Followers

Friday, January 28, 2011

Ibu Mithali

Oleh: Dr. Fadzilah Kamsah

Siapakah wanita yang layak dipanggil ibu mithali, isteri sejati?

Seseorang pendidik keluarga seharusnya memfokuskan diri pada aspek-aspek tertentu seperti :
1. Berdoa memohon keredhaan Allah
2. Mengistiqamahkan sunnah dan penghayatan Islam dalam rumahtangga
3. Membersihkan hati dan pemikiran
4. Membina kebahagiaan secara proaktif
5. Mendidik diri sendiri
6. Mengamalkan komunikasi dan hubungan kemanusiaan berkesan berdasarkan Al-Mawaddah (berkasih sayang) dan Ar-Rahman (kasih-mengasihani)
7. Mengamalkan sikap dan pegangan yang betul
8. Mengamalkan suasana persekitaran yang kondusif dan merangsang dalam rumah tangga.
9. Membina rumahtangga berasaskan Al-Muiasyarah Bil Makruf (pergaulan dan hidup bersama secara baik dan di redhai Allah)
10. Pembangunan fizikal dan kesihatan
11. Muhasabah diri

Adakah kita telah berjaya melaksanakan kesemua 11 aspek ini atau hanya separuh daripadanya sahaja. Jika anda telah berjaya, anda patut bangga, namun begitu ia masih tidak mencukupi lagi. Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan lagi untuk mencapai IBU MITHALI ISTERI SEJATI.

Seorang ibu dan isteri positif mesti mempunyai 9 sikap mental iaitu :-
1. Positif Terhadap Perubahan
2. Positif Terhadap Diri Sendiri
3. Positif Terhadap Kepimpinan
4. Positif Terhadap Masalah
5. Positif Terhadap Orang Lain
6. Positif Terhadap Keadaan Emosi
7. Positif Terhadap Idea Kreatif
8. Positif Terhadap Membuat Keputusan
9. Positif Terhadap Qada Dan Qadar

Antara petua untuk menjadi ibu mithali :
1. Analisis diri daripada pandangan anak
2. Sedari dan fahami perbezaan anak daripada segi fizikal dan emosi
3. Bercakap benar
4. Kotakan kata-kata
5. Didik anak mengenai kemahiran sosial
6. Gunakan masa jitu untuk mengajar
7. Wujudkan suasana positif lebih dari negatif
8. Gunakan belaian positif dalam rumah tangga
9. Padam rekod negatif dalam pemikiran anak
10. Melatih anak berfikir
11. Dedahkan anak kepada pelbagai pengalaman
12. Tunjukkan contoh sihat dalam rumah tangga
13. Memimpin anak menyempurnakan ibadah umum dan khusus
14. Hidupkan sunnah dalam rumah tangga
15. Sentiasa berdoa mendapatkan bantuan dan rahmat Allah
16. Mengenal pasti potensi anak dan menyerlahkannya.

Menjadi seorang ibu mithali bukanlah mudah. Mereka mempunyai pelbagai peranan dalam rumah tangga. Antaranya ialah :
1. Pendidik keluarga
2. Pemimpin kedua dalam segala hal berkaitan dengan rumah tangga
3. Penasihat
4. Doktor dan jururawat
5. Mendisiplinkan anak-anak
6. Kawan atau sahabat
7. Penyelesai masalah
8. Merangsang perkembangan mental anak-anak
9. Mengawal perkembangan dan tingkah laku anak
10. Model pada anak-anak
11. Mendoakan kejayaan anak di dunia dan akhirat
12. Mengawal ekonomi rumah tangga
13. Menjaga harta suami dan keluarga

Selain daripada itu terdapat 13 prinsip ibu mithali yang perlu dicontohi iaitu :-
1. Ibu menyerlahkan keunikan sendiri
2. Tidak berebut kuasa dengan anak-anak
3. Memahami teknik memuji dan mengkritik anak
4. Bersangka positif terhadap kebolehan dan kecemerlangan setiap anak
5. Mendidik anak berdikari
6. Mempunyai nilai diri tinggi
7. Bersedia meminta maaf daripada anak-anak
8. Bertindak secara jamaah
9. Mengorbankan kepentingan peribadi
10. Memberi perhatian rapi terhadap setiap kegiatan yang dijalankan
11. Meneroka dan merangsang potensi anak
12. Sentiasa meningkatkan diri daripada segi keterampilan keibubapaan.
13. Sentiasa berdoa untuk kesejahteraan keluarga.

Kesimpulannya untuk menjadi seorang ibu yang baik mungkin kita boleh mencapainya tetapi untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang cemerlang, kita perlu mendalami ilmu keisterian. Oleh itu berusahalah kita seberapa yang boleh untuk menjadi “ibu mithali, isteri sejati”.


Friday, January 21, 2011

HISTORIC Wednesday~

Salam,

Hari Rabu 19 Jan aritu bleh kata hari bersejarahlaa utk Acik..

Kenapa?

Tahlaa, sebab rasanya banyakkkk sgt benda yg jadi hari Rabu tu..

1)Hari Rabu tu laa Acik ade kelas (pengsan!) - Uikk, itu biasa laa Acik oi...

2)Hari Rabu tu laa Embah ada appointment. - Apa kes? Bukan Acik yg anto pun..

3)Hari Rabu tu Acik call 999, pertama kali dalam hidupku.. - Trying to be a good citizen!

4)Hari Rabu tu Acik pi derma darah. - Alhamdulillah. Impian harijadi Acik dah terlaksana..

5)Hari Rabu tu jugaklaaaa Abang had lost his 'super precious gem'.. Eh, gem apa plak ni?

Camni cerita dia...

Cerita No 1:

Hari Rabu Abang MC. Tapi, pagi2 lagi kami dah pi anta Eiman ke rumah bbsitter dia. Dek kerana kelas Acik start pukul 10am-1pm. Sampai UPM pukul 9, sempatlaa sarapan kat tempat bercinta dulu..Maulana SS. Huhuhu..Amek big breakfast sebab takut laparrr.. Nasik lemak lauk ayam goreng besarr gila kenyangg!! Hamek ko..

Cerita No 2 takde kaitan, so kita proceed ke No 3:

Pukul 1.20pm rush ke PPUM, Abang ada appointment pulak pukul 2pm. Macam tak sempat tapi tawakal je. Sebab Acik hebat tau jalan shortcut masuk Federal tak payah tol, kami lalu laa ikut South City. Jalan sangat jem time lunch break, so kami stuck dlm 10minit kat traffic light. Tetiba, 'Banggggg!!!' Bukan Acik panggil Abang, tapi bunyi Banggggg!!! Bunyi benda berlanggar, takdelaa kuat tapi bebetul seblah telinga. Macam stunt action Acik nampak sorang laki India tergolek dog jatuh motor...Pastu Acik tengok lagi ada sorang laki tua (70-80 y.o) macam Cina terlungkup tetengah jalan. Rupanya motor laki India tu dah langgar dia dari belakang. Atuk Cina tu naik beskal. Beskal dia dah macam besi buruk yg dimampat dah gayanya.. Acik sangat panik. Nak turun tapi Abang marah, dia kata bahaya. Yela, masa tu tak pikir tengah jalan ke apa kan..Tau nk turun jadik hero je. Pendek cerita, Acik call 999. Sedih sangat tengok Atuk tu kepala dia berdarah banyak and he was unconscious dah masa tu. Takde kereta pun berhenti, moto pun dalam 1-2 bijik je berhenti tengok. Pastu lampu dah hijau, kami kenalaa jalan. Kereta dah jalan tapi mulut duk report lagi kat 999 tu. Pendek cerita lagi, sepanjang perjalanan ke PPUM, 2-3 kali gaklaa polis call Acik, Ambulans call...Haihhh...susah gak jadi saksi ni kan??

Cerita No 4:

Sampai PPUM dkt pkl 2.30pm, susah gila nk jumpa parking spot. Pas dah jumpa, kami cari port nk solat dulu. Sebab surau besar tu jauh dari parking dan kami kesuntukan masa, kami naik je wad bersalin (boleh??) dan tumpang surau wad. Ingat nak bergilir, baru je Abang amek wudhuk, nurse dah call dia remind pasal appointment yg dia dah lambat tu. Terus kami kunci surau tu (wat macam surau sendiri) dan solat jemaah. Huhu..darurat..

Abang pi appointment dia, and Acik pi Jabatan Transfusi Darah. Memang dah niat dari awal nak derma darah. Hajat hari lahir ke 28.. Alhamdulillah. Pas derma, nurse buatkan fresh orange yg best dan makan macam2. Best rupanya derma darah kat PPUM ni. Lenkali nk derma kat sini lagi laa.. =)


Pekerjaan???

Cerita No 5:

Ni yg climax story sebenarnya..

Abang pi PPUM tu sebenarnya lanjutan daripada 3 visits sebelum ni. Hari Rabu tu Abang ada minor surgery utk buang precious gem dia...Alaa, yg besar sebelah hidung tu...TAIK LALAT!! Doc advice suh buang sebab takut memudaratkan. Benda tu Abang kata lately macam makin besar dan sometimes sakit..So, lepas hampir sejam setengah, settle laa..Takde dahlaa taik lalat manis kat hidung Abang tu...

Bab buang taik lalat tu, memang takde sape pun tau, even our parents and in laws. So far, mama & Ayah tengok Abang dan senyum2 je..Huhuhu..Mama cakap, kurang 30% dah saham Abang sebab buang his precious gem tu.

Taik lalat yg dibuang tu, doc amek bawak ke lab. 9 Feb ni baru tau result s/ada benda tu bahaya or not. And I guess Abang nk keep kot benda alah tu..Hehehe...


Now u see it..


Now u don't!!

Itulaa cerita No 1 sampai No 5 kami...Sebenarnya ada cerita No 6..Malam tu kami dapat jemputan BBQ pukul 9.30..Tapi kami 3 beranak pengsan sudah!!! Sedar2 je Mama kejut suh pi tido dalam bilik, jam pukul 12am sudah.. Adoi!


Kulat Tahun @ Jamur @ Cendawan Petirrr

Salam Hari Jumaat~

Hai..tak sabar2 Acik nk update story ni..Banyakk sgt benda jadik for the past 3 days..

Let's start with Tuesday.

Hari Selasa lepas, Acik ikut my parents pi jemput Embah Acik di Sungai Besar. Embah dlm bahasa Jawa maknanya nenek/tok.. Sebabnya Rabu pagi dia ada appointment dgn pakar kat SJMC. Otw amek Embah, kat area Kapar Acik & Mama telah memaksa Ayah brake mengejut..! Sebab apa? Sebab mata kami dah nampak sesuatu yg best yg dijual di tepi jalan. Ape dia? Kalau bahasa Jawa kami panggil Jamur (cendawan)...Kalau kat belah family Abang di Pahang nun, nama dia Kulat Tahun. Kalau orang Melayu rasa panggilannya Cendawan Petir kot..


Ni ler rupanyer...


Pilih yg kuncup, jangan yg kembang...Yg kembang tak sedap.. =)


Si kenit ni pun turun jugakkk...

Jamur ni sedap tau. Nak masak dia ada 2-3 cara je yg Acik tau. Tapi yg paling best adelah goreng kunyit dengan bawang. Perghhh...sekali hadap je..


Jamur goreng bawang. Rupa pas goreng hampir sama dgn oyster mushroom, tapi rasa tak sama.

Kata orang, Jamur ni biasanya tumbuh setahun sekali, dalam bulan Mac-April...Tapi tah nape ade pulak jual kat Kapar tuh.. Sekilo RM18 tuuu!!! Tapi memang best, tak rugi beli...Hehehe...Buktinya, kami beli ari Selasa, ari Khamis semalam masak terus abis 3 kilo!! Hahaha...

Ok, nak karang next entri pulak.. =)


Friday, January 14, 2011

The RED Roaster Healthy Eating Day~


Salam,

Let's eat healthy food...As for me, perkataan let's eat pun dah cukup..Dasar bedal ape saje..Hehehehe...Percuma lak tuh! Sape taknak kan..



Ape yg Acik bebel2 ni? Ni smua pasal KRR The Roaster Healthy Eating Day ari Rabu lepas. Syaratnye mudah bangat, wear anything yg berkaler MERAH! Tudung, kasut, handbag...hatta tali tag or lipstick merah pun dah cukup. Asalkan MERAH..Dapatannya, quarter meal buy 1 and get another 1 for FREE~~

Sorrylaa lambat nk update cerita kelmarin..Hehe..Tapi oklaa ni..Drpd tak update lgsg kan?

Pas Magrib aritu kami berduyun-duyun 3 beranak pi Empire nak makan KRR. Bersiap pun cepat2 tuh kononnya takut ramai orang. Nasib baik kat Empire takdelaa org beratur panjang. Dapatlaa kami tempat yg best, org pun tak crowded..Memang best makan. Tenang!


Apa mau makan?






Eiman enjoying his mac & cheese~


Best kan? Sepatutnya 3 side dish je, tapi kami 4!

Tak FREE tapi! Hahaha~ Bayar lebih laa nok! Free nyer baked beans, mashed potato & coleslaw jer. Tapi Abang mesti nk nasik. So, we end up ordering Round-Up Platter.
A medley of 3 side dishes complemented with 1 Kenny’s Home-made Muffin. Itu yg ade nasik & mac & cheese tuh..Bayangkan Round-Up Platter kami adelah 2 aromatic rice dgn 1 mac & cheese, plus muffin. Gila mentekedarah kan??? Hahaha...


Eiman destroying the scrumptious muffin, while me screaming, "Eiman!!! Muffin tu sedap tau takkk!! Kalau tanak bagi Mama". He ignored me as usual...


Mashed muffin created by Eiman.

Esoknya, Abang bgtau kawan dia pegi KRR kat Jusco Bukit Tinggi punyaaa laaa ramai beratur. Last2 dia tak makan pun. Balik gitu je..Cian kat diorang..

Hmm...pasni ape lagi yg FREE eh??






Tuesday, January 11, 2011

Kembali Bersiaran~

Salam All..

Harap belum terlambat untuk Acik wish Happy New Year to everyone of u, my sweet readers (Eh, masih ade ke?). Banyak betul hutang piutang belog nih. Sawang pun dah jadik macam kain kelubung kat keliling wall ni..Ehehe..


Gambar 2011 kami! =)

Alhamdulillah, entering 2011 dengan seribu doa dan harapan. Semoga 2011 memberi sinar yang lebih bergemerlapan kepada kita semua.

Acik dapat kembali berbelog, sebab dah beli broadband..Gila kolot 2011 baru nak pakai broadband..Haha.. Selama ni Acik bersiaran dari UPM, kat rumah plak sibuk menguruskan rumahtangga. So, untuk ada broadband masa tu rasa cam tak penting sgt pun. Tapi tahun 2011 ni, Acik dah kembali jadi 100% student. Fulltime. Takde dah part time bagai. Kelas pun Acik amek hari Rabu je. So, hari2 yg lain tu nk siapkan thesis writing. Hopefully dapat siap sem ni. InsyaAllah.



Acik pakai broadband YES uols..Best! Ye, BEST buat masa ni dan harap2nya berkekalan lah keBESTan nyer.. =)

Ok, Acik akan update ape yg patut kemudian. Seronokkkk sgt dpt berblog kembali. Nanti kita sharing2 stories ye? Acik nak bw nih..Banyak utanggg!! See ya!