Followers

Saturday, April 30, 2011

Hadiah FREE? - STICKY POST

Salam,

>Acik baru jumpa cool community site ni. Nama dia SAYS.MY.

>Sangat cool okeh!!

>>Kenapa eh?

>Sebab Says.my nak bagi hadiah FREE sempena ulangtahun ke-3 komuniti tu.

>>Eleh, setakat hadiah FREE, ape yg cool sangat?

>Okeh, baca ni: IKEA room makeover voucher RM3000, Macbook Air, Samsung Plasma TV, iPhone 4, Canon DSLR, iPad 2, Lomokit, AA 2 return tix to South Korea or Bali or Krabi, tiket ke Justin Bieber's concert, dan banyak lagi!!!

>Sapa nak bagi cool prizes camni weh??? Slalu time besday KITA, KITA yg dpt hadiah kan..Tapi ini besday DIA, DIA pulak yg bagi hadiah....Prizes dia daily basis..Bleh masuk hari2...Sgt cool weh!! =)

Meh Klik kat pict bawah ni:


Haaaa, kalau uols minat nak tahu pasal hadiah-hadiah percuma ni, uols bleh tengok kat SINI. Best tau hadiah2 dia...Acik harappppp sesangat sangkut satu. Tak besar, kecik pun jadilaa..Dah lama org tak bg hadiah kat Acik weh.... ;p

Uols jgn pk byk2, tak rugi pun cuba. Mana tau ada rezeki sangkut sejibik dua hadiah FREE..Takkan taknak kot.... =)


Sekali lagi, mehler ke SINI ye!

Tuesday, April 26, 2011

Mode: Cuti2 Singapura

Salam All,

Mood cuti2 sudah mari..Makanya, tiada post ye sampai next week..

Oh La La~

Dadidaa~







Friday, April 22, 2011

10 KEBAIKAN DIBERIKAN KEPADA INSAN TAK LEKANG AMALAN ZIKIR

10 KEBAIKAN DIBERIKAN KEPADA INSAN TAK LEKANG AMALAN ZIKIR

Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar


DALAM kehidupan, kita sering menghadapi pelbagai masalah dan keadaan yang ada kalanya membawa kepada kekusutan fikiran. Akibat terlalu tertekan dengan masalah keduniaan boleh menjerumuskan seseorang ke lembah landasan yang bertentangan dengan kehendak agama.

Sebenarnya sebagai seorang hamba Allah kita ditunjukkan oleh Rasulullah SAW dengan pelbagai kaedah dalam menjernihkan hati dan mententeramkan jiwa. Antaranya ialah dengan berzikir. Apakah yang dimaksudkan dengan berzikir?

Zikir menurut pengertian bahasa bermakna ‘ingat’. Jadi, berzikir itu ialah kita mengingati Allah dengan menyebut nama-Nya melalui pendekatan tasbih, tahlil, tahmid atau bacaan lain. Maksud zikir secara khusus ialah ucapan yang dilakukan melalui perantaraan lidah, mengingati Allah dengan hati atau melaksanakan sesuatu perbuatan dengan niat kerana Allah.

Dengan berzikir akan mendorong dan menyedarkan kita untuk melakukan segala perintah Tuhan dan menghindari larangan-Nya. Ini secara tidak langsung akan mempertingkatkan mutu iman dan menambahkan rasa ketakwaan.

Allah sangat menyukai orang yang lidahnya sentiasa basah dengan zikrullah. Ingatlah bahawa Allah sudah menjanjikan ganjaran pahala yang banyak kepada orang yang berzikir. Hal itu jelas apabila Allah berfirman yang bermaksud: “Golongan lelaki dan wanita yang banyak berzikir kepada Allah, Allah janjikan bagi mereka keampunan serta ganjaran yang besar.” – Surah Al-Ahzab ayat 35

Jadi rebutlah peluang yang dijanjikan Allah itu agar kita sentiasa mendapat hidayah dalam kehidupan dan hati berada dalam keadaan damai tenteram. Allah menyatakan melalui firman dalam Surah Ar- Ra’d ayat 28 yang bermaksud: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” Oleh itu, kita boleh menjadikan zikir sebagai wadah untuk menenangkan hati kita. Segala keserabutan fikiran dan kekeruhan hati kita damaikannya dengan berzikir. Insya-Allah hati kita akan kembali menjadi setenang air di tasik.

Pesan Imam Al-Bukhari: ‘Zikir adalah tugas harian setiap Muslim kerana ia mendatangkan kekuatan dan ketenangan. Berzikirlah setiap masa agar Allah sentiasa ingatkan kita setiap masa.’ Demikian indahnya wasiat beliau kepada kita semua. Biasakanlah hati dan lidah kita berzikir kepada Allah kerana inilah yang dituntut Allah kepada kita. Allah ada berfirman dalam Surah An-Nisa’ ayat 103 yang bermaksud: ‘Kemudian apabila kamu selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah ketika kamu berdiri atau duduk, dan ketika kamu berbaring.’

Insya-Allah melalui zikir kita dapat menyembuhkan penyakit hati daripada karat debu dosa yang dilakukan. Berzikir juga Allah janjikan akan mengangkat darjatnya seperti dikatakan oleh Rasulullah SAW: “Apakah kamu mahu aku ceritakan kepadamu berkenaan amal perbuatanmu yang terbaik dan yang paling bersih dalam pandangan Allah serta orang yang tertinggi darjatnya di antara kamu, yang lebih baik dari bersedekah emas dan perak serta lebih baik dari memerangi musuh kamu semua dan memotong leher mereka, dan mereka juga memotong leher kamu!” Kemudian sekalian sahabat bertanya: “Apakah itu wahai Rasul?” Baginda SAW menjawab: “Zikir kepada kepada Allah.” – Hadis riwayat Al- Baihaqi

Menurut Syeikh Hakim Moinuddin Chisti, melalui zikir seseorang itu akan mendapat 10 kebaikan. Antaranya ialah seseorang hamba itu akan dapat membentengkan diri daripada bisikan syaitan. Selain itu orang yang berzikir akan dilimpahi keredaan Allah, dimurahkan ruang rezekinya, membangkitkan aura sahsiah peribadi murni, dapat menghidup dan menjernihkan hati.

Demikian juga katanya mukmin yang senang berzikir itu akan mencapai taraf hampir dengan Allah, mengelakkan diri daripada sifat mazmumah seperti mengumpat dan mengeji. Manfaat lain ialah seseorang itu akan berupaya membina fikiran yang positif, dinamik dan bersedia hidup penuh berani. Terakhir yang dikirakan amat penting kepada kita ialah dapat menenggelamkan sifat munafiq. Begitulah hikmah berzikir menurut pendapat Syeikh Hakim Moinuddin Chisti.

Jadi, marilah kita bersama-sama menjadikan takwim harian kita dengan memasukkan zikir yang perlu dan mesti dilaksanakan. Insya-Allah dengan berzikir, aura dan tenaga kebangkitan jiwa dan kejernihan hati yang luhur dapat dizahirkan. Insya-Allah.

RENUNGAN

"Wahai orang yang beriman, jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir"
(Al Baqarah: 264).

Thursday, April 21, 2011

Tumis Lemak Jering Semai aka Sambal Jering

Salam,

Sejak Abang jadi boifren Acik 10 tahun lepas (yep, we started dating on 2001), sambal jering adalah menu feveret Acik tiap2 kali gi rumah Abang di Jengka. Sebelum tu, jering pun tak penah makan. Dah dapat sambal jering ni, memang trus jadi makanan feveret lah. Tapi jering ni bukan jering biasa tau. Ni jering semai. Jering biasa tu, Acik tak penah makan seumur hidup. Jering semai ni, ialah jering tua yg disemai dalam pasir. Rasa dia lemak2 gitu. Bau dia, biasalah... =)

Kalau bab2 buah berbau ni, Acik memang hantu lah. Tapi ada jenis2nya. Petai muda & tua, mentah sahaja. Petai Jeruk no-no-no...Jering plak, jering semai sahaja. Yg mentah tak reti makan. Kerdas plak, a big NO-NO. Dah try, tapi yekkkkk...Bergass...Tak sedap..Tak reti Acik makan..Hehehe...

Inilaa rupa nya Jering Semai


Dah basuh, hiris2 camni - pict Googled


Ok, berbalik kepada resepi hari ni, ini resepi turun-temurun keluarga Abang tau..



Tumis Lemak Jering Semai aka Sambal Jering

1 piring jering semai (dalam 10 biji) - hiris nipis2
1 genggam cili kering - rebus, buang biji & blend bersama satu labu bawang merah
1 genggam ikan bilis - belah dua, buang tulang & isi perut
1/2 cawan santan pekat
2 cawan air

Cara masak pulak:

Panaskan minyak.
Tumis cili blend sampai naik bau dan pecah minyak.
Masukkan ikan bilis dan jering yg dah dihiris.
Dengan api perlahan, masukkan air. Masak sampai mendidih.
Masukkan santan dan kacau sampai pekat dan sampai jering lembut.
Sedia utk dihidang bersama nasi panasss...



Sebelum makan dgn nasik, amek sikit buat ratah..Hehehe..Tak sabar!

Ketagih wa cakap lu....Uols camne? Penah rasa x?

Wednesday, April 20, 2011

Wajah Kesayangan Acik

Tarikh dan Masa yang sama ok! Sangat pandai wat memek muka...Pastu buat2 nangis...Drama sgt Eiman ni..










Tuesday, April 19, 2011

Anak Baru!

Salam,

Dolly beranak lagi..

Masa bila tah dia buat anak...Ooohh, ni mesti masa terlepas kat rumah my parents 3 bulan lepas...Bawak balik rumah je rupanya dia dah berisi...Adoi...

Anak Dolly ni sejibik sejibab rupa Dolly..Kalau Gucci dulu rupa bapak dia. Yg ini memang klon Dolly laa..Jantina tatau lagi. Tak reti tengok..Tp Abang kata macam jantan..Hmmm...Meh tgk gamba..









Ni pulak video faveret Eiman. Sejak buat video ni, Acik kena charge hp pink setiap hari...Video dia yg mesti pasang tiap2 malam b4 tido..Yg bestnya, suara Mama dalam video, tapi dia tetap jawab bila ada soalan.. =)




Anak2 uols suka kucing tak??


Monday, April 18, 2011

Ke Tasik Lagi

Salam,

Semalam bawak Eiman naik basikal kat tasik lagi. Tapi kali ni bukan kat port yg slalu pegi tu, yg ni port Mama & Papa Eiman dating dolu2...Jugak port Mama & Papa Eiman shooting outdoor wedding photos. Bawak skali roti berkulat kami sebab nak bagi makan kura2 dan ikan yg banyak dalam tu. Memang best lah.. Jom tengok gambar!  =)

Bye-bye Mama dulu..

Atu, Uwe, Pat...Eeeyaaah!! Itu yg Eiman cakap..Satu, Dua, Empat...Tiga MIA.. ;p

Semangat tengok titishhh. Mama dia kurusss semangat tengok Eiman dekat sgt dgn air.

Titisssshh...!!

Tempat yg sama!  =)


Ada jugak video Eiman demo cammana titissssh (tortoise) dia makan.. =)



Uols ada yg penah bawak anak2 pi tempat uols shooting outdoor mase kawen x? Sgt nostalgia...Masa jalan2 aritu siap terharu2 dgn Abang. Tak sangka dapat bawak Eiman pi tempat dating kitorang..Hehe..Poyo sket..

Saturday, April 16, 2011

Untuk yang tau aje...Yang taktau nak tau ke??

Salam,

Sape anak Jawa angkat tangan! Hihi..

Korang kenal x ni?



Ni laa kulit lembu!

Anak Jawa wajib kenal tau..

Sebab, mende ni antara specialty org Jawa. 

Cuba teka nk buat apa ni?

Buat ini ke?




Tettt!! Salah!

Tapi, buat ini....

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-




Tadaaa~

Sambal Taun Kulit Lembu!

Ye, benar. Acik cakap kulit lembu, aka belulang. Kulit, Skin...Paham?

Sedap tau! Yang tau tu, taulaa...

Belulang ni sentiasa ada laa kat rumah2 sedara mara Jawa Acik kat kampung2. Macam yg kat atas tu, Makcik Acik yg punya. Bagus orang Jawa ni, seluruh isi perut, luar perut, dari kulit sampai ke kaki diorang makan. Ehhh, Acik pun makan..Hehe.. Sedap tau! Nak buatnya rumit, tapi hasilnya terlentang pas makan ko!  =)


 p/s: Entry ni adelah yg terakhir tentang my trip to Jengka last week. =)




Friday, April 15, 2011

Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku dengan Kulat Sisir

Salam,

Entri resepi kali ni bukan ari Khamis, tapi Jumaat..Taip title je terus kecoq ayaq lioq..! Hehehe...

Ni dia kulat sisir yg Acik beli kat Pasar Paya Pulai aritu. Musim agaknya, Acik tengok ramai yg jual kat pasar tu. Satu tin susu RM3. Mahal? Padanlaa dgn susah nak dapatnyaa. Dulu2 masa Emak sihat, kalau musim dia slalu masak kulat sisir ni. Bukan takat masak, bila dah kutip banyak2 kat ladang tu, siap boleh berjualan..Selalu Emak buat masak lemaklaa, takpun, buat cucur kulat sisir. Acik belajar makan pun dari Emaklaa... Sebelum2 ni, memang tak penah jumpa/makan/masak pun... =)

Nah, tengok gamba dulu....
Pucuk paku left - Paya Pulai, pucuk paku right - Shah Alam

Pucuk paku Paya Pulai - betul2 pucuk, bleh makan smpai hujung batang...Yg Shah Alam byak daun, batang smua keras2.. Err..ada yg pikir ke lain ke? Ni pasal pucuk paku laa... ;p

Close-up kulat sisir

Tengah masak

Dah masak! Yg coklat tu laa kulat sisir. Yummeh!!


Nak resepi? Ini dia:

Anggaran 5-6 orang makan atau 2 kali makan (lunch & dinner)
2 ikat pucuk paku - potong2
1 tin kulat sisir - basuh & tumbuk2 b4 masak.
5 tangkai cili api - tumbuk
1 inci kunyit hidup - tumbuk
1 genggam ikan bilis - tumbuk
1 labu bawang merah - tumbuk
1 peket santan segar
1 cawan air
Garam secukupnya


Cara masak:
Masukkan santan dalam periuk, masukkan bahan yg dah ditumbuk.
Dah mendidih, masuk garam, pucuk paku dan kulat sisir.
Masak sampai pucuk paku lembut, dah mendidih angkat dan hidang.


Thursday, April 14, 2011

Jalan-jalan Cari Durian~

Salam,

Entri hari ini masih lagi pasal perjalanan kami dari Pahang ke Shah Alam. Tak abes2 lagi... ;p

Seperti yg Acik cakap semalam, kami ikut jalan dalam sebab nk cari durian. Ingatkan dah nak Magrib masa tu dah tak bleh nk jumpa dah, sebab banyak gerai yg kami passed by dah tutup. Alhamdulillah JUMPA! Tokei kedai ni seorang wanita gigih! Akak apa-tah-nama-lupa-nk-tanya ni, sangat ceria, ramah dan arif sgt pasal durian. Tengok buah dah tau mana yg isi tebal, mana yg manis, pahit, lemak dan semuanyalaaa..Diskaun dia bagi pun gila2..Kami pun jadi gila..

Eiman tido mula2 tu, kami pun makan tak igt dunia...Sedar2 anak tengah menangis dlm kereta..Adoi..Apa punya Mama laa.. ;p

Bila Eiman dah bangun, lagi rancak laa kami makan. Eiman pun makan secubit pastu buat muka pelik. Risau jugak kenapalaa anak kami ni tak ikut jadi hantu durian macam kami? Hahaha..Takpe, slow2...Dah besar nnti dia suka laa.. =)

Masa sembang2 dgn akak tu, tah macammana kuar citer pasal ajal maut...Huhuhu..Yg sedihnya, akak tu penah kehilangan seorang drpd 9 anak dia di depan gerai durian tu. Kejadian tu berlaku 7 tahun lepas. Arwah anak dia (9thn masa tu) dgn seorang lagi (yg selamat) nak lintas jalan. Dek kerana ada pelanggan masa tu, akak ni suruh anak dia tunggu kejap supaya dia bleh lintaskan mereka kemudian. Anak2 dia tunggu laa tepi jalan, berdekatan dgn emak diorang ni. Tah macammana ada lori eksiden dan terbabas, pastu terpelanting kena anak2 akak ni. Sorang selamat, seorang tak. Sedih kan? Tapi akak tu kata dia dah lama redha dah dgn pemergian anak dia tu. Pastu siap pesan kat kitorang suh beranak banyak2...Huhuhu.. =)

Pas dah puas makan, kami beli lagi 4 biji D24 utk my parents. =)

Makan tak ingat anak..Huahuahua

Akak manis tokei kedai

Eiman dah bangun, terus bagi makan durian!

Acik penah gi mandi dgn gajah kat sini..Masa pregnant Eiman.. =)

Ooo..gerai ni dekat Mempateh..area Mentakab.


Acik suka durian pahit. Lagi pahit lagi sedap...Yg manis2 Acik tak suka. Durian kampung pun tak berapa suka. Durian Siam lagilaa tak suka..Hehe..Uols suka durian tak? Suka yg cammana? =)