Followers

Showing posts with label Celoteh Acik. Show all posts
Showing posts with label Celoteh Acik. Show all posts

Thursday, April 21, 2011

Tumis Lemak Jering Semai aka Sambal Jering

Salam,

Sejak Abang jadi boifren Acik 10 tahun lepas (yep, we started dating on 2001), sambal jering adalah menu feveret Acik tiap2 kali gi rumah Abang di Jengka. Sebelum tu, jering pun tak penah makan. Dah dapat sambal jering ni, memang trus jadi makanan feveret lah. Tapi jering ni bukan jering biasa tau. Ni jering semai. Jering biasa tu, Acik tak penah makan seumur hidup. Jering semai ni, ialah jering tua yg disemai dalam pasir. Rasa dia lemak2 gitu. Bau dia, biasalah... =)

Kalau bab2 buah berbau ni, Acik memang hantu lah. Tapi ada jenis2nya. Petai muda & tua, mentah sahaja. Petai Jeruk no-no-no...Jering plak, jering semai sahaja. Yg mentah tak reti makan. Kerdas plak, a big NO-NO. Dah try, tapi yekkkkk...Bergass...Tak sedap..Tak reti Acik makan..Hehehe...

Inilaa rupa nya Jering Semai


Dah basuh, hiris2 camni - pict Googled


Ok, berbalik kepada resepi hari ni, ini resepi turun-temurun keluarga Abang tau..



Tumis Lemak Jering Semai aka Sambal Jering

1 piring jering semai (dalam 10 biji) - hiris nipis2
1 genggam cili kering - rebus, buang biji & blend bersama satu labu bawang merah
1 genggam ikan bilis - belah dua, buang tulang & isi perut
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air

Cara masak pulak:

Panaskan minyak.
Tumis cili blend sampai naik bau dan pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan jering yg dah dihiris.
Dengan api perlahan, masukkan air. Masak sampai mendidih.
Masukkan santan dan kacau sampai pekat dan sampai jering lembut.
Sedia utk dihidang bersama nasi panasss...



Sebelum makan dgn nasik, amek sikit buat ratah..Hehehe..Tak sabar!

Ketagih wa cakap lu....Uols camne? Penah rasa x?

Tuesday, April 19, 2011

Anak Baru!

Salam,

Dolly beranak lagi..

Masa bila tah dia buat anak...Ooohh, ni mesti masa terlepas kat rumah my parents 3 bulan lepas...Bawak balik rumah je rupanya dia dah berisi...Adoi...

Anak Dolly ni sejibik sejibab rupa Dolly..Kalau Gucci dulu rupa bapak dia. Yg ini memang klon Dolly laa..Jantina tatau lagi. Tak reti tengok..Tp Abang kata macam jantan..Hmmm...Meh tgk gamba..









Ni pulak video faveret Eiman. Sejak buat video ni, Acik kena charge hp pink setiap hari...Video dia yg mesti pasang tiap2 malam b4 tido..Yg bestnya, suara Mama dalam video, tapi dia tetap jawab bila ada soalan.. =)




Anak2 uols suka kucing tak??


Thursday, April 14, 2011

Jalan-jalan Cari Durian~

Salam,

Entri hari ini masih lagi pasal perjalanan kami dari Pahang ke Shah Alam. Tak abes2 lagi... ;p

Seperti yg Acik cakap semalam, kami ikut jalan dalam sebab nk cari durian. Ingatkan dah nak Magrib masa tu dah tak bleh nk jumpa dah, sebab banyak gerai yg kami passed by dah tutup. Alhamdulillah JUMPA! Tokei kedai ni seorang wanita gigih! Akak apa-tah-nama-lupa-nk-tanya ni, sangat ceria, ramah dan arif sgt pasal durian. Tengok buah dah tau mana yg isi tebal, mana yg manis, pahit, lemak dan semuanyalaaa..Diskaun dia bagi pun gila2..Kami pun jadi gila..

Eiman tido mula2 tu, kami pun makan tak igt dunia...Sedar2 anak tengah menangis dlm kereta..Adoi..Apa punya Mama laa.. ;p

Bila Eiman dah bangun, lagi rancak laa kami makan. Eiman pun makan secubit pastu buat muka pelik. Risau jugak kenapalaa anak kami ni tak ikut jadi hantu durian macam kami? Hahaha..Takpe, slow2...Dah besar nnti dia suka laa.. =)

Masa sembang2 dgn akak tu, tah macammana kuar citer pasal ajal maut...Huhuhu..Yg sedihnya, akak tu penah kehilangan seorang drpd 9 anak dia di depan gerai durian tu. Kejadian tu berlaku 7 tahun lepas. Arwah anak dia (9thn masa tu) dgn seorang lagi (yg selamat) nak lintas jalan. Dek kerana ada pelanggan masa tu, akak ni suruh anak dia tunggu kejap supaya dia bleh lintaskan mereka kemudian. Anak2 dia tunggu laa tepi jalan, berdekatan dgn emak diorang ni. Tah macammana ada lori eksiden dan terbabas, pastu terpelanting kena anak2 akak ni. Sorang selamat, seorang tak. Sedih kan? Tapi akak tu kata dia dah lama redha dah dgn pemergian anak dia tu. Pastu siap pesan kat kitorang suh beranak banyak2...Huhuhu.. =)

Pas dah puas makan, kami beli lagi 4 biji D24 utk my parents. =)

Makan tak ingat anak..Huahuahua

Akak manis tokei kedai

Eiman dah bangun, terus bagi makan durian!

Acik penah gi mandi dgn gajah kat sini..Masa pregnant Eiman.. =)

Ooo..gerai ni dekat Mempateh..area Mentakab.


Acik suka durian pahit. Lagi pahit lagi sedap...Yg manis2 Acik tak suka. Durian kampung pun tak berapa suka. Durian Siam lagilaa tak suka..Hehe..Uols suka durian tak? Suka yg cammana? =)



Wednesday, April 13, 2011

Pasar Malam Paya Pulai

Salam,
Balik dari Jengka, Abang ajak Acik ikut jalan dalam. Kami bertolak pas Asar, pukul 4.45 camtu. Abang tanak ikut LPT sebab nak jimat duit cari durian katanya.. Acik follow je. Kami ikut jalan dari Kampung Awah-Paya Pulai-Temerloh-Mentakab-Lanchang-Karak dan terus laa tembus jalan Karak ke KL. Memang best sekali-sekala ikut jalan kampung ni. Walaupun banyak lori (takdelaa banyak sangat tapi banyak jugaklaa berbanding jalan biasa), tapi perjalanan kami relax je. Keadaan jalan pun walaupun agak bertampal sana-sini tapi Acik rasa cepat pulak sampai ke Karak dibandingkan ikut LPT. Rupanya Abang cakap, memang jaraknya lagi dekat pun, LPT tu dia potong Felda, agak jauhlaa.

Sampai Paya Pulai, Abang berhenti beli SATA kegemaran Acik. Dari belum kawen lagi Acik suka makan sata kat sini. Satu je tempat dia pun, pastu slalu cepat abes. Time kami beli tu pun las kopek. Tinggal 3 cucuk je. Pastu akak tu siap bagi diskaun & tambah sebungkus laksa free. =) Sata akak ni tak macam kat pasar malam Bandar Pusat (Jengka). Kat sana banyak kelapa. Yg akak ni punya banyak ikan...Tapi apa2 pun, sata Tg Lumpur (Kuantan) laa yg terbaekkk.

Sata simpan dalam bonet sebab nak bawak makan kat umah my parents. Start keta balik dan dalam 10min pastu ada pulak pasar malam....Haishhh...Acik & Abang memang suka sgt pasar2 malam kat kampung2. Banyak benda makanan pelik2 yg ada. Pelik bukanlaa yg tak baik. Maksudnya, yg jarang2 jumpa kat bandar.

Hasil pasar malam ini: JERING SEMAI!, KULAT SISIR!, PUCUK PAKU!, dan kacang rebusss... =)

Sata~

Kulat sisir



Jering Semai


Uols suka pi pasar malam x?


Tuesday, April 12, 2011

Buah Apo?

Pandai pulak dak tomot ni  pose. Berpeluh2!!

Rentetan dari entry pagi tadi, uols dah tau ke apa benda yg Eiman tunjuk tu?

Cerita dia gini, lepas Abang kait petai, Makcik Acik tanya, "Along kenal tak ni?". Dia tunjuk sejenis buah yg Acik tak penah nampak tapi pernah makan tapi taktau nama...Berapa banyak tapi daa~ Rupa2nya itu buah So (Bahasa Jawa). BM Acik tatau..Hehe..

Buah ni kalau dah dibuat emping, namanya bertukar jadi Emping Melinjau...Haaa..Ramai yg kenal dah kan bila Acik mention Emping Melinjau kan??? Hehe.. Tapi ini yg raw, petik dari pokok. 

Buahnya cara makan ialah kita kena rebus dulu, pastu baru makan. Rasa dia lemak2 pahit gitu..Memang khayal kalau makan sambil tengok tv. Sebabnya, nk dapat isi dia tu susah..Pas rebus, kulit luar akan jadi lembut. Kita kena buang kulit luar (gesel je dgn jari dah tanggal) pastu tokak (gigit) tempurung dia, pastu baru nampak isi dia..Nak cungkil isi dia plak kena ada special skill, iaitu GIGI. Dah dapat isi baru kunyah2..Haaa...Mana tak ralit time makan...Bentuk dia macam kacang pun ada. 

Jom tengok gamba lagi.. =)

Emping Melinjau/ Melinjo
Raw

Buah So - selepas direbus

Buang kulit nampak tempurung

Geget tempurung dapatlaa isi dia

Uols penah makan tak buah ni?


Petai MooMooooo


Salam all,

Sabtu lepas Acik balik Pahang hantar Emak balik rumah abang ipar Acik. Kami bertolak pagi Sabtu dan sampai ke Shah Alam semula dalam pukul 830pm. Pas antar Emak di Bdr Pusat, kami singgah ke jengka 20 melawat Makcik Acik (belah ayah). Suami dia tengah sakit buah pinggang, dah dua kali nak melawat sebelum ni tapi takde orang di rumah. Mereka gi berubat merata. Nasib kali ni ada kat rumah.

Sampai rumah Makcik, kami dijamu dulu dengan nasi (style org Jawa-mesti jamu nasi kalau sedara-mara datang). Lauk pulak masak lemak udang dengan daun kunyit, ulam pulak petai..Perghh..Memang enak bangat!! Abang pulak puji2 petai tu, katanya fresh laa, sedap laa...Sekali Makcik Acik cakap, "cuba tengok kat pokok belakang tu Din, kalau ada rezeki kamu, kaitlaa". Abang like, whatt??? Petai belakang rumah?? Ni yg best duk kampung ni..Hehehe..Daripada Abang nk berehat sebelum balik Shah Alam, terus dia pi belakang rumah capai galah...Dah rezeki kami kot, dapatlaa dalam 5 tangkai. Bleh bawak balik share dgn my parents skali.

Masa Abang kait petai tu, setiap kali pas kait mesti dia hulur bagi kat Acik. Acik perasan, tiap2 kali Acik nak amek dari hujung galah tu, ada lembu orang belakang rumah Makcik Acik akan bunyi..Mooo..Moooo.... Yg lawaknya, Eiman - sampailaa ke hari ni akan panggil petai tu MooMoo...Dia ingat lembu kot...Haha!

Tukang kait dgn tuan rumah..

Tiap2 kali Abang hulur petai, ada bunyi lembu...Tu yg Eiman panggil petai ni Moo-moo.. =)

Hasil
My Makcik - Lek Ros. Tq Lek Ros sebab bagi kami macam2.. =)

Suka sangat dak tomot ni masuk kampung. =)
Dak tomot!


Perjalanan kami memang seharian je, tapi ceritanya seminggu tak abes..Nanti Acik cerita lagi ye.. Sebelum tu, uols kenal tak apa ni?


Image Google



Daa~



Thursday, April 7, 2011

Berjualan lagi dan jumpa Cik Seroja!

Salam all,

Hari ni baru berkesempatan nak update kisah Acik berjualan di Puspanita Kementerian Tutt! punya AGM. Acik sewa meja, share dgn ada sorang akak ni. Dia jual kain baju tapi. =)

Sebelum tu, Acik ada mintak Kak Lynn Nasir poskan cloth pad, nak tolonglaa dia jual. Tapi parcel dia Acik tak dapat2 sampai laa ari Rabu petang. Event tu Khamis minggu lepas, pagi2 dah pegi. So, tak dapatlaa Zareen tolong akak. Sorry ye. Akak jgn risau, hujung bulan Mei ada lagi Puspanita punya event. Kali ni lagiiii besar. Gabung smua satu Malaysia. Zareen dah bagi nama utk sewa tapak jualan. Hopefully dapat laa.. =)

Area Acik berjualan tu dekat sgt2 dgn ofis Cik Seroja aka Cik Taten, my bestfwen masa kat UPM. Sempatlaa sarapan dgn dia, gosip2 itu ini... Org tu tgh bz buat psiapan kawen..Yg sedihnya, pas kawen nnti kami maybe akan berjauhan...Huuuu...Aok, I'm starting to miss u already.. =(

Oklaa, jom tengok gamba!

Cik Seroja

Suka sgt buat pose cenggini!

Bakal pengantin

Meja Acik. =)

Penerangan ttg CD - Acik sediakan dlm 150pcs.

Ni yg Acik bawak utk jual - dlm 55pcs je.

Order dr Sanisah KPKT. Thanks dear!

Order dr Kay. Thanks!

Ni kawan Abang order. Abang pun reseller CD kat tmpt keje dia gak. =)

Order En Shahman. Tq!

Order dari Pn Seri. Thanks!

Upah Mama utk Eiman.. Hehe.. =)

Jualan pada hari tu amatlah memberangsangkan. Dari byk2 yg Acik bawak, ada tinggal less than 10pcs je balance. Alhamdulilllah. Memang penat. Tapi best. Suka sgt sebab dah makin ramai ibu2 yg tau pasal CD dan kebaikannya. Yg taktau plak, ramai yg bg respon positif. Ada yg terus beli bila kita dah terangkan kebaikan. Ada yg ragu2, dan ada yg tak jadi bayar walaupun kita dah letak dlm plastik semata2 sebab taknak basuh taik. Before that, dia tak dengar lagi penerangan on how to handle CD bila baby poop. So, dia main mintak je dua keping, and by the time kita hulur beg plastik, dia cakap "Tak jadilah, susah nak basuh bila baby berak."...Haihhh..Orang, macam2 hal.... =)