Followers

Wednesday, June 30, 2010

FAMILY PHOTOSHOOT FREE!! WEEEEEE!!!!!!!!!!

Salam,

Ingat tak Acik penah mention Acik menang Grand Prize dari My Baby World Give Away?
Sabtu lepas (26/06/10) Acik, Abang, Eiman, Atok & Tok Mama telah gigih pi Putrajaya untuk sesi photoshoot yang dah diatur oleh Nina (owner My Baby World) dan Rizal (photographer, which also adik Nina). So, here's some sneak peek on the photoshoot. Sikit je. Takleh lebih2.. Nanti tak surprise tau!




Ni amek dari blog Nina.


Ni dah nak habis dah..

Kami casual saja..Taknak pakai lebih2..Try to make it as simple as we could.

Hmm...Best sangat rasa..Memang rezeki Eiman nak menang hadiah best camni.. Alhamdulillah. To Nina & Family : Thanks A Lot!!

Sekian, dadida!

Thursday, June 24, 2010

SORRY...

Salam All,

Acik mintak maaf banyak2..

Sesungguhnya terlampau banyak aktiviti bulan Jun ni sampai tak ter post kat blog..

Everything pun caca marba, draft sgt bersepah..

Apa2 pun, will try to clear it all b4 end of June..

Dan semuanya akan jadik backdated entry laa..

Ok, harap tak lupa Acik.. Dadida!!

-hugs & kisses-

Sunday, June 20, 2010

GYMBOREE??

Salam,

Acik sebenarnya dah lama dah survey pasal Gymboree class, tapi online laa. Gymboree ni philosophy dia ialah kanak2 akan belajar dgn cepat apabila dia dapat explore secara aktif dalam persekitaran yang seronok, dengan support daripada ibu bapa/ orang yang diorang paling percaya dalam hidup. Ada Acik bace Gymboree yang untuk play & learn, dan ada yang play saja (learning dia tak bape clear)...

Basically, tujuan nak anta Eiman ke Gymboree ni bukanlah semata2 nak dia masuk skolah awal. Tapi more to develop his social skills, and nak encourage development dia through play and music. Kat rumah memanglah banyak permainan, tapi kalau kat Gymboree ni lagilaa banyak, ada kawan2, orang baru...pastu fungsi permainan dia terfokus dan setiap satu direka untuk fasa2 perkembangan baby. Plan awal memang nak anta Eiman. Stakat ni yang tau ada 3 tempat. Kitorang ingat nak survey laa apa yg boleh.


Kat One Utama - KizSports


Kat BSC - Jungle Gym


Kat Tropicana & BSC - Gymboree Play & Music

Petang Ahad semalam kitorang head to Tropicana City Mall kat Damansara. Tujuan ada 2, first tak penah gi & nak tengok apa yg best kat situ..and secondly is to do some research on Gymboree class for our dear Sohayl Eiman. Isk..cakap omputih laa pulok..


Ni dari luar. Kids are having birthday party masa ni. Tu yang ada balloons smua.


Ni kaunter dia. Trainer dia lawa2 smua. Lembut je..


Ni playgym dia



Tempat ni tak bahaya la. Sesuai utk baby.

Trainer tu kata Eiman sesuai untuk :Gymboree Play & Learn 2 (6-10 months). Kat kelas tu Eiman will learn about cause and effect. Pastu belajar to build strength through play with ramps, slides and climbers. Parents discussion time pun ada. Untuk sesi ni, masa around 45 minutes. Harga dia kalau x silap RM48 per session, with one trainer. kalau nak tau info lagi bleh bace kat sini ye. =)

Still, we have yet to discuss on which place should we send our dearest Eiman. Baru survey satu. Ikutkan hati, dah ada tempat sebenarnya nak anta dia. Alimkids Playgroup. Penah dengar tak? Kalu tak penah, baca kat sini. Tempat ni sesuai bukan saja as a Playgroup, tapi jugak perkembangan rohaniah sejak dari kecik..CUMA....Eiman kecik sangat!! Dia start from 2-4 years old. Huhuhu... Tunggu lah.. Ape2 pun Alimkids tetap di hati. Bila tah nak buka cawangan kat Shah Alam?? Huahuahua...




Ada jugak thought yg camni dlm hati Acik: "Kalau nak ikutkan yang betul2 perkembangan nature, takyahlaa anta. Coz biarlah kids learn through natural experience, tak payah hantar mana2. Biar dia learn apa di sekeliling dia..Ala, orang dulu2 pun boleh berjaya, mak ayah diorang takde anta ke Gymboree pun..Ahahaha..Tapi ni nama dia option kan? Life is about option. If u have what it takes, dan desire nak anta..anta je laa.. Kalau tanak, bagi kids main kat playground blakang rumah pun takpe.." Haih...Abih camno??? Hmm..main car dulu laa.. =)


Red car.. too big!


Err..pink car?


OK, Orange is better. =)

Dadida!!


HAPPY FATHER'S DAY PAPA!

Salam,
Entri kali ni khas untuk Abang...





Tak kesahlah apa orang nak kata pasal Father's Day celebration (hari paderi la, itulaa, inilaa), yang penting kami sambut in our own way. Bukan sambut apa pun. Acik beli hadiah kat Abang je.

Abang,
Thank u for everything.

Ma nak imbas balik saat2 Abang bergelar Papa.


Camne laa perjalanan hidup kita pasni kan Abang? Yang penting, Abang ada Ma...Ma ada Abang.

090909 : Abang orang kedua yang Azankan Eiman. Sebab masa Doc bawak Eiman kuar, Papa tengah solat. Tengah doa untuk Mama. Doesn't matter, yang pasti Papa dah jadi Papa tepat jam 1015pm, on 090909..Alhamdulillah.


Sohayl Eiman Bin Sabarudin

100909 - 101109 : Mama dalam pantang. First week Papa tak tido, in fact..semua orang tak tido sebab jaga Eiman. Eiman berjaga malam & suka nangis2. So, Papa banyak jaga Eiman. Dalam first week tu jugak ada 3-4 kali Papa mop & basuh kitchen rumah Tok Mama sebab Mama terkucil di tengah jalan. Mama had a very bad experience dengan urine tube (dont ask). So, minggu pertama tu proses buang air kecik tu memang seksa. Dengan tak lawasnya, takleh control nya..Nasib baik ada Papa. Thank u, Papa. Masa dalam pantang ni jugaklaa Papa dah cipta banyak lagu dodoi untuk Eiman. Papa ingat tak? Yang pasti, kita tak penah berenggang walau sehari pun dengan Eiman during night time. Thank u, Papa.


Kenangan masa tengah pantang. Papa sampai tertido jaga Eiman tengah2 malam.


Year 2010: Kita start pindah balik ke rumah sendiri. Bermula laa our parenthood journey. Diary dia lebih kurang sama tiap2 hari -

Pagi: Papa angkut barang2 Eiman, barang2 Mama masuk keta. Ada lebih kurang 6 bags loaded with various things like cooler bags, diaper bags, laptop, Mama's handbag, Papa's work-bag...


Macam2 Papa angkut

Petang: Lepas amek Eiman, Papa amek CD kotor Eiman, basuh & letak dalam baldi. Papa tengok dirty laundry, kalau dah banyak Papa basuh & jemur (cos Mama tak sampai, tinggi).

Malam: Lepas dinner, Papa cuci pinggan, cuci botol susu Eiman, Ebm bottles & sterilize them all.

Awal pagi: Tiap2 kali Eiman jaga, Papa yang tolong dodoi balik. Papa suh Mama rehat. Papa slalu kata, "Ma doalaa bagi Abang sihat selalu. Setakat ni Abang kuat lagi. Kalau Eiman sakit, kita sama2 tengok. Tapi kalau Ma sakit, semua orang susah. Ma jagala diri Ma, rehat banyak2, jangan sampai sakit. Abang sakit, takpe..Tapi jangan Ma yang sakit".. =(



Aduhai, banyak tuu yang Abang buat..Dahtu, Ma buat apa selain dari masak & lipat baju?? Teruk sangat Ma rasa. Ma tau Ma slalu take for granted in everything. Jahat kan Ma? Slalu marah2 Abang tak tentu pasal. Ya Allah, Ma rasa bersalah sangat2 kat Abang. Tapi dalam masa yang sama bersyukur sangat2 sebab dapat suami yang ringan tulang macam Abang. Thank u, Abang. Ma berdoa supaya Abanglah satu2nya suami Ma dunia akhirat, semoga Allah panjangkan usia kita, panjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayat.


Anak manja Papa

Eiman & Papa


Orange SUPER Heroes!


I am proud of these 2 heroes of mine.

Selamat Hari Bapa untuk Papa Eiman, Sabarudin Noh. Abang adalah anugerah terindah dari Allah untuk Ma, dan Eiman adalah anak yang paling beruntung kerana dapat Papa macam Abang. Hanya Allah yang dapat membalas jasa2 Abang kepada kami.

HAPPY FATHER'S DAY, PAPA!!!


Papa bangun tido terus dapat present. =)


Dak tecik plak yg over ok!


Tadaaa!!! Papa suka benda2 hiasan camni.


Dari jauh nampak cam ada pokok atas mini waterfall tu, tapi sebenarnya pasu pokok tu kat blakang waterfall.. =)

Ok, dah abis. Bye.. =)

Sunday, June 13, 2010

BALLOON FAIR @ PAVILLION

Salam,

Mama tak suka balloon..Sebab macam trauma bila meletup. Err, silap..Mama tak suka belon yang kena tiup sendiri pastu ada budak cam Eiman main ramas2 guna kuku..Eeeee...ngeri sangat ok!! Tapi kalau balloon cantek Mama suka..Suka sangat.

Eiman pun gila balloon & bubbles. Dia suka ramas2 balloon guna kuku..Nasib baik tak penah meletop kat Mama. Ayoyo..Tak dapat kubayangkan betapa ngerinya..

Bila maca paper minggu lepas ada Balloon Fair kat Pavillion, kami sangatla bersemangat nak pegi bawak Eiman.So, weekend semalam kami anak beranak pun pi laa Pavillion nak tengok balloon banyak2.

Tapi agak hampa sebab balloon sikit sangat. Tak puas tengok..Huhuhuhu..
Belon2 smua pun menawan hati. Tapi again, tak banyak.. =(

Hmm, tengoklah gambar2 ni..

Harap pasni organizer wat event balloon yg lagi gempak dan banyak. Ini tidak, kuar paper beria tapi hampeh jugak bila datang tengok sikit je sebenarnya..



Mula2 sampai kami naik dulu, pi solat terus. Senang. So, dari atas nampak sangat cantik. Kami sangat berkobar-kobar nak turun..


Turun je trus nampak dua clown ni. Terus beratur nak balloon yang simpul-simpul-jadi-macam-macam tu..Sekali dia cakap, untuk yang ada badge je. Bila tanya how to get the badge, dia kata must spend at least RM200 at any store in Pavillion or RM50 at any store kat area Balloon Fair tuh...Du'uhh!! Hampeh! Eiman x meroyan pun nak balloon simpul-simpul tu. Nasib baik.. Tapi kalau dia meroyan pun, Mama tetap tak layan ye sayang!


Instead, we went around, amek gamba here and there.


Comel je Mickey & Minnie ni..Nak tangkap bawak balik rumah, takut membiak plak tikus. Tinggal je laa kat sini. Oh ye, Mickey kat blakang, dia tengah amek gamba dgn org lain. Haha.


Mickey main cak-cak dengan Eiman. Tak dapat nak amek gamba betul2..Btw, Minnie hadiahkan Eiman present kat bawah tu. Tapi Eiman malu nak amek.


Then jumpa Froggie yang belum matang nak jadik prince lagi. Senyum simpul dia nampak kami datang.


Balloon ni Eiman takleh naik. Tak cukup berat badan. Next time ye, sayang..


Ultraman Cosmos!! Eh, Taro..Eh, Ace..Eh, ape2 ajelah. Dia bukan balloon. Dia Ultraman!


Mama beli balloon kat booth Memory Lane utk Eiman. RM5, amek ko..! Takpelah, asal Eiman dapat balloon kan. What's the point pegi Balloon Fair tapi takde balloon, kan?


Bye2 all.. Eiman nak balik dah..


Sekian. Laporan hampa. Bye!

Saturday, June 12, 2010

BOTAK ITU SEKSI

Salam,

Kami dah botakkan Eiman dengan jayanya tengahari tadi..
Memang lama dah nak botakkan dia.Tapi dok risau dia tu kecik lagi..
Last2 masa Papa Eiman nak potong rambut, kami decide nak botakkan Eiman skali.

Kat Shah Alam ni agak susah laa nak cari Malay barber, not being racist ke ape, tapi rasanya nak laa kalau dibotakkan pun si Eiman itu, biarlah dari tangan saudara seagama. Sejak tahun lepas sebanarnya Papa dapat satu Malay barber shop ni kat Sect 17, Shah Alam. Ore Klate..Kedai dia kecik je. Lepas dah try beberapa kali, Papa kata dia takde masalah nak botakkan anak dia kat situ.

So, lepas lunch tadi kami pun pegilaa ke barber shop tu. Memang harap2 sangat tengahari buta tak ramai orang..Sebab selalunya pegi petang memang penuh. Betul jangkaan kami. Memang tak ramai. Eiman turn yang ketiga.

Kami pakaikan Eiman dengan DD sebab taknak CD dia kotor kena rambut2 halus. Kang susah lak nak basuh..Barber tu suh bogel kan Eiman, tinggal DD je pastu letak atas lap Papa dia.

Proses potong rambut = Zasss!!! In a blink of eyes!

Sekejap gila!! X puas Mama nak rakam.

Alhamdulillah, Eiman behaves very well. Takde banyak karenah, diam je. Agaknya dia pelik tengok orang zass rambut dia kot.. Huhuhu..

Ok, enjoy the pict!



Eiman tengah pikir : Apekah yg akan terjadi kat aku ni?


Wooopp!!Ape pegang2 kepale org nih??


Lantaklah..Ku berserah...


Tada!! Macho x saye? Mase ni Eiman suka senyum kontrol tutup mulut. Payah tul nak suh dia senyum lebar cam Mama dia..


Senyumlaa sket utk Mama...

Sekian utk hari ini. Makaseh... =)

Thursday, June 10, 2010

I-City

Salam,
Ini adalah entri Acik mengikut2 blogger lain..Hahaha! Ala, Acik tengok ramai je blogger yg buat entri I-City, Acik pun naklaa create satu gaks..Buleh?

I-City ni sebenarnya dekat sesangat dgn rumah Acik. Slalu gaklaa pegi. asal ada relatives datang je, bawak gi sini. Bagus gak ada I-City ni.. Ada gak tempat nak beriadah memalam hari selain uptown..

Skarang ni I-City dah makin maju..Parking dah kena bayar singgit (dulu free je dek non!). Baik gi cepat, taun depan dah seploh hengget plak!!Ececececeh..melawak je..Dengar cerita, blanje bil api I-City ni cecah juta gak tiap2 bulan..Wohoooo..Tak heranlaa kalau masuk 10 hengget pun ye tak? Tapi tak kesahlah, itu smua cerita2 org2 yg taktau apa2..Acik sbg org Shah Alam sejati, sgt sokong I-City ni.. Memang banyak pro nya.. =)

So, enjoy d pict from my camera phone ya!! Almaklumlah, saya bukan penyokong DSLR atau yg segedabak dengannya.. =)


Makhluk pertama kami jumpa - Shahir. Hensem bangat Ustat yang satu ni. Acik minat kat dia. Tapi Acik dah kawen...Huhuhuhu..Dah bergamba baru teringat kalaulaa dia dapat dukung Eiman kan best..Alaa, melepas!


Kakak Siti & Kakak Nuyui pun ikut!


Eiman tak takut..


Buah berlampu..Eh, lampu berbuah..ape2lah..


Landscape ape tah.. =)


Yayy!! Jumpa lagi dgn Shahir kecintaanku!! Cepat2 bagi dia dukung Eiman. Tp Eiman buat tak heran je. 3 kali snap smua pun duk pandang lampu. Bukan ke Shahir tu lagi hensem dipandang wahai anakku??


Mama flamingo dengan baby dia..


Papa, Mama, Eiman...


Kakak Nuyui & Kakak Siti...Cuti skolah jalan2 kat KL..


Putih yang cantik..!


Warna-warni


Merah!


Mak Lang Eiman & cuzz Eiman..


Papa dengan adopted panda..


Mama dgn Eiman, yang masih duk pandang lampu..


Sekian, makasih..


p/s: Dek kerana I-City dah makin famous, ada gak 'penghuni' tak diingini menginap kat sana..Ada orang yg (berjaya) snap foto bersama 'penghuni' baru I-City tu...Hmmm...meremang!