Followers

Friday, March 26, 2010

EIMAN KESAYANGAN KAMI

Eiman sekarang kalau gelak, bukan main lagi..Hihihi...



Sohayl Eiman

Wednesday, March 24, 2010

BEAUTIFUL BLOGGER AWARD



Salam All,
Acik dapat award nih - Beautiful Blogger Award.
Kak Lynn yang bagi award ni - Thanks a lot Kak..
Kak Lynn is the first blogger friend I have.
Since Acik baru je dalam dunia blogging ni, agak terkebelakang laa bab2 award ni. Sepatutnya kena panjangkan award ni to 15 friends. Tapi Acik tak buat boleh tak? Sebab, kawan blogger Acik ni x sampai 15 orang pun. Acik banyak bace blog-as silent reader je laa tapi.

Award ni suh Acik list 7 things abut myself. Bolehlaa Acik citer. Sebab belum penah cerita pasal Acik sangat kat blog ni. Hmm..


1. Acik anak sulung perempuan tunggal dalam keluarga. My behavior match almost all of the (anak sulung) character dalam Theory of Behavior by..ermm x ingat boleh??Nanti update. Antaranya, mahu menguasai, suka mengarah, manja, garang, protective...and so on..

2. Acik garangggggg sangat kat luar (tingkahlaku mempertahankan diri), tapi sebenarnya sangat soft dan emo di dalam.

3. Acik tak pandai sangat menunjukkan kasih sayang. Bila Acik sayang, Acik sayang.

4. Tapi Acik sangat pandai menunjukkan emosi.

5. Camne Acik kat luar, camtu laa Acik kat rumah.

6. Suka bersembang tak kira dengan sape pun.

7. Acik open minded orangnya. Sesetengah orang kata open minded tapi sebenarnya sangat tertutup dan sensitif. Try me.



Haa..itulaa hai..sedikit (only a bit!) of me.. My life is full of spices..but it's not spicy though.. And I'm always living my life to the fullest. Syukur kepada Allah kerana sudah bergelar ibu dan isteri pada usia sekarang. Tak sabar nak melalui hari2 mendatang. =)



Adios!!

Monday, March 22, 2010

TIPAH TERTIPU

Salam All,
Pernah tak uol dapat call dari mana2 kampeni/agency/hotel/agent yang promote suh amek voucer or watsoever? Acik selaluuu...Tah kenapa no fon ni cam femes sgt je..

Hari Khamis lepas, Acik dapat call dari Sunway International Vacation Club (SIVC). Laura nama dia. Cakap lembut je, offer Acik voucer pelancongan SIVC. Mula2 Acik tanak, dalam hati dah rasa mesti kena bayar apa2 or beli apa2 ni..Skarang ni, orang nak masuk toilet pun kena bayar! Si Laura ni pulak, cam tau2 je apa dlm kepala Acik ni. Direct je dia cakap, Puan tak payah risau. Ini bukan nak jual atau untuk apa2 agreement. Ini untuk promo Sunway Hotels sahaja. Puan datang Sunway Hotel, dengar penerangan kami for 45mins lepas tu boleh terus ambil voucer dan pulang. Hmm..interesting.

Acik pun sampaikanla kat Abang. Abang kata tak payahlaa, itu cam trick je..Mesti ada something. Acik kata, Sunway Hotel tu dekat. Why don't we just give it a try? Kalau kena bayar ke, ape ke..kita belah je laa..

Dipendekkan cerita, pukul 3.30pm semalam (Ahad, 21 Mac) kami pun naiklaa ke Level 2, Pyramid Tower Hotel, Sunway. Betul2 kat Sunway Pyramid. Tak jumpa Laura. Tapi yang entertain kami ialah Cik Siti. Kata nama Siti, cakap Melayu telonya dah macam Cina. Bila risik2 barula tau ayahnya Filipino, maknye Sabah..Patutlaa...

Huhh...geram ni..Nak pendekkan cerita lagi ni..

Setelah 2 jam mendengar ceramah free dr Cik Siti ni, dia offer SIVC for RM84K!!!!It's for 30 years..ada laa terms and cond dia..Ok, tobat mak tanak nyah!! Acik jeling Abang, Abang jeling Acik balik..Aii...menjeling-menjeling kubertentang..mata kita saling memandang.. Adoyaiii...

Kami memang dah siapkan skrip tangkis-menangkis dari rumah lagi. Cik Siti Mak Enon ni macam tak paham bahasa pulak. Skali kuar pulak ayat kuang ajo dia..

Acik : Takpelah dik, I was told by Ms Laura yang kami tak perlu keluarkan satu sen pun untuk dengar apa2 dari SIVC. So, it's a NO from us. Lagipun, kami memang sengaja tak bawak cash pun hari ni.

Sitikus : Ye ke. Alah Puan Reen, takkan Puan Reen nak lepaskan peluang ni kan? Takkan Abang tak bawak duit kot.

Abang : Saya rasa, kami ada banyak lagi tanggungan selain daripada nak guna untuk vacation. Ye, saya memang tak bawak duit untuk datang ke sini (SIVC). Itu memang disengajakan.

Sitikus : Jadi, Abang tak bawak duit nak isi minyak la? Beli makanan anak? Betul? Anak Abang nanti tak makanla? Tak pergi jalan?

Masa ni Acik tengok Abang dah merah padam dah muka dia. Abang bukan pemarah, tapi dia memang tak suka orang bodoh yang buat2 bodoh tak paham bila orang sekali dah kata TAK NAK. Dahlaa, dok dengar dia membebel sampai 2 jam kan..Panasss je..Lalu, nak tau apa Abang jawab?

Abang : Saya rasa itu hal peribadi saya, awak tak berhak nak masuk campur apa yang ada dalam dompet saya. Duit saya, saya tahu macammana nak guna. Faham?

Begitu berdiplomasi Abang jawab.. Kalau Acik, Acik carut je. Orang takde adab camtu..Bongok betul laa..

Lepas 3 jam, kami pun kuar dengan hati yang lapang...Rasa cam baru kuar penjara pulak..


Opps!! Nak tau pasal voucer yang dijanjikan dalam phone aritu? Well, it's not really a voucer sebenarnya.. Orang bisnes ni, kalau yang tokeynya tu kafir laknat, memang menipu je keje nye.. Dijanjikan voucer, memang betullah tu. tapi dia cabutan antara 4 tempat. Sama ada Sunway Hotel kat Malaysia (KL & Penang), India, or Filipina. Hmm, sebelum cabut tu, Acik dah bet dengan Abang, kitorang mesti dapat India punya.. Guess what?? MEMANG BETULPUN..Voucer tu valid 3 bulan. Pekejadahnya haku nak pegi India dalam masa 3 bulan tu? Hantu punya orang...nak bagi, bagi je laa..Tanak bagi, sudah. Haku pun tak kemaruk hadiah voucer ko tu...

Tp itulah kan...kalau kita tak cuba kita tak tau. Nasib baik hotel tempat kitorang pegi tu sekentut je dari rumah.. Kalau jauh sampai ke KL laa katakan, mau runtuh bangunan tu Acik mengamuk..

Ni pengajaran untuk uols jugak. Acik bersyukur sebab boleh handle benda ni dengan baik, especially dengan adanya Abang.. Memang kami dah bersedia dengan sebarang kemungkinan pun (yang tak best). Kalau betul kami bertuah aritu dapat voucer bagai, maybe itu luck kami. Tapi this one, is PREDICTABLE. So, untuk anda di luar sana, trust your instinct. Tipah dah tertipu, Bedah nak kena tipu gak ke?? Wassalam..


p/s : Sape nak voucer free Hotel Sunway kat India bleh call Acik..3 bulan je valid..

HOT AIR BALLOON FIESTA




Salam All,

Hari Sabtu lepas Acik sekeluarga telah keluar rumah dengan gigihnya tepat jam 7am (pas Subuh ko!) untuk pegi ke Putrajaya sempena dengan 2nd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta. Gigihnya kami kerana Abang pun dah tak tahan Acik dok bebel nak pegi jugak2 bawak Eiman sebab dah dekat 2 bulan Acik mark bulat2 besar kat kalender Acik tarikh ni. Wahh!! Panjangnya ayatku!

Dekat pukul 10 baru kami sampai sebab pi sarapan dulu kat rumah Mama (Aisey, home made nasik lemak-who can resist??). Masa sampai tu parking agak penuhlaa tapi Alhamdulillah cepat je kami dapat port. Tengok2 dari jauh Acik cakap, Bang..Apesal ade 5 je??Bukan ke INTERNATIONAL ada banyakkkk?? Abang cakap, Sabarrr...kita turun dulu ye..Ni dalam keta lagi. Taktau apa lagi kat sana tuu.. Ok2..Acik pun dengan tak sabarnya turun dan jalan laju2..

Dah sampai, sah!! Matematik ku memang masih OK.. Belon2 itu ada LIMA saje.. Hampa sket di situ.. Tp Acik rilek je..Tengok meriah je kat keliling tu..Baik jalan2..haihh...Sebenarnya nak pujuk hati ni..


Kami sampai terus petik sorang mamat ni suh snap 1st pic.


Paraglider..yang pro & ade licence je bleh main ye..Yg takde tu, tengok je..



Eiman cam tak berminat je..

Jom kita jalan2 pulak..Ada banyak je aktiviti lain yang boleh dibuat masa fiesta ni. Antaranya water balloon (macam Biggest Loser Asia last challenge tu), pastu ala2 water balloon tapi kat darat, tricycle, remote airplane, naik helikopter, makan2 stall pun banyak, dan ada 2 section stalls - satu tu ada stalls about adventure activities, satu lagi stalls jual2 baju, permainan, crocs bagai..


Ni laa water balloon-kanak2 je bleh naik.


Rest jap, minum..Blakang Eiman tu ala2 water balloon, tapi kat darat..Tunggang terbalik laa jawabnya..



Kena tolak laa turun bukit..memang muntahla jawabnye kalau Acik naik.



Ni laa tricycle tu..Cam menarik je kan? Smua pun budak2 yang naik. 'Tricycle' Eiman takleh kayuh, kena sorong..


Papa, Eiman penat..Nak dukung!!



Yayy!!Gaya gini baru cun..Bleh usha awek!



Penat berjalan, we all melepak makan. Eiman pun lapar.


Aksi tersengih kekenyangan Eiman.


Minom air laa pulok..



Dah kenyang, Eiman pun tido. Biaselaa.. Lalu kami pun pulang...

Alhamdulillah,apa yang kami plan terlaksana sudah. Eiman pun sememangnya anak yang baik. Tak meragam langsung. Enjoy sepanjang masa cam Mama & Papa dia. Kami pulang terus, sampai rumah ngam2 Zohor.

Petang tu, layan dvd sepanjang petang. Dapat tengok 2 movies, The Hurt Locker dengan Pisau Cukur. The Hurt Locker tu memang deserve laa dapat best film kat Oscar aritu. Two thumbs up for Kathryn Bigelow! Pisau Cukur pulak, very entertaining!! Ohhh My Gucci!!!!

Ok, that's all for now.. Adios!



Thursday, March 18, 2010

REJEKI REJEKI

Salam all~

Haaa...Ni baru entry rejeki yang sebetulnya..

Okay, this happen on the same day of those kenduries (bajet grammar sunggoh..plural untuk kenduri is kenduries okay!)..Hihihi..

About 3.30pm, kami telah pulang ke pangkal jalan..Opps! Bukanlaa, menyinggah lagi! Kali ni ke My Dear Warehouse Sale kat Puchong.. Dek kerana Zohor pun dah ujung waktu, kami solat kat Petronas je uols..Sampai je kat Warehouse Sale tu, cuaca baik gitu..Orang huMak Aiii...Ramai giloss..Ramai yg berangkut anak beranak depa pi skali..Yang bawak mak ayah pun ado..Tp yg paling gilos adelah beberapa(diulang, beberapa ok!) parents yang bawak baby umo dlm sebulan dua..Adoi, taktaulaa dah lepas hari ke belum, yang pasti kecut mecut lagi..memerah muka, tutup dengan blanket bagai..Ngok jugaks merekaa nih..Kerana warehouse sale mereka sanggup mempertaruhkan baby mereka untuk bersesak2 di celah2 manusia??Haihhh...

Ok, enuff on that, My aim is to upgrade Eiman's car seat..So, memang takde ke lain, ke area car seat je kami gi mula2 tu..Bukan apa, car seat lama tu x bape cantik..Hihihi..Lgpun dah survey ada satu model ni, from harga asal RM399, My Dear bg diskaun sampai RM190..Best kan??


Ni yang RM190 tu..Kaler biru....Steady jer Eiman jadik model..Seblah tu model gak!


Ni plak harga dia RM210 pas diskaun. tengok blakang tu..ramai kan manusia??

So, setelah dipikir2 timbal balik...kami decide nk beli yg kaler biru tu..bukan ape, yg merah tu material dia mmg better but kaler dia tak menarik..Cam kusam & cepat kotor..Lepas order (kami order kaler merah) kat promoter, kami dibagi kertas order untuk buat pembayaran. Lepas bayar baru bleh ambik kat warehouse.

Alkisahnya, dalam perjalanan nak ke cashier (cam jauh je..hihi) adelah sorang customer ni cakap kat Acik, 'kak, depan tu ada lelong kak'...Hmmm,menarik nih! So, kami pun pegilah bahagian luar warehouse tu sebelum bayar. Hajat nak tengok apa yang menarik. Konsep dia, ada sorang apek ni akan lelong barang. Barang ni diangkat oleh sorang pekerja My Dear, dan apek tadi akan lelong. Sape berkenan kena angkat tangan. Kalau katakan yang angkat tangan tu ada 5 orang, apek tadi akan masukkan 5 bijik bola dalam kotak. Dia akan cabut satu2 bola tu. Sapa yang terkena bola merah, dapat barang yang dilelong tu..Nak tau apa yang dilelong?? Banyakkkkkk!!! Ada car seat, stroller, bouncer, walker, toys, potty trainer, high chair, tricycle......and many more!!!! Car seat yang kami order tadi pun ada!!

Ape lagi??Terbeliak mata Acik nengok smua2 tu..Kami pun cuba nasib..Tapi, setelah 4 kali abang angkat tangan (beli toys kebanyakannya) takde satupun yang mengena. Barang2 lelong ni memang murah yg amat. Ada yang baru, ada yang display, ada yang scratch sana sini-as in condition laa..

Tunggu punya tunggu, naiklaa car seat yg Eiman order! Car seat ni baru, dalam plastik lagi. Tp kaler biru ar, takde merah..Acik ckp kat Abang, 'Bang, tak kira..nak jugak car seat tu..Kalau offer dia less than RM190'..Abang angguk aje..Sekali bila time car seat tu naik, harga yang dilelong : RM130!!! Wallahhhhh!!!Haruslah kumiliki...dapat jimat RM60 woo... Lepas baca doa2 yg patut, Acik siap angkat kedua belah tangan ko!! Kunun nk bagi apek tu nmpak clear laa. Dan bila time bola Acik kena angkat, guess what?? Acik dapat MERAHHHHH!!! Hoyehhhh!! Dan dalam 5 saat je kuterus hulur RM130 dan car seat yang sangat murah tu pun menjadi milikku!!

Kebetulan pulak ujan..Kereta parking jauh..Hasilnya, kami beli walker, lori & potty trainer..




Potty Trainer - RM5
Tutup dia takde, tapi musical gitu..




Lori ni lambat lagi Eiman bleh guna. Besar sangat. RM30
Ari Isnin pi Tesco tengok exactly camni RM90.





Walker ni RM10 je uols..




Eiman's wish at this time : Mulut lebih please...tak cukup mulut dia nak pelokoh semua benda atas walker tu..Hihihi..





Eiman sabar tunggu Papa pasang seat belt..



Tadaaaa~




Ni car seat lama Eiman.. Mau?? RM60 jaa.. calling2 k?

Hmm, ni laa nama dia rezeki Eiman..Nak belanja RM190 untuk car seat, akhirnya belanja RM175 je untuk car seat, walker, lori & potty trainer.. Bertuah Eiman.. =)

Ok, jumpa lagi di lain entry. Wassalam.



Nota kaki : Duit beli car seat ni sebenarnya adalah duit hasil keuntungan bisnes kecil-kecilan Acik (Acik jual CD). Alhamdulillah, ini keuntungan pertama. Memang dah niat duit untung ni nak beli car seat untuk Eiman. Pasni tatau nk bisnes lagi ke tak..Sebab takdo maso..Hihihihi..Tp kalau nk, order je..Acik tulun belikan. Ok?


Monday, March 15, 2010

KENDURI KENDARA

Hahahahahaha - Ade plak intro camnih..Tak baik tau...

ASSALAMUALAIKUM!! - Haaaa...baru betul

Alkisah semalam (Ahad, 14hb) Aktiviti kami sekeluarga tersangat laa padat..

Dipendekkan cerita, pagi Ahad jam 11am kami pegi Kampung Delek Kanan, Klang untuk menghadiri majlis kahwin adik angkat Acik - Siti Faiezah Noor bt Hj Rahmat (congrats sis!).

Majlis ni diadakan di Dewan Putra, Kampung Delek Kanan. Makanan memang sedap..Tak sure makanan catering or rewang. Sebab nampak tempat ni sangat muafakat orang kampungnya. Nasik minyak, ayam berempah, daging dendeng, dalca dan pajeri nenas..Pastu ada pasembor dan kuih cara berlauk yang Acik rasa memang superb! Superb tak superc, Acik bantai makan sampai 8! Bayangkanlah..Hahaha...Abang sempat bisik pelan2, japgi nak gi kenduri satu lagi. Agak2 laa makan tu...


Sweet kan pengantin ni.. Pink gitu! Feveret kaler Acik tuu..

Kuar je dari Kampung Delek tu, kitorang terus menghala ke Kajang. Ade kenduri gak, ex-coursemate mase degree kat UPM. Ni laa telatah Sohayl Eiman sepanjang perjalanan. Iya, mata anda tak salah, bilah kipas tu dah tinggal dua je..Eiman punya keje..


Eiman Oh Eiman...Nampak tak dia tengah makan benda alah kipas tu? Haihh...

So, kitorang sampai Kajang dalam pukul 2.30pm...Ngam-ngam pengantin sampai. Pastu terjumpa plak kawan2 lama..Biasalaa, dah jumpa kawan, kecohlaa bercerita itu dan ini..


Pak-pak-gebung-gebung-gebung-kepak-kepak-kepak-gebung-gebung-gebung
Apekah??


Eiman dengan kawan2 Mama : Aunty Ida, Aunty Syaz, Aunty Ekin & Aunty Mokti.


Eiman dgn boipreng lama Mama... ;p


Selamat Pengantin Baru to June & Din!!


Balik dari kenduri June & Din ni, kitorang melencong lagi..Nak tau ke mana? Tunggu next entry k??

Yang penting, malam tu kami tak tidur ok!! Acik dan Abang dua2 pun lawan memerut. Nasib baik orangnya dua, jambannya dua...Takde gaduh nak berebut...Haihhh....Maybe perut kitorang yang tak tahan makan campur2 kot....Tanak tuduh apa2..tak baik tau..Dah jadik isi perut, dah buang dah pun!

Ok, till we meet again.. Adios!!

Wassalam..


BIK DAYAH aka BIK DEL

Salam,
Dah lama Acik nak citer pasal awek sorang ni. Siapa dia?

Dialah Bik Dayah Eiman!




Bestfriend Acik



Antara manusia yang menyumbang kepada peristiwa penting dalam hidup Acik



Orang yang bertanggungjawab menemukan Acik dengan Abang



Dialah Nurulhidayah Abdullah




Tak cukup walau LAPAN blog Acik ade pun untuk citer pasal my BFF ni..Banyak sangat share itu ini dengan dia. Kawan susah senang. Biaselah, friendship ada pasang surut..But we are sisters. Ape2 jadik pun, akhirnya menadah muka memasing balik..Hehe...

Ari Jumaat lepas, Bik Dayah (panggilan Eiman untuk my BFF ni-bibik itu lebih family bunyi dan maksudnya) cakap nak jogging and nak ajak Acik dan Eiman. Lepas Abang sain surat pelepasan, kami pun pegila Tasik Shah Alam pukul 6pm gitu.. Elok je park keta, angin menderu2 gitu..Di kejauhan, awan gelap mula berarak laju ke arah (kami)..Ayoyoyo!! Camne ni Bik Del (panggilan aku untuk my BFF sejak Eiman lahir), Acik dah pakai sport shoes bagai..Eiman pun dah ready nak jogging ni....Hmm..


Haha..kat playground tu takde org pon! Semua lari, ari nk ujan..


Alih2, dalam seploh minit je kami di sana. amek gamba sengih-sana-sengih-sini..pastu kami chow ke 'tempat jogging' yg berbumbung aka SACC Mall..Hmm, elok2 nak buang lemak, kami lepak kat Palma Cafe order teh tarik dengan roti bakar set. Settle!


Eiman cam biase, muka resah tak tentu pasal..Haha..


Eiman resah gelisah ye...? Meh Bibik tolong agah..Gelak Gelak Gelak!! Aikk?Apesal Bibik je yg tersengih??


Bibik memulakan senaman mengepak, lead by Eiman.. Bibik!! tutop mulut arr, tengok Eiman ni..!

Gitulah kisahnya kami..Adoilaa..Kalau nak citer pasal Bik Dayah Eiman ni, memang takde ujung pangkalnya..

Buat Bik Del,

Thank You for being here with us..
Kami sayang Bik Del..
Sayang Love Love sangat-sangat..

Kami doakan Bik Del cepat sampai jodoh, dimurahkan rezeki sentiasa..


Ya Allah ...
Panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,
terangi hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan,
jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat .....

Ya Muhaimin ...
Jika dia jatuh hati izinkanlah dia menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh dia dalam jurang cinta nafsu ....
Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hati-Mu.

Jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah ...
Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku,
janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki,
rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu.

Ya Allah ...
kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak ... insya-Allah




Wassalam..

Thursday, March 11, 2010

::UPDATE:: ACIK MENANG!!!!!! - NUKILAN UNTUK SUAMIKU

Update: Harus diletak di atas sekali..Ahahaha..

I WON!!

1st prize ya'll!!! Alhamdulillah..
Abang, Ma menang!! Yayyyy!!!


PUISI BUAT SUAMI TERCINTA..

Haa, gempak gila entry kali ni..
Semangat gila Acik nak berpuisi..Ececececehhhh...
Well, this is my second attempt dalam contest by bloggers. This time, Acik join contest yang dianjurkan oleh Pn Qaseh of dqaseh2u. Sempena dengan birthday hubby Pn Qaseh ni, dia nak anjurkan contest mencipta puisi untuk suami yang akan diadili oleh suaminya sendiri..Wow! Mesti hubby Pn Qaseh ni very d creative punya orang.. Acik join ni pun bukan apa..Saja je nak asah otak.. Acik bukan seorang yg creative nak berpuisi madah segala bagai..Tapi, kata pun puisi untuk suamiku kan..Entah macam mana laju je tangan ni menaip puisi (puisi ke??) untuk hubby ku..Abang, abang bace ke entry ni nanti??Kalau bace, jangan gelak tau...

Tak ade ape2 bombastic words pun, cuma apa yang tertaip tu adalah bait2 yang meluncur dari otak ke jari..Bila baca sedap pulak..(Ekekeke...kombang sendiri!). So, inilah hasilnya.. Semuanya ikhlas dari hati Ma tau..Untuk Abang..bukan untuk contest semata.. ;p



NUKILAN UNTUK SUAMIKU

Abang,
Lapan tahun kita bersama
Mencipta kasih, menyemai cinta
Membina rasa percaya antara kita
Kurasa bahagia bersama sentiasa

Abangku sayang, sangat kuakui
Cinta kita bukan sakti
Pelbagai rintangan kita hadapi
Lautan onak dan ranjau kita tempuhi
Di dalam arena yang sendiri
Kasih kita teguh termandiri

Abang,
Ramai yang tidak percaya
Cinta antara kita
Akan bahagia selamanya
Diriku sendiri tidak menduga
Jalinan persahabatan bersulam cinta
Bersatu teguh penuh bahagia
Pernikahan akhirnya menghalalkan kita

Abang,
Tak pernah jerih kuberdoa sentiasa
Kepada Yang Maha Esa
Agar pernikahan kita
Senantiasa di bawah rahmat-Nya
Bersederhanalah kita seadanya
Dalam melayari bahtera rumahtangga
Ikatan yang kita meterai bersama
Buat suamiku SABARUDIN yang tercinta
Kuharapkan bahagia mendampingi kita
Selama-lamanya..

Tuesday, March 9, 2010

::UPDATE!! UPDATE!!:: TODAY IS EIMAN'S 6 MONTH BIRTHDAY!

Harini Eiman sambut birthday yang ke 6 bulan.

Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday To Sohayl Eiman~
Happy Birthday To You~

"Happy Birthday sayang! Mama sayang Eiman sangat2!"


Mama nak beli ape ek?? Nantilah Mama fikirkan.. =)

Hoyehhh!! Dah beli!! Dah beli!!

Eiman dapat :
(1) Set of rubber alphabets..Bila attach semua2 bleh buat lapik lantai..Takdelaa Mama risau bila Eiman golek2 atas lantai tu..Mama dah spell nama Eiman dah pun..Hihi..

(2) Berhelai2 baju lobang2 (skang kan panassss!!).. Cian mama tgk Eiman peluh2 sokmo..

Haa...itu ajelaa..jadilaa sayang ye..Mama nak save duit buat blanje kat Bandung nnti..Tok Mama suh standby 10 juta!! Ayoyo~


Yang pasti, Eiman akan mula makan solid food..Hmm...Mama kena banyak study lagi ni...
Setakat ni yang Mama plan :
1- Rice and potato porridge
2- Nestum (xtau jenis ape..)
3- Pisang Pisang Pisang
4- Heinz baby food
5- Milna baby biscuits

Hahahaha....macam2 kan Mama plan?? Sebenarnya taknak strict sangat tentang makanan Eiman ni..Biar dia explore semua dan enjoy.. =)