu bawang sederhana besar – potong style Cina, besar2
2 ulas bawang putih – ketuk
½ biji capsicum hijau – potong dadu serong
Segenggam hirisan shitake mushroom kering – rendam sampai kembang dan tos
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar madu
Segenggam roasted cashew nut/ gajus
Gula dan garam secukup rasa
Tauhu telur (egg tofu) yang dah digoreng – jangan garing.

Cara masak:
-       - Ayam diperap dengan bahan (*) selama 10-15 minit. Panaskan minyak masak dan goreng ayam. Bila dah masak (Acik buat agak garing) angkat.
-       - Minyak ayam tadi guna utk tumis cili kering sampai naik bau, pastu masukkan bawang putih dan shitake kembang.
-       - Masukkan capsicum, bawang  besar, minyak bijan, kicap pekat, madu garam dan gula.
-       - Masukkan ayam dan goreng sampai dapat kepekatan yg diingini.
-       - Masukkan gajus dan matikan api. Hidangkan bersama tauhu telur.

Sekian, slamat mencuba!

Anak Jawa Masak Masakan Cina

Salam,

Sebab mata Acik sepet tak bermakna Acik ade keturunan Cina atau yg seangkatan dengannya. Walaupun masa baby dulu ada orang panggil Acik Minah Jepun Tembun..Hahaha~
Ape2pun, Acik tetap anak Jawa…Belacan dan cili api adelah rencah ruji dalam masakan. Tapi, malam semalam lain tau…Acik masak masakan ala2 Cina..Nak tau ape dia? Siakap Stim Halia, Kung Pao Chicken & Century Egg..

 Ikan besar, pengukus kecik - ginilaa gamaknya...

 Kung Pao Chicken sebelum campur Egg Tofu.

 Century Egg - makan dgn Ikan Stim masam2 tu baru rasa lemak2 dia. Dah tak geli dah. Hehe~

Nak resepi? Boleh, ini dia resepi dan cara2 masak ikut style Acik. Macam biasa, sempoi dan asal boleh.. =)


Siakap Stim Halia

Seekor ikan siakap
3 inci halia – hiris memanjang
1 labu bawang besar – potong bulat
4 ulas bawang putih – ketuk
2 biji cili merah – hiris nipis2
2 helai daun bawang – hiris nipis2
3 sudu besar jus limau nipis*
2 sudu besar kicap cair*
1 sudu besar sos tiram*
1 sudu besar minyak masak*
Garam dan gula secukup rasa*



Cara masak, perap ikan dengan bahan2 bertanda (*) selama setengah jam atau lebih. Didihkan air dalam pengukus. Ikan yg dah diperap diletak dalam mangkuk bersama bahan perap, dan semua bahan lain. Masukkan bawang dan halia dalam celah2 badan ikan supaya rasa dia sekata...Bila dah ready, kukus dalam 15 minit. Api perlahan. Pastu ape lagi, angkat dan makanler... =)

Ok, sekian dulu. Resepi Kung Pao Chicken di next entry. Dadida~ 

Thursday, February 10, 2011

Hari ni makan sesajerr!

Hai all~

Dah lunch?

Acik baru je lepas..

Masak saki-baki lauk semalam je..

Tapi nama harusss grand okeh?

Presenting....

Lemon & Herbs Salmon Carrrrbonaaara (Harus Sebut Macam Chef Itali)

Hmm...Nampak sedap kan???

Actually, rasa pun sedap!! Whoaaa...Tak bleh blah!!

Ikut tekak Acik laa..

Nak resepinya yg tak brapa masuk dek akal? Err..Why do I say so? U'll know why as soon as u finish reading all the ingredients. Haha...Yg penting outcome okeh..

Ini adelah resepi berlemak yg memang org Itali sendirik pun tak percaya bleh jadik carbonara..Like I said before, ikut tekak ai.. ;p

So, here it goes- Resepi 2 orang makan:

Sedikit butter utk menumis. Kalau nk yg lebih sihat pakai olive oil. Acik takde.
1 labu bawang sederhana besar - potong dadu.
5-6 ulas bawang putih - potong dadu.
2 sudu besar susu tepung anak anda, dibancuh dgn secawan air (Hihi!) atau secawan fresh milk.
1 sudu kecil mayonis.
1/4 kiub ayam.
1 sliced of cheddar cheese, I used Kraft singles.
2-3 ketul button mushroom, dihiris nipis2.
Salmon tak habis malam tadi (dilecek sikit2 biar berderai isinya).
Potato tak abis malam tadi, (belah dua, buang kulit)
Kulit salmon tu, asingkan, dan hiris nipis2.
2 sudu besar lemon juice.
Dried oregano.
1 sudu kecil tepung jagung yg dibancuh dgn sedikit air.
Salt & pepper secukupnya.

Ok, cara2nya pulak:

-Tumis kulit salmon, bawang besar & bawang putih dlm butter.
-Bawang dah layu, masukkan susu, kiub ayam, mayonis & mushroom. Biarkan mendidih.
-Pastu, masukkan potato, dried oregano, lemon juice & cheese.
-Bila cheese dah cair & mayonis dah tak berketul, masukkan salt & pepper secukupnya.
-Kecilkan api, dan masukkan bancuhan tepung jagung mengikut kepekatan/kelikatan yg anda suka.
-Last skali masuk salmon. Sebab dia dah sedia masak. Masuk kemudian skali pun takpe.
-Siap! Curahkan ke atas spaghetti or fettuccine. Sangat sedap woh!!


Serius sedap dan senang amat! Selamat mencuba!



Masak ape dinner semalam??

Semalam pi Tesco...Nampak salmon block. Hati ni meruap2 teringin nk makan. Teringin sejak last week lagi..Dah pi kedainya pun..Cuma time nk order, malam tu salmon takde..Hadoi...

So, dengan rasa nk makan jugak2, Acik pun beli.. Dan inilah hasilnya..Salmon Platter! Weehooo!!


Err...tak abis kami berdua makan. Japgi nk guna balance salmon tu utk buat Salmon Carbonara laa pulak utk lunch. Hadoi! Kecuq ayaq lioq!! Ohh...itu satu lagi kegilaan...Bulan Januari saja, abis sebungkus spaghetti Acik makan sorang. Hampir sepuluh kali jugaklaa masak utk Acik..Semuanya carbonara..Kegilaan Januari nama dia.. =) Luckily Abang tak suka pasta & spaghetti. Tekak kampung kata dia...Memang Acik kalau masak adelah utk diri sendiri..Heaven! =)


Ni hidangan sampingan malam tadi..

Chinese style fried egg tofu with broccoli & carrot in mushroom stew. Waah...nama tak bleh belah! ;p


Super simple ayam goreng mayonis! Yummeh!!


And..Hot Lemon Tea. Sangat refreshing!!


Dan tayangan ulangan Salmon Platter ala Acik....Hihi..Sesuka je bagi nama..


Nampak tak coleslaw tu? Ada kismis tu yg balancekan rasa masam lemon & mayonis. Memang yummeh! Tapi, kismis bukan sebarang kismis tau. Ni Kismis Minda..Siap dgn doa..Pas makan terang hati..Ahahaha... =)

Nak resepi? Takde apelaa sangat. Salmon tu just Acik letak salt & pepper, pinch of nutmeg powder, pinch of rosemary & pinch of oregano. Pastu perah dgn lemon setengah biji. Potato plak Acik pakai pink potato..Saje nak merasa. Beli 2 bijik je pun. Haa..Inilaa nama dia Resepi Asal Boleh je. Haha~


Resepi Chinese style fried egg tofu with broccoli & carrot in mushroom stew:

Broccoli - Rebus sekejap dan ketepikan
Carrot - Rebus sekejap dan ketepikan

Egg tofu - Goreng biar garing sikit2 kat tepi tu pastu ketepikan.

Dries sliced Shitake Mushroom - rendam sampai kembang.

1/4 kiub ayam Knorr or ape2 jenis.
2 ulas bawang putih - ketuk.
1 sudu besar sos tiram.
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung - bancuh dulu.


Cara-cara dia:

1)Didihkan 1 cawan air dalam kuali.
2)Masukkan kiub ayam, bawang putih, sos tiram dan cendawan.
3)Kacau sampai mesra2 skit pastu masukkan tepung jagung.
4)Kacau lagi sampai likat.
5)Masukkan sayur dan tofu.
6)Siap!


Resepi Ayam Goreng Mayonis.

Ayam sebelah - potong kecik ikut suka.
2-3 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1/2 kiub ayam Knorr atau apa2 brand.
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar mayonis
Secubit garam

Perap ayam dgn smua bahan dalam 1-2 jam. Lagi lama lagi sedap. Pastu blehlaa goreng dgn api sederhana. Hidangan ni sesuai kalau utk masak ekspres & paling sesuai utk yg ada anak x suka pedas. Boleh modified sesuka hati.


InsyaAllah senang nk buat ni..Style Acik smuanya sempoi~


Wednesday, December 8, 2010

Crispy Murtabak



Salam Maal Hijrah!

Petang2 di hari cuti awal tahun begini haruslah ada sesuatu untuk dikudap..

Tiba2 teringat masa amek RVC kat rumah Yantie aritu Mama dia jamu murtabak crispy yg sangat2 yummy-licious! Minggu lepas pi beli barang2nye, ingatkan nk buatlaa masa weekend. Tapi dek kerana tuntutan tugas yg memerlukan ku bekerja di waktu cuti, maka hajat itu tertangguh..

So, semalam petang godek2 fridge, dan trylaa buat bende alah ni. Sedap gak..! Eiman pun laju je makan sampai 5 keping! Ehehehe..Tapi tak gemok macam yg kat rumah Yantie..Nape tahh..? Takpe, ni baru 1st attempt. Nnti bleh buat lagi utk memantopkan lagi bentuk dan rasanya.

Nak try? Boleh, tp klu x sedap jgn marah tau..

=)


Resepi (ikut suka sebab tak tanya pun kat Mama Yantie aritu..Malu!)

-Telur ayam - 4 bijik
-Daging ayam cincang brand Ramly - ikut suka laa nk letak banyak mana
-Daun bawang - potong halus2
-Kulit popia
-Lada sulah, garam secukup rasa


Cara2 dia:

-Gaul daging ayam cincang bersama daun bawang, lada sulah dan garam. Simpan dalam fridge dalam setengah jam.

-Pukul telur, masukkan daging ayam yang dah perap tadi.

-Tuang atas kulit popia dan goreng sampai garing.

-Dah siap, bleh potong supaya senang nak ngap!


=)



Friday, November 19, 2010

Rendang Minang Sempoi


Salam..

Hai..

Acik dengan rendah dirinya nk share resepi sempoi baling2 Acik ni..

Sedap gak rasa dia kalau ikut tekak ai ni..Hehehe..

Nama dia rendang minang aka rendang cili api. Yg Acik wat ni tak bape berapi sangat..Tapi itu ikut memasing laa..Nak pedas, tambah cili api lagi. Fleksibel, sempoi..

Memang sempoi dan tak susah nk buat.



Resepi (utk 2 ekor ayam):

Ayam - potong kecik2, basuh
Santan
Serai 3 batang, ketuk
Asam keping, 7-8 keping
Serbuk kunyit, garam, gula secukupnya

A : Blend
Bawang besar - 7 labu
Bawang putih - 2 labu

B: Semua potong nipis2 dan blend.
Serai - 15 batang
Lengkuas - 5-6 ketul
Halia - 5cm pjg, lebar 2 jari
Kunyit hidup - sebesar ibu jari
Cili api - segenggam (kalau nak pedas, buat smua cili api)
Cili padi - 2 genggam


Ok, itu je..

Cara2 dia:
1) Panaskan minyak, masuk bahan blend A. Masak sampai naik bau.
2) Masuk bahan blend B. Masak sampai agak kering.
3) Masuk ayam.
4) Masuk santan, serbuk kunyit sket, asam keping, garam, gula sket. Biarkan sampai agak kering.
5) Masuk serai ketuk.
6) Gaul2, siap!


Haaa...sempoi kan???

Nak cuba?


Woop! Tak kenal cili padi & cili api? Ni beza dia. Tapi setengah org panggilannya lain kan? Untuk masakan ni, seelok2nya pilihlaa cili2 yg kaler dia hijau. Baru kena tema..Hehe..




Thursday, November 11, 2010

Home Made Nugget Ayam

Salam,

Suka tak makan nugget? Acik suka...Lately perasan Eiman pun suka.

Pastu ade terpikir, nugget yg beli frozen kat kedai tu, kandungan lemaknya mesti tinggi kan? Dgn MSG dan pengawet2 smua..Bukanla Acik ni nak pangkah terus. Tapi semalam tetiba terpikir benda ni dan teringin nak buat sendiri pulak.

Dah post kat belog ni, of courselaa menjadi kan?? Ini pujian utk diri sendiri kah? Haha!

Hmm, kalau beli ayam sekor kat kedai, Acik akan suh org kedai tu potong siap2 kecik. Half buat potong tomyam (kecik2), half lagi buat potong 6. So, ada potongan sederhana besar, ada potongan kecik laa. Biasa sekor utk kami 3 beranak ni tahan seminggu lebih. Kami kureng sket ayam, banyak masak ikan sebab tukang masaknyer faveret ialah ikan..Hehe..

Bila sebut pasal ayam, ada part yg kita favor, ada yg kita kureng kan? Cam Acik satu family, part tulang & kaki(drumstick & thigh) memang feveret. Part dada selalu tak abis. Kalau masak tu kekadang terbiar je tak bersentuh. So, apa Acik buat ialah, lepas cuci ayam, asingkan siap2 part dada ni. Bila dah asing, potong nipis2, dan simpan. Nnti bleh je nk buat ayam kunyit ke, masuk dlm mee ke, atau yg terbaru Acik buat semalam, NUGGET!!

Nak tau camne? Sempoi je...Serius senang. Acik pun main hantam saja resepi..Ikut ape yg agak2 rasa dia..Mlm kang cubalaa buat kalau tak caye..

Bahan-bahan dan cara masaknye:

50g dada ayam - hiris agak2 besar nugget KFC tu. Kering, jangan berair. Letak dalam mangkuk.
1 biji telur ayam - pukul, letak tepi.
1 sudu besar lada putih - masuk dalam mangkuk ayam.
sedikit garam - masuk dalam mangkuk ayam.
3 sudu besar tepung gandum.

Gaul ayam dengan lada putih & garam. Perap kejap dlm 10 min.

Masukkan tepung gandum dalam mangkuk ayam. Gaul2 bagi rata smua.

Panaskan minyak dalam kuali.

Celup ayam sekeping-sekeping dalam telur, pastu goreng dalam minyak panas.

Hidangkan panas2 dengan cili sos. Mavelessss!!!

So, inilah rupanyaa Home Made Nugget Ayam itu:



Tak percaya? Cubalah sendiri!! - Dialog Garnier ni!

Pastu lepas buat ni kekonon nak suap kat Eiman, sekali..

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-



Dia tidur lah pulak....





Sekian, selamat mencuba!


Sunday, October 31, 2010

Balik Kampung

Salam,

Cuti hujung minggu semalam, kami 3 beranak balik Jengka.

Lama betul tak balik jumpa Emak.

Keadaan Emak macam tu jugaklaa nampaknye. Takde berubah. Maybe sebab duk kat kampung, takde laa sesapa nk angkut bawak pi buat physiotherapy kan..Susah jugak kalau ada adik beradik ramai tapi semuanya berkira ni. Yelaa, sorang2 pun bkn org senang. So, nk bawak Emak ke Temerloh seminggu sekali buat physio tu agak berkiralaa mereka. Takleh nk kata apa, mereka yg jaga. Kang cakap banyak2 kang, kita yg kena balik. Yela, bukan kita yg jaga Emak hari2 kan..

Hmm...dahlaa..takmo cerita yg tak best tu dah. Sepanjang 2 malam kat Jengka ni, kami cuba sedaya upaya nk happy kan Emak. Alhamdulillah, Emak sangat ceria. Dengan kerenah Eiman lagi..Memang tersengihlaa Emak tu sokmo.

Dinner malam minggu, sambil nonton final Piala Malaysia tersangatlaa perghhhhh ok..Ikan Talapia Bakar Tempoyak...Perghhhh...Nama lauk pun dah nyum nyum kan?? Memula nk buat ikan patin, tapi tak jadi. So, kami bakat ikan talapia aje. tapi dap gak..! Nak resepi? Cekidaut:

Ikan Talapia Bakar Tempoyak
(Ape2 ikan sungai pun sedap: Patin, Kelah, Keli)

Ni resepi utk 2 ekor ikan talapia saiz besar.

Bawang besar - 2 labu: tumbuk 3/4 lumat
Cili api - segenggam, nak lagi pedas tambah lagi: tumbuk 3/4 lumat
Kunyit hidup - 1/2 ibu jari: tumbuk 3/4 lumat
Daun kunyit muda - 2 helai racik halus, 2 helai untuk lapis masa bakar.
Petai - 5 papan (sebiji dibelah 2)
Tempoyak - 2 senduk besar
Garam, gula, serbuk perasa
Daun pisang untuk balut. Kalau kat bandar tu, guna aluminium foil pun boleh.

Cara2nya:
1- Gaul semua bahan, kecuali daun kuit dan daun pisang yg untuk balut tu la..
2- Bentang daun pisang
3- Letak selai daun kunyit atas daun pisang (sebelah atas je daun pisang je, belah bawah utk balut)
4- Letak pes bahan yg digaul sesudu dua kat atas daun kunyit
5- Letak ikan atas pes tadi
6- Letak lagi sesudu dua pes atas ikan tadi
6- Letak daun kunyit lagi selai
7- Balut daun pisang yg bahagian bawah ke atas
8- Bakar!


Ikan masa tgh bakar. =)


Inilah rupanya... =)


Makan panas2 dengan nasik putih je pun dah cukup...Perghhhhh!!!

GOLLLL!!!!!!!!!!!



Eh, Eiman nk gi mana tu?

Friday, September 3, 2010

Projek Memarbeleskan Skill Masak Memasak

Salam all,

Malas nk buat title 'Menu berbuka puasa' sebenarnya...Dah byk sgt org buat. Haha..

So, semalam 2hb Sept 2010 (Fuyohhh, siap bg date tuh!) Acik telah menggigihkan diri masak yang tak berapa nak simple utk Abang & my bro yg baru balik. Kami bukak posa kat rumah Acik coz our parents pi bukak posa kat luar (tak ajak pon!). Haha..

Memula tatau nak masak ape, pi ofis semalam satu ari blogwalking carik ilham. Banyak gak dpt ilham, tapi either susah nak buat, takde resepi atau tak berani tanggung risiko sebab x penah buat/makan resepi yg pelik2 tu..Huhuhu..

Sudahnya, tanya Abang dia nak makan apa? Abang jawab masak macam yg kita order kat kedai slalu..Hmm???

So, menunya adelah:

Nasik putih
Siakap stim asam limau (asam boi tadak!)
Telur bistik ayam
Buttermilk brokoli with mushroom & chicken
Onion ring (segera je weh!!Perlu ke letak kat sini??)
Ribena longan (cilok Ribena Eiman!)
Pastu adelaa murtabak beli seketui.. ;p

So, silaa laa menjamu mata. Resepi ilek..Tapi kalau nk bleh arr tanya Acik..Err..ade ke org nk tanya..? Yg pasti very the senang buat dia. Acik balik keje pkl 530, singsing baju..pukul 7 siap smua..


Ikan siakap stim asam limau - Ikan Acik beli kat Tesco, RM4.19 sen sekor! Murah kan? Kesian ikan ni menjerumuskan diri dalam mangkuk ayun nan tecik..Ate, takkan Acik nk kuarkan my precious pyrex semata2 utk ikan ini?? Pastu diratah2 sampai tinggal tulang pun..Eh, apekah?? ;p



Telur bistik ayam - Acik menjerumuskan diri ke kancah telur bistik ayam ni dek kerana kesukaran mendapatkan bekalan bistik ayam yang memuaskan hati di kedai makan..Semua kedekut, teloq sebijik je gamaknya, ayam cincang2 je, pastu bawang & mix vege ja lebih..Lepas dah buat kat rumah, terus kami tak order kat kedai dah... Masak sendiri lagi puas hati..



Buttermilk brokoli with mushroom & chicken - Nama yang baru kucipta semasa menaip entry ni tadi..Resepi pun sonang..Takdo bawang apo bagai..Ni pun sedap gak. Lenkali bleh guna resepi gravy ni utk buat gravy mash potato plak laa.. ;p



Onion ring segera beli kat Giant semalam. Sodap sangat. Acik plak goreng sket je, ingat tak laku. Skali smua anak beranak berebut daa...


O..Ooo...Gambo Ribena longan lupa plaks nak snap. Sebabnya, siap bancuh je, terus azan berkumandang. Mana lagi penting? Amek kamera hp pink ke, amek tamar masuk mulut? Haa, jawab2...Udahnya..lepas tamar smua pun lupa..Ngapp terus..!

Sekian saja untuk sepagian ini...Sampai jumpa lagi..Dadida~






Lepas makan Acik tanya diorang, Amacam??Ade macam kedaikah? Alhamdulilah...smua pun kata sedap..Kombang den sebesen..Mangkuk tecik sangat lahaii... ;p